Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Insan Itu

Posted by ELFarahin | On August 22, 2012 |

Insan itu. Insan itu hanya akan datang apabila ternyata aku memerlukannya. Dia akan datang ketika aku terjatuh dan luka. Dia akan datang ketika aku kedinginan. Dia akan datang ketika aku lagi meleraikan tangisan. Dia akan mengesat air mataku dengan penuh kasih sayang. Terasa hangat jarinya di pipiku. Dia akan mendakapku tatkala aku kedinginan. Terasa betapa selesanya aku di dekat dia. Dia akan menenangkan aku tatkala jiwaku lagi meronta-ronta. Dia akan terus menenagkan aku sampaikan aku terlena dek kasihnya. Insan itu jarang sekali menampakkan dirinya. Kerana hanya aku yang dapat merasakan kehadirannya. Renung matanya yang seakan 'diam' namun cukup tenang untuk diamati. Bibirnya yang sedikit mungil seperti menyimpan berbagai cerita dan kata-kata yang hendak dilafazkan. Dia sering diam. Dia cuma berkata-kata melalui belaian dan kasih sayangnya. Namun aku mengerti. Aku mengerti betapa dia menyayangi aku. Betapa dia benar-benar mahu melindungi aku. Dan aku akui itu. Insan itu bagaikan teman bagi jiwaku. Dia jugalah teman bagi khayal dan mimpiku. Insan itu jualah teman buat realiti dan hakikiku. Dia selalu ada dan tetap ada. Aku tidak ingin kehilangan insan itu. Dan aku tidak ingin dia jauh dariku. Kerana dirinya bagaikan ubat, penawar buatku. Tanpa dia, aku sakit. Dialah punca kesembuhanku. Dia upama nyawa dan nafas baru buatku. Aku sentiasa memerlukannya. Sentiasa....
READ MORE

Is He Going??

Posted by ELFarahin | On August 22, 2012 |

Assalamualaikum...
Hmm...Farahin tak tahu nak story pasal apa. Doq tenung je blog ni dari tadi. But do nothing. Actually, Farahin berfikir juga pasal someone ni kan and tak tahu lah weather nak share kat blog ni or not. Lastly, Farahin decided to share about it here. At least, untuk mengurangkan beban hati dan kepala nie.

Ok. Nampak tak gambara ahjussi yang di atas tu? Tak nampak? Tak apa. Boleh tengok lagi. Tengoklah berapa lama pun korank nak. Farahin tak jeles. Farahin tak marah. Especially, untuk kitew-kitew yang ELF ni. Yalah. Tak lama lagi dia dah nak pergi kan? Pergi mana? Pergi army military lah. Menjalani latihan khidmat ketenteraan. Hukhuk...tak dapat Farahin imagine how SJ without this ahjussi. Ahjussi nie sememangnya THE BEST leader ever. Sayang dia!

Anyway, bila tarikh sebenar ahjussi kita nie nak enlist?? Tak naklah nanti kitew ketinggalan. Ini pun dah kira ketinggalan. Tak naklah nanti bila kita on FB or Twitter, tak pasal-pasal dapat news yang ahjussi kesayangan Farahin sudah pun lama enlist. Meraung nanti tak pepasal. Ada yang kata ahjussi kitew nie enlist dalam august, september and ada yang kata after winter?? Hmm...anyway, kalau ada news about this ahjussi meyh lerr share dengan ELF yang sorang nie. Twitter tu dah lah bengong. Asyik minta reload je. Tapi sudahnya tak juga. Oh, ya! Farahin dari tadi asyik panggil lelaki tu ahjussi. Maybe ada yang sedang baca entry Farahin nak tak tahu nama lelaki tu. Nama dia Park Jung Su or lebih poupular dikenali sebagai Leeteuk. Dia leader SUPER JUNIOR.

"Oppa, ELF will be a greatest babysitter for your sons as long as you're in the military. Don't worry. We'll take care of the babies. Saranghae!"


READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin