Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Novel Pendek: Kita Punya Date (Bhg. 3)

Posted by ELFarahin | On January 31, 2016 | |
Assalamualaikum...


MERAH. Biru. Hitam. Mata aku berpinar. Tidak tahu hendak pilih yang mana. Aku paling gemarkan warna merah. Biru juga warna kegemaran aku. Hitam paling menarik bagi aku. Aku jadi rambang mata.
"Ambillah warna hitam. Sesuai dengan warna apa-apa pun." Dia mencadangkan.
  "Hmm. Cuba kau tengok aku ni. Kasut aku, hitam. Seluar, hitam. Jam, hitam. Kau tak rasa ke aku ni terlebih sinonim dengan hitam?"
  "Kalau biru?"
"Ermm...berbanding biru, aku rasa merah lagi menarik."
  "Kalau macam tu pilihlah merah."
  Aku berfikir lagi. Inilah masalah aku. Aku tak pandang jenama. Yang penting kualiti. Warna sudah tentu. Sebab warna membangkitkan emosi dan semangat. Itu pun penting.
  "Kalau biru?" Aku tanyakan soalan yang sama yang dia tanyakan kepada aku tadi. Dia menggeleng.
"Biru satu undi. Merah dua undi. Merah menang. Jadi pilih merah."
"Hah? Undi apa pula ni?"
  "Yalah. Kau undi untuk merah dan biru. Aku undi untuk merah. Jadi merah ada dua undi. Merah menang."
Aku menjongketkan sebelah kening. Macam itu pun ada? Dia buat undi pula macam pilihanraya. Tetapi membantu juga. Aku pilih merah. Merah!
  "Saya ambil yang merah ya." Kata aku kepada tuan kedai.
  "Ni first time kau beli headphone ke?" Tanya dia.
"Taklah. Ni yang keempat kalau aku tak silap."
  "Maknanya kau dah ada empat pasanglah ni. Kau ni headphone maniac apa."
"Bolehlah juga. Tapi yang tiga tu semuanya patah. He he he." Aku menyengih.
"Miss. Semuanya lapan belas ringgit." Kata tuan kedai setelah headphone yang aku pilih siap dibungkus.
  "Nah! Saya beli ya." Aku serahkan sejumlah wang kepada tuan kedai tersebut. "Thank you, miss. Datang lagi."
"Sama-sama." Ucap aku sambil senyum sebelum kami keluar dari kedai.
  "Hmm. Sekarang aku jadi tertanya-tanya standard lelaki ideal kau. Boleh beritahu aku?"
"Kenapa nak tahu?" Kenapa muncul balik topik lelaki ideal ni?
  "Yalah. Mula-mula waiter. Lepas tu mamat shopping mall. Baru tadi tauke cina pula. Flirting aje kau ni kan."
  "Ish, kau ni! Tak habis-habis mengata aku flirting. Senyum. Aku senyum aje lah." Aku tekankan perkataan 'senyum' itu sungguh-sungguh.
  "Hmm. Kalau macam tu beritahulah aku. Standard lelaki ideal kau."
  "Ish! Tak payah sibuklah." Aku mempercepatkan langkah. Ish! Susahnya hendak mengelak soalan dia ni. Dia pula asyik mendesak aku.
"Oi!" Dia mengejar langkah aku. "Come on lah. Mana tahu aku boleh recommend sesiapa nanti." Dia masih mendesak.
  "Hahh." Aku mengeluh. Memang sudah tidak dapat mengelak lagi. "Standard lelaki ideal aku...macam kau." Nah! "Tapi bukan kau. Okey. Puas hati." Ambil tu! Asyik kenakan aku sahaja. Sekarang giliran aku pula kenakan kau. Rasakan. Ternganga kan.
"Kalau macam tu, pilihlah aku." Langkah aku terhenti. Apa dia kata? Apa maksud dia? Aku menoleh ke arahnya. "Couple dengan aku. Amacam?" Cis! Aku terkena balik. Kenapa dengan dia! Senang-senang aje ajak orang couple. Tak lawak!
  "Aku reject!" Aku pijak kaki kirinya sekuat-kuatnya. Sakit? Aku tak peduli. Aku yang sakit jantung dan kepala melayan dia, dia tak tahu.
  "Aduh..." panjang muncungnya mengaduh. "Fine! Aku pun tak nak girlfriend ganas macam kau. Silap-silap tak sempat naik pelamin aku." Bebelnya dalam menahan sakit.
  "Eloklah tu. Aku pun tak rasa nak jadikan kau boyfriend aku. Buat tinggi tekanan darah aku aje." Tak! Siapa tak sudi jadi teman wanita kepada pemuda kacak macam dia? Bergaya lagi. Tetapi kalau kau sudi sekalipun, belum tentu layak. Lelaki seperti dia pastinya mempunyai citarasa yang tinggi dan tersendiri. Ya. Aku dan dia bagai langit dan bumi. Jarak di antara kami tidak akan pernah berubah.







No comments:

Post a Comment

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin