Tolong Lindungi Dia



Assalamualaikum...
Ayah Farahin sudahpun bertolak ke kampung. Ada lah tu urusan dia. Moga Allah s.w.t melindungi ayah sepanjang perjalanan ayah pergi dan balik. Farahin takut kalau ayah tak balik. Ahh...sebak sudah rasanya. Farahin still perlukan ayah. Sangat memerlukan. Plus, dengan keadaan Farahin yang sekarang ini. Tiada mana-mana lelaki yang layak menjadi raja di takhta hati Farahin selain ayah. Farahin sudah tidak dapat pandang even menerima mana-mana lelaki pun untuk hati Farahin. Bukanlah Farahin asyik fikirkan cinta tetapi memang itupun yang berlaku. Farahin cuma sayangkan ayah seorang saja. Even Farahin bukanlah anak perempuan tunggal yang terbaik, seriously Farahin sangat sayangkan ayah. Lelaki mana lagi yang Farahin dapat peluk kalau bukan ayah. Satu-satunya lelaki tempat Farahin bermanja. Farahin cuma buka pintu hati Farahin untuk ayah seorang sahaja. Allah. Tolong lindungi ayah Farahin ya. Tolong Lindungi Dia, Ya Allah. Amiin.






No comments :