Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

PROM15E TO BEL13VE

Posted by ELFarahin | On January 21, 2012 | | No comments:
Saya mula kenal SUPER JUNIOR pada awal tahun lepas,2011.Baru lagi kan?Daripada sekadar minat 'gitu-gitu',sekarang semakin sayang rasanya pada mereka.Daripada sekadar minat mereka sebab rupa-rupa korea mereka,sekarang segala tentang mereka saya suka.Hihihihi....kadand-kadang saya tertanya-tanya pada diri saya,layak ke saya gelar diri saya sebagai ELF ?? Saya tak pernah buat apa-apa untuk mereka.Saya tak beli album mereka,tak ke konsert mereka sekalipun.Sebab tu lah,bila ada bab-bab mengundi berkenaan SUPER JUNIOR saya nak mengundi sebanyak mungkin.Kpopwave for GDA tahun lepas,hahahaha....saya banyak mengundi di situ.Itu bagi saya.Saya percaya,ada ramai lagi ELF yang mengundi lebih banyak daripada saya.HWAITTING ELF !!!

Macam yang saya kata,saya kenal SUPER JUNIOR pada tahun 2011,waktu tu member SUPER JUNIOR ada 10 orang,Leeteuk,Heechul,Eunhyuk,Siwon,Donghae,Kyuhyun,Sungmin,Yesung,Ryeowook dan Shindong.Tapi dalam tahun yang sama,Heechul mesti pergi ke military.Dah tinggal 9 orang member....That time,saya tak tahu kenapa?Saya mula rasa sedih.Hati ni sayu je.Saya tak pernah rasa macam tu cuma sebab seorang artis??So,saya fikir...mungkin itulah apa yang seorang ELF bila salah seorang member SUPER JUNIOR akan pergi ke military dan terpaksa meninggalkan SUPER JUNIOR.Ah!Teruknya!Saya yang baru kali pertama merasakannya,apalagi ELF yang telah bersama SUPER JUNIOR selama 6 tahun???Mesti lagi sedih.Mereka dah banyak menangis atas pemergian KiBum,Kangin,Hankyung dan Heechul.Tambah lagi dengan segala susah-payah SUPER JUNIOR & ELF sepanjang 6 tahun itu.Saya tak dapat membayangkannya.Apatah lagi merasakannya.Mereka lebih hebat daripada saya.SunbaELF DAEBAK !!!

Member SUPER JUNIOR asalnya 13 orang.Tapi sejak KiBum,Hankyung,Kangin dan Heechul keluar dari SUPER JUNIOR,kini tinggal 9 orang.Saya tak tahu-menahu atas sebab apa KiBum dan Hankyung keluar dari SUPER JUNIOR.Yang saya dengar,KiBum keluar sebab berlakon dan Hankyung tak tahu pula saya. [Saya mula rasa teruk sekarang sebab masih tak tahu banyak pasal SUPER JUNIOR]

Semua ELF mengharapkan perkembalian SUPER JUNIOR kepada 13 orang semula.Terdapat page di facebook yang bertajuk IF THIS PAGE GET 1 MILLON FANS KIBUM MUST BACK AT SUPER JUNIOR(http://www.facebook.com/WeMissSjKibum) .Ini menunjukan ELF sangat mengharapkan KiBum oppa balik ke SUPER JUNIOR.Saya pun menantikannya.Saya kenal SUPER JUNIOR 13 pun daripada MV mereka yang lepas macam Sorry Sorry dengan Marry U.Mereka nampak DAEBAK ! AWESOME ! AMAZING ! MIRACLE ! MAGICAL ! dan MORE PERFECT !!! dengan members seramai 13 orang.Dunia ELF penuh dengan SEMANGAT,HARAPAN,USAHA dan DOA. ^^

Kalau orang Eropah sangat bangga dengan King of POP mereka iaitu Micheal Jackson,malah negara-negara Asia pun meminati artis yang asalnya berkulit hitam itu,apa salahnya kalau kini SUPER JUNIOR pula menjadi KING OF KPOP and suatu hari nanti akan menjadi KING OF POP seperti Micheal Jackson.ELF must be proud !!! I'm proud being an ELF !!! [saya masih muda untuk kata yang saya sempurna sebagai seorang ELF .Masih banyak yang perlu dilakukan oleh seorang ELF.Apapun,saya berharap saya boleh menjadi sebahagian daripada ELF.] 96-liner here~ :)



PROM15E TO BEL13VE !!!


READ MORE

MENCARI

Posted by ELFarahin | On January 21, 2012 |
Image result for alone images city night
Sejak hari pertama aku jejakan kaki di sekolah,4 Januari 2012,hati aku dah mula mencari kau?Dia asyik menanyakan pasal kau.Dia sentiasa ingin peka akan kehadiran kau.Tapi aku cuba melawan.Aku perluka sokongan akal aku.Dalam hatiku sibuk berharap untuk melihat kau,akal aku....aku akan berdoa.Berdoa moga Allah s.w.t tak perlihatkan kau di mata aku.Aku berdoa supaya Allah s.w.t butakan hati aku daripada merindui kau.Aku berdoa supaya Allah s.w.t matikan akal aku daripada fikirkan kau.Aku berdoa supaya Allah s.w.t gelapkan pandangan aku daripada melihat kau.Cukuplah.Aku tak nak hati aku sakit lagi.Aku tak nak dia menangis lagi.Aku nak dia sembuh.Aku nak dia pulih seperti biasa.Aku sayangkan hati aku.Sangat sayang.

Dalam bulan Januari ni dah dua kali aku terlihat kau.Ketika terlihat akan kau,aku dapat rasakan betapa aku sangat merindui kau.Tapi aku kena LAWAN ! cukuplah aku pandang kau sekali(tak sengaja) ! aku takkan pandang lagi.Baru-baru ni,hari jumaat,20 Januari 2012,aku ternampak kau masa dalam usrah kat sekolah.Aku mengaku! Mata aku mencari kau ! Hati aku tertanya-tanyakan kau ! Aku mengaku ! Aku tak kuat untuk melawan ! Mata aku asyik meliar mencari kau di bahagian lelaki ! Aku mengaku ! Tapi bila aku nampak kau,apa yang aku boleh kata,"Astaghfirullahalaziim".Aku beristighfar harap aku takkan toleh ke arah kau lagi.Sebab waktu tu aku memang tak ada sokongan.Kawan-kawan aku duduk jauh daripada aku.Mereka tak ada untuk halang aku.Kiri kanan aku pelajar-pelajar yang kurang aku kenali.Waktu,memang aku sangat goyah.Aku toleh untuk kali kedua.Ya!Toleh ke arah kau.Tapi waktu tu,seorang pelajar lelaki dah lindung kau.Aku cuma nampak songkok kau.Apa aku boleh kata masa tu,"Astaghfirullahalaziim..Alhamdulillah....."Alhamdulillah sebab aku sedar yang Allah s.w.t sedang mengingatkan aku supaya tak memandang kau.Sebab tu Allah s.w.t takdirkan pelajar lelaki tu untuk melindung kau daripada terlihat di mata aku.Alhamdulillah....Lepas tu,aku dah tak toleh lagi.Aku tahu.Aku yang salah.




READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin