Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Dia Sudah Ada Kekasih

Posted by ELFarahin | On January 10, 2013 | | 1 comment:
Assalamualaikum...
Entry ini ditaip khas for my bestie yang baru first time jatuh cinta. hehee


Dahulu ketika aku lagi dalam cinta dan aku kerap bercerita tentangnya, engkau dengan sendirinya akan ketawa. Maklum, engkau belum pernah jatuh cinta. Engkau akan kata, "lupakan saja" kerana dia cuma kekasih lama. Mungkin memang ada benarnya. Untuk apa aku berpura-pura bahagia? Kononnya semangat cinta lagi membara. Padahal, saban hari hatiku parah kerana cinta.

Kini setiap hari, setiap pagi aku melihat engkau tersenyum gembira. Maklum, engkau baru hendak mengenal cinta. Di hatimu sudah ada yang bertakhta. Si dia yang setiap hari akan engkau ceritakan kepada kami bertiga. Dan kali ini aku pula terasa lucunya. Engkau gadis yang pintar. Menjadi kesayangan guru-guru di sekolah. Namun begitu, adakala engkau membuat aku berfikir kalau engkau gadis yang bodoh. Bukan hendak menghina. Tetapi cuma itu satu-satunya gelaran yang terlintas di minda.


Engkau gadis yang suka berkhayal. Itulah, pengaruh novel-novel cinta yang engkau suka. Engkau suka cuci mata. Tengok junior-junior kita yang handsome lagi kyute. Tambahan, engkau suka bercerita tentang lelaki, kecantikan dan perkahwinan. Aku tidak tahu, entah matang atau tidak untuk engkau bercerita soal semua itu. Tetapi aku cuma mampu tersenyum dan berkata dalam hati, "All this stuff annoyed me". Bukan bermaksud untuk membenci. Tetapi aku tidak berkenan dengan topik-topik sebegini. Maklum, ini semua gara-gara cintaku yang sudah pergi. Aku tidak yakin untuk mempercayai.

Walau bagaimanapun, tahniah! Engkau sudah punya kekasih pertama. Ingin aku nasihatkan, jangan terlalu serius. Takut-takut ia memberi tekanan kepada Si dia. Jangan lakukan kesilapanku yang lalu. Aku tidak tahu sama ada engkau kuat atau tidak. Yang pasti, aku tidak mahu engkau sakit seperti aku. Namun, aku tidak terdaya meluahkan kata-kata nasihat ini. Takut-takut engkau kata aku busybody. Apapun, jaga hati, jaga diri. Moga engkau bahagia dengan Si dia.

p/s: Dia lelaki yang baik. Jangan buat dia rasa dirinya seolah-olah lelaki yang jahat. ;)



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin