Mengingati Kenangan Silam


Gendang gendut tali kecapi,
sudah kenyang senang hati,
Pergi Maulidur Rasul pagi tadi,
sambut kelahiran Rasulullah yang dicintai.

Assalamualaikum...
Wah Wah Wah! Tak pernah-pernah Farahin reka pantun sebelum buat entry. Huhu. Yumm...Alhamdulillah. Perut kenyang makan di sekolah tadi sempena Maulidur Rasul. Sampai baru nak buat entry, perut pula menjerit hendak pergi toilet. Aiseyh. Haha.

Bangun pagi tak tahu nak pakai baju apa. Nak pakai baju raya tahun lepas....kain lembut sangatlah. Farahin lasak. So belek-belek baju kurung di almari yang tak seberapa banyak tu. Then terdetik nak pakai baju kurung biru. Hmm dah 5 tahun tak pakai baju tu. Ups! Yeah. Itu baju masa darjah 6. Tapi still muat. Hehe.

Sebenarnya baju tu ada kisahnya. Ingat lagi masa sambut Hari Raya di sekolah, my ex wore the same colour. Yeah. That time kami sedondon bersama. Huhu. Tak janji pun. Tapi kawan-kawan asyik tanya, "Wahh janji ke?" Huhu.

Entah kenapa hari ini rasa rindu pula.

Datang ke sekolah dengan baju kurung biru. Oh,yeah! Terasa macam kembali ke zaman dulu. Senyum. Tapi dalam hati terasa sedikit pilu. Rindu ke?

Masa balik tunggu bestie di pagar. Dalam suasana yang panas dengan angin yang bertiup kencang, wah! nyamannya. Secara tak sengaja Farahin termenung jauh merindui si dia. Nak-nak lagi kebetulan ternampak dia dibonceng buddy lalu depan sekolah. Astaghfirullahalaziim.

Farahin tak nak banyak komen pasal hati ini. Tapi dia memang sangat istimewa. Dia kekasih terakhir dalam Farahin berada di alam persekolahan. Apatah lagi dalam alam sekolah menengah. He's the last. Dan dia adalah kekasih yang pertama buat Farahin menangis dan tersenyum sepanjang crushed terhadap dia setelah kami break up. Yeah! He's so special.
Muhammad Nur Sallam. Aku berani tulis nama kau. Tapi aku tak berani sebut nama kau. Sebab bila anak tekak aku bergetar bila sebut nama kau, aku takut kalau hati aku ikut berdebar. Aku patut lupakan kau. Sayang itu perlu dilenyapkan. Mana mungkin aku mempercayai cinta monyet ini. Sudah bertahun-tahun lamanya cerita kita sudah tertamat. Adalah tidak wajar untuk mengharapkan apa-apa lagi.



p/s: Hari ini ku hilangkan rasa marah & dendam ku padamu demi entry ini.

2 comments :

Balqis Sarah said...

tapi ada lagi satu sebab pasal baju kurung biru tu. unnie kan ELF, baju kurung kan biru.. hehe -evil laugh-

ELFarahin said...

@Balqis Sarah haha...baju kurung tu ada sebelum unnie jadi ELF la :)