Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Kek Oren Coklat & Ceri

Posted by ELFarahin | On March 08, 2013 | | No comments:


Assalamualaikum…
Hello! Kita berjumpa lagi! Alhamdulillah. Wah! Dah lama tak update blog. Lama ke? Huhu. Seminggu je pun. Okey. Hari ni tajuk kyute je ala-ala tajuk komik gitu. Hehe. Alamaklum, just finished reading ‘Benang Raja Waltz’. Woot woot! Nice story! Watak-watak butler pun semuanya handsome melecun! Try lah beli. RM 7.50 je pun. Hee.

Okey. Apa yang nak diceritakan ni tak ada lah se-kyute tajuk di atas. Cuma saja-saja nak catitkan memory yang ada. Huhu. Hari ni Farahin and all my bestie ada tugas di school library. Well, kami kan librarian. So hari ni our turn pula bertugas. Sejak semalam lagi kami dah plan nak pakai baju warna apa. Last week janji nak pakai baju warna kuning. Tapi tergendala dek Farahin tak pakai baju warna kuning sebab belum basuh.

Tapi hari ni  my bestie, Farhana pula pakai baju warna lain daripada yang dijanjikan. Farahin pakai baju Light Oren, Raidah purple, Aznie sure pink like usual, then Farhana sepatutnya pakai baju warna merah. Yet bajunya pula belum basuh. Jadi dia pakai baju coklat, tudung merah. Haha. Tudung merah pun jadilah kann

Sebelum pergi library, me and Farhana pergi lah melencong ke 7E. Farhana nak cucuk duit biasiswa. Tapi mesinnya lagi disumbat RM. So, blah la dulu. Kami then melencong ke kedai buku. Need to buy something for my folio sempena bulan Anti Dadah. Hee. Wish menang! Ehh…hehe. Lepas beli barang, kami went back to 7E. Hmm tak siap lagi. So straight je lah ke sekolah. Atas motor tu sempat lagi gelak-gelak.

Farhana: Mesti abang tu kata budak tu kenapa ulang-alik kan?
Me: Haha. Biarlah. Bukan memang kerja kita ke ulang-alik kedai yang sama?

Huhu…Farahin teringat yang kami selalu ulang-alik kedai buku Master Lee masa sibuk nak hias kelas. 1 hari lebih 3 kali. Haha. Naik jemu abang kat kedai buku tu. Tak apa. Abang handsome. Kami tak jemu. Lol. Farhana yang kata abang tu handsome. Hihi

Sampai library, lepak-lepak, gelak-gelak, pukul 5:30 petang blah. My friend, Zuhairah rasa pelik tengok Farahin banyak ketawa dengan Farhana. Well, usually Farahin type yang senyap je. Sampai kawan-kawan lain takut nak tegur. Huhu. Entahlah. Farahin senang dengan Farhana. Lawak-lawak dia, gila-gila dia, macam enzyme yang ada active site yang boleh bagi ngam dengan kepala Farahin. Haha. Ayat bio sudah. Tak apa. Rewind topic form 4. Nak spm ni. Hee

Masa balik kami singgah lagi 7E. Ehh…Farhana tak boleh cucuk duit. Entah apa pasal, tak tahu. Sambil-sambil tu, Farahin grab komik Benang Raja Waltz tu. Hee.

Okey. Timbulnya tajuk Kek Oren Coklat & Ceri ni adalah disebabkan Farahin dan Farhana terfikirkan benda yang sama. Tidak ke kami menjadi tumpuan bila Farhana dengan tudung merah dan baju coklatnya membonceng Farahin yang bertudung hitam berbaju light oren? Kami umpama Kek Oren(baju Farahin) Coklat(baju Farhana) dengan topping sebiji Ceri(tudung merah Farhana). Haha. Nice combination! Anyway, Farahin suka dengan tajuk ni. It sounds kyute, sweet dan yummy. Huhu

Let's make this friendship more delicious than the cake,
more juicy than the orange,
more sweeter than the cherry.
-Kek Oren Coklat & Ceri-


READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin