Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Kromosom XY Penentunya?

Posted by ELFarahin | On January 22, 2013 | |

Assalamualaikum...
Ups! Ini entry hanya untuk suka-suka sahaja. Hanya ingin berkongsi ilmu yang telah dipelajari. Hehe.. Hari ini Farahin belajar more about kromosom di sekolah. Tak tahu kromosom itu kejadah? Ermm menurut Success Biology SPM Oxford Fajar dalam Chapter 5 Form 4 di muka surat 110,

Every cell has thread-like structures in its nucleus called chromosomes.

Okey. Di sekolah tadi cikgu ada kata, sebenarnya kromosom lelaki(XY) bertanggungjawab menentukan anak yang dilahirkan. Walaupun kelahiran seseorang anak sama ada berjantina lelaki atau perempuan itu berkemungkinan dalam 50/50. Sama rata. Tetapi kromosom lelaki tetap boleh menjadi penentunya. Bagaimana?

Kromosom perempuan adalah XX. Manakala kromosom lelaki adalah XY. Kromosom perempuan tetap. Hanya ada sejenis which is X. While kromosom lelaki ada dua. XY. Kalau ikutkan kromosom perempuan, sudah tentu anak yang bakal dilahirkan sentiasa perempuan. Tetapi kalau ikutkan kromosom XY, boleh jadi lelaki, boleh jadi juga perempuan. Err tak faham? Sila rujuk kepada pakar. Hehe. Jom tengok rajah di bawah ini. My own handmade. Hahaa.


Jadi begitulah lahirnya seorang individu berjantina lelaki dan perempuan. Setahu Farahin pada zaman dahulu, orang India tidak suka anak perempuan. Terutamanya yang miskin. Yalah, bila hari perkahwinan nanti kan pihak perempuan yang banyak hantar hantaran. So, kind of membebankan. Orang Cina pun sama. Yang ini cikgu yang kata. Tapi cikgu sendiri tak tahu sebabnya. Farahin rasa mungkin sebab anak lelaki merupakan waris utama keluarga. Yalah. Orang Cina kebiasaannya memang suka meneruskan legasi keluarga seperti pewarisan syarikat. While masa zaman Jahiliah dahulu, anak perempuan dibunuh kerana mereka ini bila sudah dewasa wajib dijadikan pelacur. Jadi si bapa tidak mahu menanggung malu. Sebab itu mereka bunuh anak perempuan mereka.

Apapun, kelahiran anak lelaki atau perempuan itu semua kerja Tuhan. Siapa kita hendak kata, "Eh! Kenapa anak perempuan?" "Aku hendak anak lelaki." Plus, sebenarnya banyak proses yang perlu dilakukan untuk wujudnya seorang anak. Sel-sel badan kita banyak berkerja. So, appreciate them(the cells). Siapa yang belajar Biologi, sure tahu kepayahan sel-sel badan kita kan? Huhu.

Hmm dulu zaman sekolah rendah Farahin suka tengok sebuah cerita Inggeris bertajuk Kyle XY. Started Form 4 last year baru Farahin tahu kenapa nama Hero dia Kyle XY dan heroin dia pula ada XX di hadapan namanya. Farahin rasa kelahiran manusia seperti Kyle XY tidak mustahil cuma kita dilarang untuk berbuat sedemikian.






p/s: kepada students, jangan jadikan entry ini sebagai officially your revision. Ini unverified punya version. Huahahaha.

3 comments:

  1. waaa., rindu pula belaja bio., huhu fevret subjek nii., xD

    ReplyDelete
  2. pehhhh feveret subjek aku nih weyyy.... bab nih paling best sebab berkenaan dengan kita...WoW...terutama bila buat experiment tntang jenis darah kita apa? wow gilerr coOl~~thanks ingat balek zaman sekolah aku...


    singgah sini..

    http://shazrizalshahmy.blogspot.com/2013/01/awas-cokelat-paling-ngeri.html

    ReplyDelete
  3. adeiii xfaham bab bio ni..pakcik dh tua tua :)

    err dulu suke jgak tgk kyle xy tp bile mcm merapu lebey sgt...trus stop ehehe

    ReplyDelete

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin