Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Let's Be Honest! Lost Respect!

Posted by ELFarahin | On July 25, 2012 |

*tebalkan muka, jujurkan hati. okeyh! jom tulis entry*

Aku tekadkan hati aku. Tekad untuk tak bercinta lagi (??). Aku tak nak mencintai sebab aku ada satu orang untuk terus dibenci. Aku tutupkan hati untuk satu lelaki ini tapi tak sangka hatiku sekaligus menjadi buta dan tuli. Aku telah mencintai lelaki tu lebih daripada yang aku mampu. Dan sekarang, aku telah membencinya lebih daripada yang aku mampu. Hahaha...ketawakan diriku. Aku selalu overact about hati, emosi dan jiwa. Sampai adakala aku hampir sesat. Bosan. Bosan bila ada yang bercerita pasal cinta. Aku ingin terbuka hati untuk menerimanya tapi kelihatannya payah. Dua dalam satu. Aku mahu tapi pada waktu yang sama aku memaksa diriku untuk tidak. Dulu aku selalu memaafkan. Setiap detik sepanjang masa. Aku telan yang pahit. Aku makan yang perit. Sampai suatu ketika, aku seakan kehilangan hatiku kerana terlalu kerap makan hati. Jika terlalu banyak makan hati binatang, kata orang otak akan jadi lembab. Tapi kalau terlampau kerap makan hati? Pada aku, jasad seakan kehilangan sebahagian nyawa, roh dan jiwanya. Dalam waktu yang singkat, sekelip mata yang bernama lelaki itu terpadam dari pustaka hatiku. Cuma ayah kandungku yang aku tinggalkan di situ. Mengapa begitu cepat?? Kerana aku segalanya berlalu dengan segera. Aku tak mahu terus sakit dan sakit. Sampai air mataku kering tetapi hatiku terus berair. Aku tak mahu terus begitu. Ada yang mengatakan, perempuan itu memaafkan tetapi tidak melupakan. Manakala lelaki itu melupakan tapi jarang sekali memaafkan. Perempuan itu memaafkan. Cukuplah! Aku dah penat memaafkan. Aku dah penat berpura-pura baik. Aku dah penat berlagak alim. Aku dah penat memaafkan! Dan simpan perbuatan mereka yang bagiku kesalahan di dalam hati aku yang semakin sempit!! Pada siapa? Pada siapa hendak aku teriak? Pada siapa hendak aku lepaskan amarahku yang telah bertahun ku kumpul sehinggakan arang kembali menjadi bara lalu menyala menjadi api. Dan kini? Aku cuma menahannya daripada terus menjilat membaham hati dan naluri. Jujur. Aku tak memaafkan. Aku tak memaafkan kesilapan aku mencintai dia. Aku tak memaafkan dia dan dia. Aku tak memaafkan yang namanya cinta manusia kepada kekasih manusia. Cuma satu. Cuma satu dendam yang ada dalam diriku. Cuma satu. Cuma satu itu yang aku terapkan di hatiku. Aku bukan seorang pendendam. Tapi demi kebaikan diri aku, aku mesti begini. Hakikatnya, aku seorang yang suka memendam rasa sampaikan diri sendiri tenggalam bersamanya. Itulah sifatku yang satu-satunya pembawa bencana pada diri ini. Aku benci dia! Dia yang satu-satunya sejahtera untuk ku benci! Aku tenang berjauhan dengannya. Aku tenang dia tidak muncul di mata. Tapi apabila aku terlihat akannya, rasa bagai inginku ramas tengkuk lehernya. Aku ingin dia sakit! Tapi aku bukanlah seorang pembunuh. Cukuplah aku telah membunuh hatiku dan cintaku sendiri. Itulah risikonya apabila aku menutup penuh pintu hatiku. Ia seolah-olah aku telah melesapkan secebis keimananku. Aku adalah aku. Aku yang perahsia, pemendam, penipu. Atau patut aku tambah lagi. Pendendam. Aku ingin bunuh lelaki itu habis-habisan dalam diriku sampaikan dia tidak akan hidup lagi dalam diriku. Aku melapah hatiku demi membunuh bayang-bayang lelaki itu dalam diriku.

P/S : Sorry for this FAKE entry.




1 comment:

  1. hehe.. semoga entry ni tak benar.. sabar ye... pose3

    ReplyDelete

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin