Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Lagu Sedih

Posted by ELFarahin | On June 05, 2013 | | 1 comment:


Assalamualaikum...

Selamat Malam semua!
Ups! Jarang beno Farahin nak share lagu-lagu sedih ni kan? Hehe
Alright. Lately, Farahin agak kerap dengar radio.
So, berkenan pula di hati hamba akan sebuah lagu dari Tanah Jawa ini.
Hihi.
Yep! Lagunya agak sedih.
Tapi terasa 'sweet' bagi diri ini.
Huhu.
Dear ex, saya teringat kepada awak bila dengar lagu ini.
Teringat saya pada kesakitan yang dulu.
Huhu.
Awak pergi tanpa alasan.
Dan membuatkan saya tiada alasan untuk melupakan awak.
Haha.
Cinta monyet memang begitu.
Oh, ya kah?
Saya rasa saya cuma berperasaan sedemikian terhadap awak.
Ah, sudah!
Jangan nak mood jiwang meleleh jam 3 pagi ni.
Huhu.
Saya tak tahu apa hebatnya cinta monyet saya ni.
Tapi saya suka mengira sudah berapa lama awak bertahan dalam ingatan saya.
Campur tolak tambah bahagi termasuk tahun pertama kita berkawan,
sudah hampir 6 tahun lamanya.
Saya tak tahu apa yang perlu dikagumkan dengan 6 tahun itu,
tapi saya seronok begini.
Walaupun kadang-kadang terasa juga sakit di hati.
Sejujurnya,
ada ketika saya berangan awak kembali kepada saya.
Tapi saya matikan saja angan-angan sebegitu.
Meskipun saya mahu, saya tak dapat nak terima awak.
Mungkin. Entahlah.
Susah hati kalau memikirkannya.
So, better lupakan saja angan-angan begini, kan?
Suatu hari, tidak lama saja lagi,
saya akan menjadi dewasa.
Sepatutnya hati saya juga perlu menjadi dewasa bersama.
Huhu.
Oh, ya!
Awak mungkin menjadi antara kenangan manis & pahit zaman remaja saya.
Tapi sebetul-betulnya,
awak memang istimewa bagi saya.
Dari dulu hingga kini :)

Adakala perasaan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tetapi apabila ada lagu yang menjadi melodi kepada hati, di situ barulah jelas apa yang sedang atau telah dirasakan.


ps: Saya rindu hendak bersahabat dengan awak :3


READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin