Assalamualaikum...
APA
perasaannya apabila kau berjumpa balik dengan bekas teman lelaki kau? Dia bukan
teman lelaki biasa. Dia bukan bekas teman lelaki yang dapat kau lupakan hanya
sebab hubungan kalian sudah berakhir. Lebih teruk, kau masih mencintainya
biarpun kau tahu tiada lagi peluang untuk kembali bersama. Setelah lima tahun berlalu,
aku dan dia berjumpa kembali.
"Aduhai. Hujanlah
pula." Dia mengeluh.
"Kau punya pasal lah
ni." Aku menuduh.
"Aku pula?"
"Yalah. Gatal nak pergi
taman tema. Sekarang ni hujan. Stesen bas dah lah jauh." Aku membebel.
Menyesal sebab mengikutnya ke taman tema. Sekarang kami terpaksa menunggu hujan
reda sebelum hendak menapak ke stesen bas. Tetapi bukan itu yang aku rasakan
sebenarnya.
"Sabarlah. Sekejap lagi
redalah ni." Dia cuba menyedapkan hati sendiri.
Tidak. Hujan. Jangan reda.
Jangan reda dan biarkan aku bersamanya begini. Sekejap. Sekejap sahaja. Aku
masih belum mahu pergi. Berikan aku sedikit masa untuk rakamkan segalanya dalam
hati ini. Senyumnya, tawanya, suaranya, gayanya, wajahnya, segala tentang
dirinya.
"Tak boleh. Aku nak gerak
juga." Aku keluarkan payung lipat dari beg petak aku. Tak boleh! Aku tidak
patut berperasaan begini. Aku harus pergi. Mesti. Aku memang tidak membencinya.
Tetapi aku tidak pernah lupa apa yang pernah berlaku. Parut di hati ini masih
terasa sakit setiap kali mengingatinya.
"Nantilah. Hujan lebat
sangat ni. Kau pakai payung pun sia-sia aje." Dia cuba menegah. Tak boleh! Kalau aku lebih
lama bersama dia, mungkin aku yang akan sia-siakan diri sendiri. Tak nak! Aku
tak nak sakitkan hati sendiri. Aku tak nak terluka lagi. Aku patut jaga diri
sendiri. Diri aku!
"Aku tak rasa hujan ni akan
reda sebelum hari gelap." Kenapa ni? Tangan aku rasa lemah. Kenapa aku tak
buka payung ni? Bukalah! Hoi! Kenapa dengan aku ni?
"Tak apa. Duit aku cukup
lagi kalau nak tempah hotel."
"Jangan berguraulah!"
Spontan aku meninggikan suara. Tolonglah. Tolonglah jangan bergurau. Tak lawak.
Semua ni tak lawak!
"Oi. Maaflah. Aku gurau
aje."
"Tak. Aku yang patut minta
maaf. Panik tak tentu pasal." Mesti dia terkejut. Aku sendiri pun
terkejut. Kenapa aku cemas sangat ni? Rasa macam nak menangis pun ada.
"Nak dengar lagu tak? Aku
ada earphone. Tapi handphone aku baru lepas format beberapa hari lepas. Jadi
tak ada banyak lagu. Boleh aje kalau guna handphone kau."
"Okey juga tu. Tapi aku tak
ada lagu melayu."
"Okey aje." Dia
menyerahkan earphone kepada aku.
Aku sambungkan earphone dengan
telefon bimbit. Kami sumbatkan earphone ke telinga. Aku mainkan sebuah lagu.
You're not alone
Togeteher we stand
I'll be by your side
You know I'll take
your hand
When it gets cold
And it feels like the
end
There's no place to go
You know I won't give
in
No, I won't give in
Keep holding on
'Cause you know we'll
make it through
We'll make it through
Just stay strong
'Cause you know I'm
here for you
I'm here for you
There's nothing you
could say
Nothing you could do
There's no other way
when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll
make it through
We'll make it through
So far away
I wish you were here
Before it's too late
This could all
disappear
Before the door close
And it comes to an end
With you by my side, I
will fight and defend
I'll fight and defend
Yeah, yeah
Keep holding on
'Cause you know we'll
make it through
We'll make it through
Just stay strong
'Cause you know I'm
here for you
I'm here for you
There's nothing you
could say
Nothing you could do
There's no ther way
when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll
make it through
We'll make it through
Hear me when I say, when
I say I believe
Nothing's gonna change
Nothing's gonna change
destiny
Whatever's meant to be
will work out perfectly
Yeah, yeah, yeah, yeah
La da da da
La da da da
La da da da da da da
da da
Keep holding on
'Cause you know we'll
make it through
We'll make it through
Just stay strong
'Cause you know I'm
here for you
I'm here for you
There's nothing you
could say
Nothing you could do
There's no other way
when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll
make it through
We'll make it through
Bertahanlah. Bertahanlah, wahai
hati. Kuatlah. Bersabarlah. Sedarlah. Dia bukan sesiapa. Perasaan ini cuma
impak dari luka yang lalu. Sebab dia orang pertama yang pernah membuatkan kau
berperasaan begini. Sebab dialah orangnya kau kenal apa itu cinta pertama.
Sebab tidak kira macam manapun, berapa lama sekalipun, mustahil kau dapat
melupakannya. Sebab dia yang teristimewa.
p/s: lagi satu bahagian! tunggu taw!
No comments:
Post a Comment