"Aku sangkakan aku masih boleh bermain-main. Bergurau. Buang dan lepaskan apabila sudah jemu. Berpura-pura dan berlagak manja. Aku lupa. Aku lupa kalau aku bukan lagi kanak-kanak yang bermain di lecak. Tetapi insan yang sedang melewati usia remaja. Dia datang bagaikan permainan baru bagiku. Aku seronok 'bermain' dengannya. Sehinggalah pada suatu ketika itu, aku merasakan dia bukan lagi boneka hidup kepunyaan aku. Tetapi dialah teman. Yang akan buat ketawa apabila sedih. Yang sering membuatku bahagia. Aku tidak jemu bertemankan dia. Namun, tanpa disangka, kami telah berganti watak. Aku adalah boneka. Manakala dialah Tuanku.
Aku cuba buat dia ketawa dan gembira. Sepertimana yang telah dia lakukan ketika dia merupakan bonekaku pada suatu masa dahulu. Malangnya, dia berhenti tersenyum dan ketawa biarpun aku melakukan aksi-aksi gila di hadapannya. Dia mula bosan. Dia meninggalkan aku. Boneka yang tidak mampu berdiri apatah lagi berjalan ini telah ditinggalkan oleh Tuannya. Aku cuma mentangisi pemergiannya. Dan cuma menanti, tempat di mana aku ditinggalkan. Aku menunggu dan terus menunggu dia untuk membawa ku pulang ke pangkuannya. Akan tetapi, makin lama aku menunggu, aku semakin melusuh. Tubuhku kotor. Mukaku comot. Akhirnya, aku sedar. Siapalah yang mahu berteman apatah lagi bersahabat dengan boneka yang bisu dan tidak bermaya seperti aku.
Aku membuka mataku dan bangkit dari penantian itu. Aku perlu bangun dari mimpi dan angan-angan ini. Aku bukanlah boneka. Tetapi aku adalah manusia. Seorang remaja yang sedang memahami erti dewasa. Untuk apa aku menunggunya lagi? Semua itu cuma sia-sia. Dan itu sama juga seperti aku membunuh diriku sendiri. Aku bangkit dari kekalahan ini. Bukan cinta yang perluku perjuangkan. Tetapi diriku sendiri. Aku cuba berdiri tanpa ada dasarnya cinta. Aku berjalan tanpa ada namanya angan-angan. Aku berpijak pada duri-duri yang tajam dan melukakan. Sampai suatu ketika, aku terpaksa kehilangan separa hidupku supaya aku dapat meneruskan hidup ini seadilnya."
Akak , saya suka entry akak yg ni . . saya nak copy+paste boleh kan . ..
ReplyDeletebest entri ni...
ReplyDelete@Afina Yasmin Silakan! Kredit ehh... ^^
ReplyDelete@ANNA MARIANA Terima kasih! :D
ReplyDelete