PSK: Pujangga Sastera Konon


Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Berakhir juga my first test. Pergh ! Nervous rasa masa jawab paper Add Math. Sampai lupa dua tiga formular. Huhu. Masa jawab sivik pula, sempoiii. Sempat lagi ada dalam 45 minit tu, Farahin conteng kertas sivik dengan pantun-pantun poyo. Alang-alang pantunnya boleh tahan, Farahin copied semula pada kertas-kertas lupus yang terselit dalam pencil box. Meyh ushar pantun-pantun tu. Hehe

Rindu datang menyambar hati,
tercalar lagi parut yang pergi,
Untuk apa dicinta lagi,
sungguh dia sudahpun pergi.

At first, niat hendak created puisi. Yet terbantut. Maka terciptalah pantun yang sentimental itu. Haha

Helang terbang membuat bunyi,
tergantung mangsa pada cakaran,
Untuk apa saling sembunyi,
sudah suka kasi jalan.

Haha. Oh yeah Oh yeah... kasi jalan !

Ombak lasak memukul pantai,
angin pantas menolak dahan,
Sudah janji menjadi rantai,
dirimu sayang takkan ku tinggalkan.

Haa...sweet tak sweet tak? Atau sweat? Terfikir pasal ombak bila angin kuat serbu masuk ke dalam kelas. Hihi

Tangis hati tidak berbunyi,
air mata jatuh tidak diminta,
Sudah dia tidak menyayangi,
usah diharapkan apa yang tiada.

Sedihh... teringat pada ex for sudden. Hoho

Perahu dikayuh perlahan-lahan,
buai dienjut berhati-hati,
Sayang ini tidak tertahan,
moga terjodoh kita akhirnya nanti.

Ini pula teringatkan my bestie yang suka cakap pasal kahwin. Huahaha

Malaysia riuh ada Super Show 5,
ELF menggedik boys melompat,
Hidup jangan terlalu lalai,
mati itu entah cepat entah lambat.

Ini memang dah tahap bengong. No idea. Teringat pada oppa and ELF. Teringat pula dalam keseronokan dunia, jangan lupa akhirat di sana. Huhu


Kenapa PSK? PSK stand for Pendidikan Sivik Kewarganegaraan. Tapi Farahin tukar kepada Pujangga Sastera Konon. Hekhek XD


No comments :