Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Sebab Aku Anak Tunggal

Posted by ELFarahin | On February 29, 2016 | | 1 comment:
Assalamualaikum...

Hello, peeps!
Hari ni Farahin nak bercerita pasal diri sendiri.
Let's say this is kind of reflection for myself.
To know myself better.
To understand her more than anyone. Huhu

Setiap kali Farahin pandang diri sendiri di hadapan cermin,
tak macam mereka yang ada adik-beradik,
wajah mereka ada iras-iras dengan adik-mereka,
tapi wajah Farahin tidak menyerupai sesiapa melainkan my parents.
Sebab Farahin anak tunggal.

Dari kecil Farahin dah biasa bersendirian,
main sendiri, hiburkan diri sendiri,
walaupun ada kawan tapi ada masa-masanya rasa diri ni macam dikhianati je.
Buat apa berkawan kalau asyik nak cakap belakang kemudian pinggirkan orang tiba-tiba.
Mungkin sebab itulah mula je sekolah rendah Farahin dah mula kurang berkawan.
Maksud Farahin I've no one that really close to me.
Seorang dua je. Itupun Farahin tak tunjuk sangat belang Farahin.
Sampailah sekolah menengah, then I know what does Friendship mean.

Farahin tak banyak cakap melainkan perlu.
Nak bual-bual kosong pun tengoklah mood. Hahaha
Tapi sebenarnya banyak yang Farahin pendamkan.
Mungkin sebab Farahin dah biasa kawal dan tenangkan diri sendiri.
Jadi Farahin jarang mengadu atau meluahkan perasaan kepada orang lain.
Sebab Farahin anak tunggal.

Farahin nampak macam suka pinggirkan diri.
Sebenarnya Farahin selalu cuba sesuaikan diri dengan persekitaran.
Gementar macam manapun, takut macam manapun, Farahin tetap cuba.
Kalau bukan Farahin yang melangkah ke hadapan dan tonjolkan diri,
siapa lagi? Betul tak?
Farahin sanggup ambil risiko
sekalipun tindakan Farahin macam askar tanpa senjata.
Bagi Farahin baik lakukan sesuatu.
Menang kalah, mati hidup, belakang cerita.
Lagipun, Farahin pinggirkan diri sebab
Farahin suka berikan ruang kepada diri sendiri.
Do what I want and like, think anything I could.
Sebab bila bersama seseorang atau berada dalam satu kelompok,
Farahin selalu belajar beri ruang kepada orang lain.
Sometimes, somehow I need my space too. Right?

Farahin tak mudah terpengaruh dan dipengaruhi,
tapi Farahin selalu cuba pengaruh orang lain.
Farahin mahu mereka ingat Farahin. Sikit pun jadi.
Sebab Farahin hari ni berbeza dengan yang dulu.
Farahin yang dulu macam invisible and soooo distant.
But today I want people to know who and how I am.

I'm FREE!
Apa yang Farahin buat, semuanya atas kemahuan sendiri.
Anything. Everything.
Because I love to be me.
Biarlah orang nak cakap apapun,
I don't really care much.
Biarlah apa yang orang lain fikirkan,
I'm FREE as I am. Huhu

Farahin suka jadi berbeza.
Sebab Farahin cuma Farahin.
Farahin selalu fikir menjadi anak tunggal adalah sebuah keistimewaan.
There must be reasons why I was born!
Orang selalu kata jadi anak tunggal ni sunyi.
Tapi bagi Farahin dunia Farahin cukup bising dan meriah.
Sebab Farahin dengar apa yang orang lain tak nak dengar.
Farahin pandang apa yang orang lain kerap terlepas pandang.
Farahin selalu mahu faham apa yang orang lain tak nak faham.
Farahin keluarkan diri dari kelompok majoriti dan minoriti,
dan cuma berada di sudut sendiri.
Dunia Farahin berbeza dan Farahin sedia terima dunia orang lain.
Tapi tak semua orang sedia terima dunia Farahin =)



If people can love you, why can't you love yourself?




READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin