Pergi Jangan Kembali


Mengapa engkau membuatku menangis?
Jika bukan itu maksudmu.

Mengapa engkau membuatku membenci?
Jika bukan itu mahumu.

Mengapa engkau membuatku menanti?
Jika bukan itu niatmu.

Mengapa? Mengapa?
Mengapa engkau mendiamkan diri?
Sedangkan tika itu aku mundar-mandir menanti kata darimu.

Mengapa engkau membisu?
Sedangkan waktu itu aku lagi gelisah menunggu kata PUTUS darimu.

Mengapa engkau mengundur diri?
Sedangkan aku masih menunggu keberanianmu untuk berlaku adil kepadaku.

Ini tidak adil! Tidak adil!
Sungguh tidak adil!
Engkau menyayangiku mengikut sesuka hatimu.
Dan engkau meninggalkanku sesenang begitu.

Aku tidak mengerti.
Mengapa engkau meletakkan jati lelakimu serendah itu?
Engkau takut berhadapan denganku.
Engkau gentar menghadapi tangis deritaku.
Engkau pergi seolah-olah Tuhan sendiri yang telah meragutmu dariku.

Engkau membuatku tersenyum sinis.
Engkau membuatku ketawa sambil menangis.
Engkau meninggalkan titis sadis dalam kehidupanku.
Sehinggalah air mata itu kering bersama hatiku yang telah lama gering.

Dan pada hari ini,
tiada lagi tangis buatmu.
Tiada lagi ketawa untukmu.
Tiada lagi cinta khusus buatmu.
Tetapi ada DENDAM cuma khas untukmu seorang.

Terima kasih kerana datang dan pergi.
Ku mohon jangan pernah lagi engkau kembali.

Selamat tinggal kekasih hati!
Selamat tinggal bersama hatiku yang sudah mati.


"GO! GO away! Never come back again!
GO! GO far far away! Never you dare step into my heart again!"


1 comment :

Cik Fie said...

NEWEST UPDATE (!) Alhamdulilah ! Dah Cashout Says My Dalam Masa 3 Hari ♥ Jom Baca/Komen :)
http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/alhamdulilah-dah-cashout-says-my-dalam.html