Assalamualaikum..
Wink wink! Nampak tajuk tu? Haa siapakah yang kahwin itu? Farahin?? Omo! Lama lagilah. Calon pun tak ada. Huhu. Actually tadi Farahin pergi jemputan kahwin di kawasan perumahan ni. Dua beradik bersanding serentak. Jimat kos, kan? Haha.
Tadi sempat ushar pengantin-pengantin lelaki kena ganyang dengan pihak pengantin perempuan. I dunno lah apa yang diorang buat. Tak faham pun. Pantunlah, apalah, bla bla bla. Tapi tengok pengantin-pengantin lelaki tu malu-malu kucing, Farahin pun naik geli hati.
Dalam hati Farahin memuji pengantin-pengantin lelaki. Pasti mereka lelaki yang hebat kerana mereka mampu sampai ke tahap ini. Mereka berjaya menemukan rusuk kiri mereka yang hilang. Then bersemuka pula dengan ibu pengantin. Berseri-seri muka dia. Senyum saja. Farahin yang konon beraura hitam ni pun jadi kekok dengan orang segembira dia. Farahin tak tahu nak buat rupa macam mana.
Melihat dua pasangan pengantin ini buat hati Farahin berbisik, adakah ini sebuah dorongan?? Dorongan untuk aku bahawa ketahuilah cinta itu pasti wujud. Lelaki itu pasti wujud. Pemilik rusuk kiri itu memang wujud.
Dulu masa kecik-kecik kalau pergi majlis kahwin ingat nak makan dan curi bungan manga dan telur rebus je. Tapi hari ini bila pergi ke majlis makan, hati Farahin rasa tak sedap. Fikiran jadi runsing tiba-tiba. Sebab hari ni Farahin menganggap perkahwinan itu sesuatu yang susah dan serius.
Tapi macam manapun, masih susah Farahin nak percaya. Akal ini tetap dengan cara sempitnya. Ada soalan yang ditanyakan pada diri ini dengan perasaan yang tidak ingin menerima. Masih wujudkah cinta itu? Benarkah ia wujud? Wujudkah lelaki itu? Lelaki yang akan hilangkan perasaan takut ini?? Lelaki yang akan buat aku lupakan kesakitan ini?? Benar dia wujud???
Memikirkan soalan-soalan begitu, Farahin sendiri jadi sakit hati. Air mata pun rasa nak mengalir. Kemudian teringat Farahin kepada dia. Kenapa Farahin terlalu sayangkan dia?? Dia sendiri dah mengaku dia bukan pemilik rusuk ini. Kenapa Farahin tetap nak abadikan jiwa ni kepada dia?? Dia cuma cinta monyet. Cinta monyet yang memberikan perasaan seperti cinta pertama.
Adat permainan. Manusia akan bermain-main pada asalnya untuk suka-suka. Tetapi apabila tiba pertengahan, tiba-tiba permainan itu menjadi sesuatu yang serius. Seseorang harus kalah dan seorang lagi harus menang. Farahin cuma bermain-main tapi tak tahu pula Farahin tiba-tiba ingin menang.
Hari ini Farahin cuma menjadi penonton kepada permainan dan menahan diri daripada masuk ke dalam gelanggang. Farahin seperti seorang yang kalah di sini. Seperti bekas pemain ragbi yang menahan diri daripada masuk ke gelanggan permainan dan mencederakan dirinya di padang hanya untuk menang. Diambil pula dari lirik lagu The Day We Broke Up by ZE:A Five, "Tidak apakah begini? Tidak apakah jika aku melupakanmu begini?" Ya. Persoalan itu sentiasa berbunyi dalam hati Farahin, Huhu
Cinta, Pasangan, Teman Lelaki, Perkahwinan, hari ini Farahin mula menganggap semua benda itu sesuatu yang susah dan serius. Sesuatu yang sangat berisiko. Sampai Farahin takut untuk bermain lagi sungguhpun hati ini mahu.
Cinta bagi Farahin hari ini umpama jurang yang tiada jalan keluar. Kalau sudah terjun ke dalamnya, jangan mimpi untuk panjat keluar. Bermainlah dengannya sehingga menang atau mati sahaja. Sungguh! Ia sungguh menakutkan bagi diri ini.
Wahai Hawa, usah sempitkan dirimu kepada pemilik rusuk yang bukan memilikimu. Ia akan menyakitinya dan dirimu juga :)
ps: Tahniah kepada pengantin baru itu!
No comments:
Post a Comment