2025 status-to-be : Single Pro Max Ultra :p - Fri , 15/11/2024 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Stesen Bas Kluang Meletop

Posted by ELFarahin | On June 06, 2013 | |
بسم الله الرحمن الرحيم

Omo omo! Stesen Bas Kluang Meletop?! Eh eh eh nanti dulu nanti dulu. Jangan mudah sangat buat konklusi spekulasi bagai nih. Actually, Farahin ada sebuah peristiwa kecil untuk dihebah heboh gempar gempurkan di SJelfFoundland ini. Peristiwa ini sudah agak lama berlalu. Last month kot. Huhu

On that day Farahin went for shopping dengan emak. Pergi ayah hantar tapi balik terpaksa pikat bas di stesen bas pula. Payah payah. Sementara menunggu bas, apa salahnya kita melabuhkan punggung sampai bengkok bench besi di stesen bas tu kan? Sambil-sambil itu teguklah sekali Susu Coklat Dutch Lady sebotol. My feveret tu. 

Sambil duduk, sambil minum, sambil itu cuci juga mata Farahin yang rabun ni dengan persekitaran stesen bas yang tak semegah mana tu. Then, ter-capture pula seorang oppa ni. Farahin tak ingatlah muka dia. Tapi dia berbaju biru dan berjeans biru. He was a smoker. Farahin nampak dia buang puntung rokok di tempat parkir bas yet tak matikan baranya. Farahin dok tengok je puntung rokok tu. Masih berasap.

Ramai orang lalu lalang berhampiran puntung rokok tu. Ada tu kaki jarak about 5-6 cm je dari puntung rokok tu. Farahin tengok puntung rokok tu sampai naik pedih mata. Eh, apahal pulak? Puntung rokok tu kemain jauh asapnya, Farahin boleh pedih mata pula. Yalah. Farahin tenung puntung rokok tu macam nak wrestle dengan The Rock or Mysterio or John Cena? ke Sina? Whateverlah. Farahin dok tunggulah ehsan mana-mana adults untuk pijak puntung rokok yang berasap tu.

Sebenarnya during that time otak Bajet Budak Science Farahin bekerja menyemak nota-nota kimia, fizik and biologi yang telah dipelajari. Come on lah awak! Awak tak bimbang ke puntung rokok tu menyala? Ini kawasan kenderaan-kenderaan besar! Di sini terdapat udara yang mengandungi pelbagai jenis bahan kimia! Kalau ada bas or maybe motosikal or kereta sesat lalu kat sini dan tangki minyaknya mungkin bocor atau apa-apa sahaja yang flammable tumpah ke atas puntung rokok tu acane? Tak ke nanti boleh meletop stesen bas nih?

Farahin tak tahu kenapa fikiran Farahin agak kritis or maybe kritikal pada ketika itu. Yang pasti, Farahin rasa bimbang sampai naik basah ketiak. Lastly, Farahin bangun dan pergi ke arah puntung rokok itu, tayang my kasut yang tak berapa gorgeous but ohsemm tu then kasi tenyeh lenyeh puntung rokok tu, after that pusing ala-ala Miss Malaysia kepatahan tumit kasut. Huh! Puas hati aku!

After that, ramai adult tengok Farahin. Bwo? Salahkah kalau saya pijak puntung rokok? Awak ingat saya suka ke kotorkan kasut saya dengan air liur yang ada pada puntung rokok tu? Oh plizzzzz lah. Ini pun kerana niat tahu. Bukankah membuang benda-benda tajam or buruk di jalan itu suatu pahala? Kalau hati saya ni suci bersih putih, saya sanggup kutip puntung rokok tu kasi haktuih ke dustbin. Tapi maaflah! Saya tidak sebaik itu.

Setelah melalui saat-saat sukar itu, Emak and I dah mula jemu memikat bas yang sikit pun tidak menunjukkan minat. Dalam kata mudah, bas tak ada! Huwaaaahahaha. So we decided tapau teksi je lah yep. Then boleh pula teksi salah jalan. Ikutkan dah makan 2 kali ganda tambang. Tapi uncle tu baik hati minta tambang as usual. Thank you, uncle! Moga menjadi pemandu teksi yang berjaya! Hihi


ps: Wa tahulah lu smoker retis tapi tok sah lah nak retis sangat! ;p


1 comment:

  1. farahin rasa tak salah mey apa yang farahin buat, eh! banyaknya farahin :D

    http://ehfarahin.blogspot.com

    ReplyDelete

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin