menangis dan mengadu
tentang dunia yang penuh sendu
dikala mata-mata sedang lesu beradu
akan ku seru namaMU
dipenghujung waktu yang sunyi dan sayu
AKANKU TERUS KETUK PINTU TUHANKU
sekalipun tanganku penuh debu
sedang pintu itu seputih susu dan salju
kerana ku tahu tuhanku
tidak pernah menghalau tamu
yang datang bertemu dan menyeru
sekalipun dosa memenuhi angkasa
namun keampunannya meliputi segalanya
AKANKU TERUS KETUK PINTU TUHANKU
tanpa jemu tanpa malu
selagiku memanggilnya DIA Maha Tahu
aku hanya seorang hamba ada dosa ada pahala
namun DIA Maha Mulia
limpahan kemaafan tiada tepian
kerana DIA Tuhan Ar-Rahman
sedangkan aku insan penuh kedaifan
AKANKU TERUS KETUK PINTU TUHANKU
mengadu dalam sayu dan sendu
merintih tentang dunia yang letih
janganlah aku DIKAU sisih
dalam kurniaan nikmat kasih
diri yang kotor pohon dibersih
terimalah istighfar
terimalah tasbih
Sesungguhnya ALLAH itu tidak pernah jemu dan meluat mendengar segala rintihan,luahan hambaNYA.
Segala MAHA terletaknya pada ALLAH SAHAJA.
Engkau hambaNYA yang lemah,kenapa perlu engkau angkuh dalam meminta terus kepadaNYA?
Sedarlah diri , Sedarlah hati.
Pintalah , Rayulah..
MAHA AGUNG akan mendengar tanpa sebarang kejemuaan.
Tanpa sebarang kebencian.
DIA yang satu.
Pintalah,rayulah.
Segala ujian yang hadir akan lebih mematangkan engkau wahai hambaNYA yang lemah.
Credited to: Ain'Afini
No comments:
Post a Comment