Senja Yang Luka

Posted by | On | | 0 Comments

I
Suatu senja
tujuh musim berarak
dalam kepedihan rasa
sekuntum mawar gugur
ke ribaan
lalu menyapa daku
dalam kasih
mengelus-ngelus hatiku
dalam setia.

Lewat senja tujuh musin berarak
surat birumu
surat biruku
sedang bercanda
melunak noda bicara
mengusap tawariangmu
seindah rasa
mengusik rajuk hibamu
dalam rindu.

II
Senja-senja lewat
mawarmu layu di pangkuan
(entah engapa, entah kenapa !)
lalu surat birumu carik
membalut senja nan luka
tinggallah sebuah kenangan !

III
Suatu senja
tujuh musim berarak
dalam mimpiku
kau menyapa daku
dan mawar di wajahmu
segar
kemilau embun pagi
melupa senja nan luka.

Dalam senja-senja begini
tak siapa tau
tak siapa akan tau
mawarku pernah gugur
longlai dan kering
tiba-tiba, ya tiba-tiba
kembali kembang
seperti ia tidak akan layu-layu
di ribaku....

Kuala Lumpur,
2 Mei 1972.

Via : Keindahan Yang Hilang- Shamsuddin Jaafar
READ MORE>>

Keindahan Yang Hilang

Posted by | On | | 0 Comments
Assalamualaikum...

Hari ini hari Jumaat kan? Yup ! Ada Naruto Shippuden di TV3kids tadi !! Hahahaha...tapi bukan itu yang hendak dihebohkan. So, hari ini hari Jumaat. Hari saya bertugas di school library. Well~ sempat jugalah godeh-godeh buku-buku Sastera Melayu yang ada di sana. Finaly , jumpalah sebuah buku ini bertajuk 'Keindahan Yang Hilang' oleh Shamsuddin Jaafar. As usual , alah~ macam tak kenal pula tabiat Farahin ini....kita salin puisi yang berkenan di hati !! So, antara puisi yang saya salin bertajuk 'Senja Yang Luka', 'Rindu' dan 'Embun'. Nanti saya post ya ! Wait ! Huhu...
READ MORE>>

Naluri Saya ~~

Posted by | On | | 0 Comments

Assalamualaikum...

Anda tahu tak bagaimana rasanya bila diri sendiri benar-benar kehilangan iman? Anda akan rasa teruk. Anda rasa anda ingin melakukan sesuatu yang buruk yang boleh dikira paling terburuk sepanjangg hidup anda. Itulah yang sedang saya rasakan kini. Ada dua orang budak lelaki asing main badminton di hadapan rumah saya tadi. Saya tak nampak muka mereka sebab saya rabun tambahan tak bercermin mata. Tahu tak apa yang bermain di fikiran saya? Hanya satu perkataan, satu identiti, satu personaliti terlintas di fikiran saya. Pengkid.

Honestly, sometimes saya akan merasakan naluri yang bercanggah itu. Bukan bermaksud saya jatuh cinta dengan rakan sejenis tetapi saya asyik membayangkan kalau diri saya ini seorang lelaki. Bersifat lelaki. Berperasaan, bernaluri dan berjiwa lelaki. WHAT THE SHIT !!! Saya tak minta untuk jadi seperti ini. Tetapi bisikan syaitan itu sentiasa ada. Hasutan itu sentiasa menggalak. Dan saya.....seorang diri ini cuba melawannya. Saya tak mampu berkongsi cerita dengan apa yang saya rasa ini dengan kawan-kawan. Sebab saya takut kehilangan mereka. Persahabatan sangat berharga bagi saya. Saya takut mereka tak nak kawan dengan saya lagi. Tambahan, siapa yang mahu dipandang serong, jijik lagi hina. Saya tak mahu semua itu berlaku pada diri saya. Saya tak mampu nak berterus-terang dan bercerita dengan lebih lanjut dan jelas tentang masalah peribadi, personaliti dan identiti saya ini. Saya malu. Saya takut. Apa yang boleh saya buat hanya beristighfar, berdoa, dan berusaha seorang diri melawan masalah ini.

Honestly, saya ada sedikit.....kalau saya tertarik dengan personaliti Pengkid. Sikap mereka yang berperwatakan lelaki. Cara pemakaian mereka. Tapi saya tak boleh jadi begitu kan? Tambahan, ianya HARAM. Saya seorang perempuan dan selamanya seorang perempuan. Saya Islam bukan masyarakat Jahiliah yang mengamalkan budaya-budaya yang tidak bermoral seperti itu. Tapi bagaimana lagi harus saya lakukan ? Saya memang rasa teruk sangat bila naluri itu datang. Saya rasa teruk sangat bila imaginasi saya tak lagi seperti imaginasi seorang perempuan sebaliknya imaginasi seorang lelaki seperti......mempunyai teman wanita, mengesat air matanya, membelainya, menumpangkannya di bahu saya, menggenggam tangannya. Itulah imaginasi-imaginasi yang adakala bermain di ruang fikiran saya. Saya tahu itu salah. Dan sesungguhnya saya cuba untuk melawannya.
Kalaupun saya tidak mampu mengatasi imaginasi-imaginasi tersebut, yang paling PENTING identiti saya seorang perempuan tidak seharusnya diubah. Naluri, jiwa dan perasaan seorang perempuan itu tidak seharusnya saya ketepikan. Hmmm...saya penat bercerita tentang ini. Saya rasa teruk sangat !! Mengapalah saya terlalu serius dalam hubungan dulu ?!! Dan apabila sudah tidak dapat menahan keperitan, saya mula mencari penawar yang luar biasa ?!!! WHAT THE FUCK !!!! Saya memang TERUK !! Sangat teruk !!!! Sebab itulah saya menjadikan Kim Jong Woon sebagai pengisi ruang yang kosong. Menjadi benteng daripada saya mendekati alam yang berlainan itu atau secara kasarnya, Pengkid.

Umur saya masih terlalu muda dan kalau boleh saya tak nak bermain cinta lagi. Padahal, hakikatnya saya yang tak mampu nak suka atau pandang lelaki lain. Sebab......saya ada naluri yang bercanggah itu. Bukan bererti saya lebih suka atau pandang hanya kepada perempuan. Tetapi naluri itu membentengi hati saya daripada melihat mana-mana lelaki. Melainkan Kim Jong Woon. Alasan yang bodoh bukan? Ya, saya tahu itu. Sebab itu saya cuba menganggap kalau Kim Jong Woon(Yesung) itulah satu-satunya kekasih, teman lelaki saya. Bagi saya, ini merupakan keputusan muktamad yang lebih wajar.

Huh~ Harap anda yang membaca tidak akan menyisihkan saya. Tolonglah.....jangan pandang saya sehina itu....sekeji itu....Saya cuma mangsa masa silam yang mengalami kecederaan yang tersangat parah akibat daripada kecelakaan yang menimpa seolah kiamat yang menggoncang dan memusnahkan seluruh hati saya. Bukan saya tak percaya lelaki, tetapi yang teruknya, saya tak mampu mencintai.....Melainkan PR0M15E T0 BEL13VE....

Astaghfirullahalaziim....

Maafkan hamba, Allah s.w.t...
Maafkan saya kaum hawa jika entry ini memalukan kaum kita....
Maafkan saya lelaki kerana tidak mampu memandang anda apatah lagi menyukai anda....

[ Ini bukan rekaan atau ciplak. Saya bukanlah yang jenis berterus-terang melalui lisan tetapi saya lebih jujur dan berterus-terang melalui penulisan. Maaf~ ]
READ MORE>>

MetaFora

Posted by | On | | 0 Comments

Metafora....
ciptaan yang teragung indah....
dialah fantasi tidak bertepi...
bagai mimpi yang tidak pernah mahu henti...

Metafora....
adakah kebenaran di sebaliknya?
atau ia hanya menyatakan yang batil?
tiada erti...
kosong begitu sahaja...

Metafora...
dialah nada buat jiwa...
sekalipun sadis atau ria...
dialah not-not dendangan hati yang berbicara...

Metafora...
seakan kembangan mekar segar nan bugar...
berdiri teguh bersama fajar...
siapa tahu ia sekadar ciptaan kasar....
ia adalah palsu...


[ Sudah lama tidak berkias. Huhu.... ]
READ MORE>>

ELFollowers

it's the only life to live. death is not a choice. Live ! -20/12/2018-