Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Skip Beat

Posted by ELFarahin | On June 20, 2012 | | 3 comments:
Assalamualaikum!
Annyeong~ Selamat petang.
Hari iini hari Rabu. All bloggers bercerita tentang Wordless Wednesday dalam entry mereka. Right?
Tapi...bukanlah itu yang Farahin mahu ceritakan.
Lagipun, Farahin tidak tahu bagaimana rupanya Wordless itu. Hihii...
Apa yang Farahin tahu ialah Speechless.
YES! Hari ini, Farahin agak Speechless untuk buat entry ini.
Because it's about 'Skip Beat'.

Straight to the point,
anda pernah tonton 'Skip Beat' tak?
Drama Taiwan yang turut menampilkan dua orang hero dari Korea.
Mahu tahu siapa?
Ini mereka! Tadaaa~

Donghae and Siwon oppa~!!
Yang di tengah itu ialah heroinnya.

Memang BEST tonton 'Skip Beat' ini.
BEST sebab Farahin akan tersenyum lebar sepanjang menonton cerita tersebut.
Apatah lagi, apabila one of these oppa or both buat babak yang comel dan melucukan.
OMO~~ rasa seperti mahu menangis sambil ketawa. Huhuu...

And...selain itu, setakat yang Farahin tonton sekarang,
cerita ini buat Farahin adakala rasa sakit dan sedih.
Mengapa? Guess why?
Ermmm...
Oklah. Tak mahu main teka-2.

Honestly,
watak Gong Xi seolah-olah memainkan watak Farahin di dunia realiti.
And...unluckily, mengapa mesti Hae oppa yang memainkan wataknya??!!
Gong Xi sangat menyayangi Sho Fuwa dan mencintainya.
Sayangnya, lelaki itu tidak pernah ada hati pun untuk menyayangi dan mencintainya.
Baginya, Gong Xi hanyalah boneka untuk menghiburkan hatinya.
Apabila sudah bosan, boneka itu disimpan di rumah dan ditinggalkan.

Pada episod pertama,
dalam Skip Beat ada mengatakan bahawa dalam hati manusia ini terdapat sebuah kotak di mana terdapat banyak mangga di sekelilingnya. Dan di dalam kotak itu terdapat sesuatu yang amat menakutkan lagi menggerunkan.

Mengetahui dirinya hanya boneka bagi Sho Fuwa,
kotak bermangga yang berada di dalam hati Gong Xi terbuka dan benda yang menakutkan itu mula keluar dan menguasai dirinya.
Tahukah anda apa benda itu?
Itulah DENDAM.
Kebencian yang sukar dipadam.

Cerita ini memang kelakar.
Tetapi, walaupun Farahin ketawa terbahak-bahak and ENJOY bila menonton 'Skip Beat',
contohnya ketika babak Gong Xi mengoyak poster Sho Fuwa(Donghae),
Farahin berkata pada emak,
"Urmm....kesian poster oppa kena koyak~"
Farahin kata begitu sambil buat muka kesian.

Tapi dalam hati Farahin,
Farahin dapat rasakan apa yang Gong Xi rasakan.
Tidak tahulah sama ada kerana lakonan itu yang berjaya membuat Farahin merasakan perasaan itu,
tetapi apa yang Farahin sedar,
Farahin pernah berada di tempat seperti Gong Xi.

Gantikan sahaja watak Gong Xi dengan diri Farahin.
Gong Xi telah kehilangan satu-satunya asas kemanusiaan dalam dirinya.
Begitulah Farahin.

Farahin agak speechless untuk bercerita lebih.
 Sebab, adalah tidak bagus untuk mengenangkan kisah-2 silam.
Let bygone, be bygone!!

JOM layan picture sekejap! \(^_^)/







JOM tonton Skip Beat! Di tv8 jam 6:30 petang setiap hari Sabtu!


READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin