ku tundukkan wajah
mataku tepat mengena
mencecah tiap-tiap muka buku itu
lagaknya seperti lagi asyik meneliti
irama-irama bahasa yang tidak berlagu
tetapi membuat hati ini bernyanyi
ku lirikkan anak mata dari kiri ke kanan
membaca tajuk-tajuk rumi yang tertera
melangkah rangkap-rangkap sajak
yang mempesona di pancaindera
namun hati ini tidak juga mahu menerima
kaca mata ku betulkan sekali sekala
kaki bersilang buku diriba
lagak seperti ilmuwan yang bijaksana
namun siapakah yang dapat mendengar
hatiku mengeluh setiap kali helaian muka berganti
mata membaca biarpun mulut tidak bersuara
hati menerima jikapun tidak dengan rela
helaian-helaian yang padat dengan kata-kata pujangga
terasa kosong putih setiap adakalanya
entah kenapa puisi-puisi itu bagai tidak lagi termakan di jiwa
mungkin sudah tiada seleranya.
Hari ini, petang tadi my first day on duty as school librarian in 2013. Alhamdulillah. Everything just great. Sambil lepak di library, Farahin and my bestie belek-belek sajak-sajak karya A. Samad Said. Who said Budak Bio tak minat sastera? Kalau mengena, on jep. huhu
hi awak di-tag :)
ReplyDeletehttp://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/2013/02/misi-bloglist-by-cik-zara.html