Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Tinta Hati Yang Dingin

Posted by ELFarahin | On January 14, 2016 | | 3 comments:
how it feels like to have crush on someone?
soalan tu muncul dalam fikiran aku.
bukan aku tak pernah ada crush.
bukan aku tak pernah merasakan cinta.
bukan aku tak pernah ada kekasih.
tapi aku lupa.
aku lupa bagaimana perasaannya.
aku masih ingat betapa aku cepat teruja
apabila bertentang mata dengan dia.
walaupun sekejap. walaupun sekilas.
aku masih ingat betapa tinggi harapannya aku
hendak mendampingi dia.
walaupun sekejap. walaupun sementara.
aku masih ingat betapa berdebarnya aku
apabila berselisih dengannya.
walaupun aku tahu segalanya telah berakhir.
tapi mengingati semua itu
hanya membuatkan nafasku sesak.
fikiranku buntu dan pandangan mataku seakan kelam.
seberapa banyak senyum dan tawa aku saat mencintainya,
yang aku dapat rasakan kini hanya rasa sakit.
aku sudah lupa...
aku lupa bagaimana perasaannya mecintai seseorang.
mungkinkah hati ini akan sembuh?
mungkinkah hati ini akan kembali hidup?
mungkinkah hati ini akan berupaya untuk mencintai lagi?
meskipun sukar,
dan adakalanya terasa tidak sabar,
aku masih menunggu perasaan itu
kembali menghuru harakan jiwaku.
tapi memikirkan hari itu tiba,
aku jadi takut.
kerana apa yang aku ingat tentang cinta cuma sakit.
hatiku jadi dingin tanpa aku sendiri sedar.








p/s: aku masih takut.










READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin