Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Ada Bunyi

Posted by ELFarahin | On September 23, 2013 | | 2 comments:

Assalamualaikum...
Hey, peeps! Hmm dah lama tak conteng-conteng kat Super Junior.ᴱᴺᵀ .
Rindu post Farahin tak? Hehe

Anyway, mata sekarang ni memang dah berat tapi digagahkan juga buat post untuk para readers yang suka stalk Super Junior.ᴱᴺᵀ . Perasan lebihlah Farahin ni kan. Haha

Tonight Farahin nak jadi penglipurlara kepada you guys. Hee

ADA BUNYI? Bunyi apa? Haa inilah yang nak cerita. Baca baik-baik okey.
Last Saturday, Farahin diserang demam urat lagi. Sepanjang hari badan kebas-kebas. Sakit sana, sakit sini. Huhu. Redha sajalah. Then that night, tidur memang macam udang kena rebus. Bengkok saja. Kipas off. Haa berpanaslah Farahin dengan selimut dan sweater. Basah batal and tilam. Bukan kencinglah. Tapi berpeluh.

Farahin started tidur pukul 10.00 pm. Jam 12.00 am tersedar. Yalah. Tidur dalam kepanasan. Demam pula tu. Sesiapapun takkan selesa. Then tried lelapkan mata tapi setakat tidur ayam saja. Suddenly Farahin ada dengar bunyi pelik di dalam rumah. Kuat. Tengok jam dah pukul 12.15 am.

Ting! Ting! Ting! Lebih kurang macam tu lah bunyinya. Bunyi macam penghadang tangga yang made by my dad from besi diketuk-ketuk atau berlaga dengan besi lain. Bunyinya bergema, kuat dan sedikit nyaring. Rentaknya sama saja. Tak lama selepas tu, senyap.

Farahin rasa tak sedap hati. So terkumit-kumitlah mulut Farahin baca ayat kursi and zikir sebanyak yang boleh. Tapi still felt uneasy. On lappy, buka surah-surah yang ada dalam mp3. Damn! Kalaulah bukan sebab Farahin lagi 'holiday' masa tu, memang kasi rembat yaasin baca kuat-kuat. Nak keluar bilik untuk ambil wuduk, takut 'tak jumpa' bilik balik nanti. So tak dapatlah Farahin nak heret al-Quran sekali.

Next day, Farahin tanya ayah. Ayah tidur pukul berapa? He said 11.00 pm dia dah started berdengkur. Lepas tu konfem dah tak ada bangun-bangun. Farahin mengadu pasal ni pada ayah. Ayah bagi alasan kata itu bunyi tali kelambu yang diikat pada penghadang tangga bergeser antara satu sama lain.

Konfem! Itu tipu! In this house, Farahin yang selalu tidur paling lambat. Paling lambat waktu tidur, 1.00 am. Paling awal, 12.00 am. Kalau lain-lain tu means Farahin penat sangat atau syok dengan lappy sampai lupa malam sedang berganti subuh. Hehe. So belum pernah Farahin dengar bunyi tu. Plus, pintu bilik Farahin memang selalu bertutup. But then bunyi tu sound like pintu bilik Farahin tak bertutup.

Yesterday, Farahin tidur pukul 4.00 am. Why? Farahin mengantuk tapi badan kepanasan. Tak selesa nak tidur. So Farahin curi masa mengemas bilik yang kian bersarang dan berserangga ni. Sama macam otak Farahin. Haha. Then, nothing weird I heard. Tak ada lagi 'bunyi' tu.

Di kepala Farahin tak ada benda lain melainkan fikir bunyi tu dibuat oleh unknown friend yang Farahin panggil Saka. It could be bukan dia. Maybe Jin lain yang sesat tak jumpa 'rumah'. Suka-suka masuk rumah kite pula.

Farahin shared this story with my buddy yang 'sekasut' dengan Farahin. Dia jangankan bunyi. Malah dipanggil-panggil lagi. Damn! Memang tercabut bulu roma macam tu. Jangankan meremang saja. Huhu


Cara Farahin: Kalau takut, jangan diamkan diri. Lawan ketakutan. Biar gigil sampai nak gugur jantung pun, jangan lupa kepada Allah. Lagipun, yang datang tu cuma satu sedang kita ada banyak malaikat yang diutus olehNya untuk melindungi kita. Ingat!




READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin