Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Remaja & Kehidupan Farahin

Posted by ELFarahin | On June 21, 2012 | | No comments:



Assalamualaikum...
mood Farahin sekarang suram dan bercelaru. Kenapa? Belum tiba masanya itu Farahin beritahu. Sekarang, mari layan entry Farahin yang sekarang ini.

Remaja merupakan golongan yang suka mencuba dan meniru. Dalam diri remaja, segelintirnya tidak suka mendengar daripada mengetahui. Remaja. Adakala kami sukar menerima kenyataan biarpun kami telah mengetahuinya sebelum kami mendengarnya lagi. Remaja. Zaman untuk bersuka ria. Zaman untuk enjoy & have fun with our young age. Bunyinya seolah-olah zaman remaja ini zaman yang benar-benar menyeronokan. Ya. Zaman remaja ini amat menyeronokan. Zaman di mana kita tersepit di antara zaman kanak-kanak yang dahulu dan zaman dewasa pada masa hadapan. Zaman di mana kita cuba mengimbau memori ketika kecil dan zaman di mana kita merancang untuk masa hadapan. Jika mesti seimbang dalam mendalami kedua-dua zaman tersebut. Jika terlebih atau terlampau bermain dengan memori ketika kecil, kita mungkin akan ketinggalan mencapai kematangan. Jika kita terlalu cepat atau pantas merancang dan menetapkan, mungkin juga kita akan kelihatan berbeza daripada remaja-remaja lain malah berbanding usia kita juga.

Remaja sentiasa berfikir akan keperluannya dan orang sekeliling. Namun begitu, adakala mereka lebih mengutamakan kemahuan dan kehendak mereka. Apabila kenyataan 'keperluan' bercanggah atau bertelagah dengan 'kemahuan', di situ tidak mustahil akan berlakunya pertegangan akal. Ianya sebuah TEKANAN. Pejamkan mata dan tanya kepada hati. Hati remaja tetap akan menyebelahi 'kemahuan' dan akal asyik menggasak agar mendukung 'keperluan'. Jadi, sampai bila remaja tersebut mesti menghadapi tekanan?

Ada yang berkata, "semalam mahupun esok tidak penting. Tetapi masa sekarang yang penting kerana masa sekaranglah yang akan menentukan hari esok dan mencerminkan hari semalam." Baiklah. Farahin mengaku. Sebahagian daripada petikan merupakan kata-kata Farahin sendiri. Sekarang. Jika sekaranglah remaja tetap diam dan tidak berbuat apa-apa, bagaimanakah hari esoknya nanti? dan bagaimanakah agaknya masyarakat lain membaca masa silamnya??


Ehem! Sekarang kita masuk ke dalam kisah hidup Farahin pada malam ini. Farrah, Aznie dan Raidah. Ketiga-tiganya ialah classmates dan BFF Farahin. Tanpa mereka, Farahin tidak ubah seperti tunggul. Punya bayang-bayang tetapi diam. Ketiga-tiga mereka akan mengikuti sebuah kem di Pontian bersama classmates kami yang tahun lepas. 3RK1. Farahin mahu pergi juga. Tapi apabila hal-hal seperti ini, Farahin merasakan diri Faragin kerdil sangat. Farahin berasa terkecuali. Cemburu melihat kebebasan yang sewajarnya mereka dapat. Cemburu dan iri!!

Bayaran untuk menyertai kem tersebut hanya RM30 untuk 3 hari 2 malam. Hanya. Perkataan 'hanya' itu menggambarkan watak atau ciri-ciri yang sedikit, sekadar, sederhana dan sebagainya. Tetapi betapa beratnya nilai 'hanya' itu bagi Farahin. Apatah lagi ayah Farahin. "Ayah. Farahin nak ikut kem di Pontian. Bayarannya ialah RM30 untuk 3 hari 2 malam." Bolehkah Farahin bertanya begitu? Boleh???

Sayang seribu kali sayangnya TIDAK. Farahin merasakan, RM30 itu nilainya sebesar RM300. Hati Farahin kata, "RM30 untuk 3 hari 2 malam di Pontian itu berbaloi." Tetapi lain pula bagi akal Farahin. "RM30 itu banyak nilainya. Jikapun nilai yang paling rendah bagi ayah, itu cuma RM10 dan ke bawah." Jadi, Farahin antara remaja yang sedang mengalami TEKANAN. Ia nampak ringan dan remeh temeh. Tetapi tidak bagi Farahin. Farrah, Aznie dan Raidah. Mereka juga golongan sederhana seperti Farahin. Malah, bapa mereka mempunyai tanggungan lebih daripada 3 orang. Namun mereka dapat mengikuti kem tersebut. Tetapi Farahin? Farahin hanya seorang. Cuma anak tunggal. Namun....mungkin hasilnya berbeza. Farahin cemburu dan iri.

Farahin memang manja*tidak gedik&mengada-ngada dan tidak cekap berdikari. Tetapi Farahin juga mahu merasa bebasnya hidup bersama kawan-kawan sahaja. Bergelak-ketawa sesama remaja dan wanita. Berkongsi cerita dan rahsia sesama kita. Di kawasan perumahan ini pun, Farahin tiada kawan hakikatnya. Ada remaja di kawasan ini tetapi mereka bukanlah remaja yang tepat untuk dijadikan kawan mahupun lawan. Kawan-kawan adakala bertanya, "Tak bosankah jadi anak tunggal?" Jawapan Farahin sudah tentunya TIDAK. Sendirian itu antara rutin kehidupan Farahin. Tetapi hidup tanpa kawan, sahabat, teman, itu bukanlah rutin kehidupan Farahin.






READ MORE

Saengil Chukka, Ryeowook oppa!!

Posted by ELFarahin | On June 21, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum...
Hah~ bagusnya hujan hari ini.
At least dapat rehat dari kawad kaki. Plus, Farahin sudahlah tak sahur. Hahhaa...
Ok. Sekejap lagi dah nak buka! Yay!

*******

Saengil Chukkahabnida~ Saengil Chukkahabnida~ Saranghaeyo Ryeowook oppa~ Saengil Chukkahabnida!
생일 축하, Ryeowook oppa!
Mianhae~ I'm late. This fake ELF too busy with her life as student.
Mianhae~ however, 'busy' never can stop my love for Super Junior!
Oppa, stay healthy and happy ok!
Saranghae~!! Mmuuuahh...hihii...
Gudluck!! \(^0^)/
Super Junior!! The Last Man Standing!!


Happy Birthday, Ryeowook oppa!!
21 June 1987


 


Okeyh! Masa untuk ke dapur! Mahu berbuka puasa!
Sedap saja air oppa tuyh! Ssllrrrrppp~
Hahahhaa...

Picutre source: Mr. Google






READ MORE

Gerimis Amarah

Posted by ELFarahin | On June 21, 2012 | | 2 comments:
Image result for girl alone umbrella
Dengarkah kau akan titis-titis hujan itu?
bergerimis rebah ke bumi
Tadahkan tanganmu
dapat rasakah dikau akan kedinginan butir-butir hujan itu?
Tidakkah ia nyaman dan menyegarkan?
Dingin...

Dengarkah kau akan rintih-rintih tangisan itu?
berjujuran deras membasahi bumi
Tadahkan tanganmu
dapat rasakah dikau akan kesedihan butir-butir air mata itu?
Pastinya tidak!
kerana kau lebih senang melihatnya melimpah mencurah

Titis-titis hujan bagaikan suara pada rintih-rintih tangisan itu
Dahulu...
air mata itu sentiasa lebat seakan tidak mahu reda
sering menjadikan mangsanya kedinginan
menggigil kemurungan
Apakah kau sedar?
bahawa kau telah melakukan kesilapan yang pertama

Rintih-rintih tangisan itu tidak sedingin titis-titis hujan yang bergerimis
malah ia lebih dingin dan membeku daripada bongkahan ais
Kedinginannya ialah kehangatan yang seenantiasa mahu panas
seperti api yang tidak mahu padam
sebaliknya terus marak dan marah!

Rintih-rintih tangisan itu sudah pun kering
ia kering dan meninggalkan lecur di sanubari
adakala parut itu akan terasa pedih
pedih kerana sedang membuahkan benih-benih yang membunuh
lebih dahsyat daripada cinta
lebih terlaknat daripada syaitan dan iblis

Jika benih-benih itu membesar dan meliar
jangan bimbangkan aku
Bimbangkanlah dirimu!




READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin