Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Dinding Di Depan

Posted by ELFarahin | On July 01, 2012 | | 2 comments:




Assalamualaikum...
Selamat Malam semua. Mood down sedikit sekarang ini. Tak tahu kenapa. Kemaruk tunggu MV Super Junior lagi. Hmm...entahlah. By the way, hari ini birthday leader Super Junior! Park Jung Su a.k.a Leeteuk. Saengil Chukka, oppa! Saranghae. Mian...wish pun tak berapa semangat. Huh~

Tajuk hari ini ialah "Dinding Di Depan". Tajuk yang pelik kan? Sebenarnya tak tahu nak beri tajuk apa. Memandangkan entry kali ini ada kaitan dengan episod Skip Beat yang semalam di tv8, so saya letak sahaja sebahagian dari dialog Mary.

"....Saya telah bina dinding di depan."

Episod semalam memang menyentuh perasaan Farahin. Mary telah kehilangan ibu ketika usianya masih kanak-kanak. Dan dia pernah terdengar ayahnya cakap belakang mengenainya di hadapan gambar mendiang ibu. Kata-kata ayahnya seolah-olah menyalahkannya kerana ibunya mati ketika dalam perjalanan hendak pulang ke Korea sempena hari jadinya. Ibunya terlibat dalam nahas kapal terbang. Sejak itu, hubungannya dengan ayah merenggang. Apabila ayahnya menghantar emel ketika berada di luar negara, tambahan pula asyik dengan mesej yang sama, Mary tidak membalas sebarang emel dari ayahnya. Dia bosan dengan soalan yang sama asyik diajukan oleh ayahnya dalam emel tersebut.

Episod kali ini bercerita mengenai Mary yang telah mengganggu sesi latihan para pelakon yang sedang berusaha menguasai watak dan jalan cerita mengenai dua beradik yang bernama Laura dan Angel. Saya lupa kisah mengenai Laura dan Angel. Yang saya ingat, Laura amat membenci Angel. Dan difahamkan, kononnya kematian ibu mereka disebabkan Angel. Dalam skrip menyatakan bahawa Laura akan memujuk Angel, adik yang dibencinya. Namun Mary berpendapat, Laura tidak sepatutnya memujuk Angel yang dibenci. Sepatutnya, dia terus membenci adiknya itu.

Diringkaskan cerita, Gong Xi telah dicabar oleh pelakon yang berkaitan dengan drama tersebut untuk melakonkan watak Laura yang sangat membenci adiknya memandangkan dia bersetuju dengan pendapat Mary. Jadi, Gong Xi menerima cabaran itu dan melakonkan watak Laura yang jahat. Gong Xi berlakon dengan mengikut skrip pada mulanya tetapi kemudiannya dia mengguna skrip watak Angel. Secara tidak langsung, Gong Xi telah memerangkap pelakon watak Angel. Gong Xi menggunakan kata-kata yang sangat jujur ketika berlakon. Dan Mary yang menonton dan mendengar, mula menyedari akan sesuatu.

Mary mencelah dalam pertengahan babak. Dia mula membahaskan mengenai ayahnya dengan Gong Xi. Manakala Gong Xi terus berkata jujur dan terus-terang dengannya. Akhirnya Mary mengalah dan mula jelas akan segala-galanya. Mary kata ayahnya tidak memahaminya. Dia mahu ayahnya memahaminya. Tetapi dia sendiri tidak membalas emel-2 yang dikirim oleh ayah kepadanya. Tidakkah sebenarnya dia yang tidak membenarkan ayahnya untuk memahami dirinya???


Melalui episod ini, Farahin turut sedar akan sesuatu tentang diri Farahin. Hari ini, saya tempatkan diri saya pada watak Mary. Saya selalu merasakan tiada sesiapa memahami saya sepenuhnya. Dan saya selalu merasakan mereka semua tidak mahu memahami saya. Hakikatnya juga, saya benar-benar mahu mereka memahami saya. Di rumah, Farahin lebihkan duduk di dalam bilik. Sama ada tidur, online, etc., Farahin kerap berada di dalam bilik. Realitinya, Farahin sengaja mengasingkan diri dari parents. Begitu juga dengan kawan-kawan. Farahin suka bersendirian atau berdiam diri. Farahin tidak selalu berkongsi cerita, segalanya dengan kawan-kawan. So, adakah memang mereka yang tidak memahami Farahin? Atau Farahin yang sebenarnya tidak mahu mereka memahami Farahin???

"Saya sedar. Saya telah bina dinding di depan.
Ayah tidak dapat dampingi saya."
-Mary-


Entry panjang sangat, kan? Terima kasih bagi yang sudi baca dari mula sampai habis sepenuhnya.
Farahin sangat menghargainya. Kerana anda telah termasuk dalam kalangan mereka yang mahu memahami Farahin. Terima kasih banyak-banyak. Semoga diri anda sentiasa didampingi oleh mereka yang sentiasa mahu dan berusaha memahami. Amiin Ya Robbal Alamiin.



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin