Pemberi Ruang


Aku seorang sahabat.
Namun, sebaik-baik sahabat itu belum tentu.
Aku mendengar dan melihat.
Tetapi jarang berkata-kata.
Aku pemberi ruang.
Aku juga sering memerlukan ruang.
Sungguhpun begitu,
kelemahan aku adalah menjaga ruang.
Aku tahu apa itu jauh dan dekat.
Tetapi aku tidak dapat mengagak kiraannya.
Selaku pemberi ruang,
aku memberi ruang sebanyak ruang yang ada.
Tujuannya untuk kau rasa lebih tenang dan bebas.
Tetapi boleh jadi aku disalah anggap cuba berjauhan.
Kelemahan aku, menjaga ruang.
Sepertimana belum tentu aku sebaik-baik sahabat untuk kau,
aku bukanlah sebaik-baik penjaga ruang.
Ruang yang aku berikan,
mungkin akan membuat kau terasa jauh. Terpisah.
Andai kau berasa demikian,
hampirilah aku.
Aku akan mendengar rintih dan celoteh kau.
Biarkan aku melihat bahawa kau tidak lagi memerlukan ruang.
Tetapi sebuah tempat.
Tempat di sisi seorang sahabat.












Lately, Farahin sangat memerlukan ruang.
Then, asyik teringatkan krisis yang pernah
berlaku dalam persahabatan kami. Sudah tentulah,
itu cuma salah faham sahaja.





2 comments :

PeRdU cINta said...

Subhanallah..ruang itu terkadang membaik pulih hubungan..tapi ia juga boleh memutuskan ukhuwah..

ELFarahin said...

@PeRdU cINta bukan ruang puncanya. tapi mentaliti manusia. terima kasih baca. anw, ukhuwah kami tak putus pun. oke je bff sampai sekarang. huhu