Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Mereka Boleh Hidup Lama. Tapi Kenapa....

Posted by ELFarahin | On December 16, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum....
Hey, guys! Good night! Hmm...sudah terlalu lama rasanya tidak tulis apa-apa cerita berkaitan hidup ini. Asyik update ga/contest/segmen sahaja. Bosan, kan? Huhuu...So tonight Farahin ada santapan bagi mata yang masih celik asyik merenung malam. Hihii.

Okey. Anda pernah tonton filem animasi BOLT tak? Tak tahu BOLT itu apa? Ini dia.

*hensem+comel,kan?

Bohonglah kalau anda tidak pernah menontonnya. Anda kan senantiasa updated about movies ni. Lainlah Farahin. Just watched it for once. Itupun di TV2. Semasa menonton cerita BOLT ini, I learnt about loyalty, passion, friendship, love, family, and much more. But there was one thing yang asyik membuatkan Farahin berfikir mengenainya, iaitu Survive. Melihatkan BOLT dan kawan-kawannya Survive sepanjang mereka dalam perjalanan balik ke Hollywood, Farahin cuba membandingkannya dengan kehidupan sebenar haiwan.

Haiwan mempunyai ciri-ciri yang spesifik di mana ia lebih merangkumi aspek pertahanan dan perlindungan. Bukan sekadar pertahanan dan perlindungan untuk mengelak daripada ancaman luar tetapi turut yang berasal dari dalam. Tak faham apa yang Farahin cuba sampaikan? Farahin sedang bercerita mengenai kebolehan mereka dalam mengesan, menentang serta berlindung daripada musuh(ancaman luar). Dan kekuatan sistem imunisasi mereka yang sudah lali dengan kuman dan segala mikroorganisma yang mampu menjadi punca bagi sesuatu penyakit(ancaman dalam). Dan melihatkan pula dengan kebolehan mereka dalam hidup berdikari melebihi kemampuan manusia, they AMAZED me. Mereka adalah HEBAT! For me, mereka sepatutnya boleh hidup lama. Malah lebih lama daripada manusia. Kerana mereka HEBAT dalam meneruskan kehidupan. Mereka tahu penat tetapi tidak pernah putus asa. Ada di antara mereka pemalas tetapi mereka tidak pernah berhenti untuk terus hidup. Tapi kenapa? Kenapa mereka hanya diberi nikmat hidup hanya seketika??

Di saat kita baru sahaja hendak belajar berbicara, mereka bisu secara tiba-tiba. Di saat kita baru sahaja hendak belajar berjalan, mereka lumpuh entah apa sebabnya. Hayat mereka jarang sekali melebihi 20 tahun. Paling tidak pun cuma 10 tahun. Jikapun ada yang hidup selama usia manusia, ia tidak banyak dalam kalangan mereka. Memikirkan soal inilah, Farahin berasa kasihan terhadap mereka. Seketika kita di dunia, seketika mereka di dunia umpama sesaat usia kita. Namun, memang ini tidak dapat diubah. Kerana inilah lumrah buat mereka yang telah ditentukan oleh Yang Maha Mencipta. Sudah pasti ini ada hikmahnya. Tiada yang kekal di dunia. Hargailah masa dan usia yang tersisa. Bersyukur dengan apa yang ada. Ingatlah padaNya. Sesungguhnya, cepat atau lambat mati itu pasti ada. 


P/S : bercerita mengenai hidup & mati mereka, terasa sesak dada dek rindu yang melanda. Tiga makhluk yang teristimewa. Marrie, Boy & Nik yang sudah pun lama meninggalkan dunia.



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin