Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Semarak

Posted by ELFarahin | On June 22, 2012 | | No comments:

Assalamualaikum...
Oh! Penat sungguh!
Tapi penat-penat macam mana pun,
takkan dapat free daripada blogging punya! Hahhaa...
Esok ada Hari Puteri di sekolah. Kita ENJOY!
For PPI only~ hehheee....

Guess! Apa yang telah terjadi pada awal pagi hari ini?
Ketika melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah,
my ex pun baru sahaja melangkah masuk.
Guess lagi! Apa yang terjadi selepas itu?
Beberapa meter sahaja di hadapan Farahin,
dia berjalan di hadapan.
Farahin tahu dia ada di hadapan tetapi Farahin hanya menundukkan kepala sambil berjalan.

Tiba-tiba...
hati Farahin berkata,
"Face it! Tengok dia dan rasakan marah itu!"
Face it! Entah kenapa Farahin rasa Farahin perlu berhadapan dengan musuh hati Farahin itu.
Farahin angkat kepala dan pandang dia dari belakang.
Farahin pandang dia sambil merasakan semarak kemarahan dalam diri Farahin.

Tidak lama kemudian,
dia menoleh ke belakang.
Eh! Adakah dia merasakan kemarahan Farahin?
What ever~ Farahin segera tundukan kepala.

Hmm...sememangnya ini bukanlah kisah yang menyedihkan.
Jadi, don't think and worry too much!
Tidak bagus untuk kesihatan hati dan minda.
Huhuu...




READ MORE

Menjaga Hati

Posted by ELFarahin | On June 22, 2012 | | No comments:

Assalamualaikum....
Selamat Malam semua! Hope malam dan tidur anda indah sahaja. Jangan seperti Farahin. Malam ini merupakan malam yang penuh tekanan. Dan tidur pula...entahlah apa pula ceritanya? Mata Farahin sedang pedih ini. Kenapa? Bayangkan. Dari jam 9:30 malam ketika cerita AMEERA sedang ditayangkan di tv3 sehinggalah jam 10:00 malam. Kemudian, dari jam 10:00 malam menonton Waris di tv3 sehingga jam 11:00 malam. Imagine. Hampir 2 jam Farahin bertangguh untuk minta kebenaran dan wang dari ayah. This is about kem yang akan diadakan di Pontian itu. Lastly, nothing. Farahin terus bertangguh sampai Farahin act like someone yang telah kena sampuk.

Jam 11 malam, melihat ayah sedang gembira melayan Irfan*anak jagaan emak Farahin tidak sanggup untuk menjadi pemusnah suasana. Perhatikan sahaja ayah dan Irfan dalam 5 saat. Kemudian, naik ke bilik dan menutup pintu bilik dengan kuat. Yes. Farahin dalam keadaan tertekan. Hempas badan atas katil, muka tenggalam atas bantal dan jerittttt!!! Kemudian, menangis. Farahin menangis sambil menjerit. Menjerit sekuat-kuatnya. Kalau Farahin tak tenggelamkan muka pada bantal, jeritan Farahin boleh didengari oleh jiran sebelah kiri dan kanan. And...Farahin menangis sambil memanggil "oppa" berulang kali. Salah? Yes. I know. Farahin memanggil "oppa" sekuat-kuatnya tapi dalam hati Farahin meronta memanggil Allah s.w.t.

Kira-kira 20 minit kemudian, tangisan semakin reda. Farahin pun sudah puas menjerit. Bangun sambil pejamkan mata. Peluk lutut. Sorokan muka. Dan bayangkan seseorang sedang memeluk Farahin. Kepala Farahin berada di dadanya. Dia mengusap kepala Farahin sambil memujuk. Kehangatan badan dan sentuhannya semakin menyelesakan. Siapa lagi kalau bukan Yesung oppa yang Farahin bayangkan? Tidak lama kemudian, Farahin membuka mata dan kembali menghadapi realiti. Bilik yang terang ini sedikitpun tidak mencerahkan emosi Farahin. Farahin rasa letih.

Bangun dan pergi menghadap cermin. Kesat kesan-kesan air mata dan betulkan rambut yang sudah kusut. Turun ke bawah. Rancang mahu terus bertanya kepada ayah. Tetapi di bawah sudahpun gelap. Ayah sedang mendodoi Irfan. Fine. Sekali lagi Farahin bertangguh. Lastly, act like turun ke bawah untuk minum air and then copet broadband dan kembali ke bilik. Automatik, Farahin menangis sekali lagi. Sambil menangis, sambil on laptop. Sambil on laptop, sambil cucuk broadband. Now, mata pedih, hati sedih.


Hmmm....itulah Farahin. Gara-gara RM30 sahaja. Farahin ragu-ragu untuk memintanya dari ayah. Lagipun, sememangnya meminta-minta bukanlah sifat Farahin. Akhirnya, asyik bertangguh dan hajat tidak tertunai. Farahin menjadi lebih tertekan apabila melihat ayah happy melayan Irfan. Keluarga ini seolah-olah lampu baru yang baru sahaja dihidupkan. Dan Farahin tidak mahu menjadi suis penutupnya.

"FINE!! Kau memang suka begini kan Farahin! Jagalah sebanyak hati yang kau mahu! Jika esok kau sendiri yang mempunyai dendam, itulah risiko yang kau ambil!" Farahin sangat marah dan benci dengan sifat Farahin yang suka menjaga hati sekaligus makan hati.

Baiklah. Sampai di sini sahaja. Selamat Malam! Jangan sedih-sedih! Esok pagi pasti indah! Insyaallah. Huhu...



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin