Assalamualaikum...
Hello, peeps! How are you? Good? Nope?
Hopefully everyone is good.
Otherwise, please try a way to make you feel good.
Yourself come first. Hehe
Hmm. Tajuk post kali ni macam familiar tak? Mana yang otaku hantu anime tu mesti familiar gila dengan tajuk tu. A Silent Voice atau dalam bahasa Jepun bunyinya adalah Koe No Katachi. Sebuah anime yang mengisahkan perempuan bisu pekak dan lelaki yang mengalami deepression. Depression. Satu lagi perkataan yang agak familiar juga for these days. Yes. Malam ni Farahin nak sembang about Koe No Katachi dan depression.
Sempena study week ni, roommates semua pakat balik rumah masing2. Tinggal Farahin seorang dengan seorang kawan yang datang menumpang. Actually, dia kawan roommate tapi dah makin rapat dengan Farahin pula. Haha So, tadi sempat layan Koe No Katachi dengan dia. Boleh kata rerun session lah ni. Haha
Tiba2 Farahin rasa sentap dan sebak bila tengok Ishida watak lelaki utama dalam Koe No Katachi tu mengalami depression tapi dia slow2 dapat overcome depression dia apabila ada classmate dia nama Nagatsuka approach dia dan jadi kawan dia. Ishida yang rasa orang selalu mengata dia, mengkeji dia, memncilkan dia, finally dia dapat serahkan rasa percaya kepada Nagatsuka. Mula dengan Nagatsuka, kemudian Nishimiya yang bisu pekak yang pernah dia buli masa sekolah rendah dulu, dan ramai lagi watak2 yang kembali dalam hidup dia memberi dia semangat untuk mengatasi depression dia. He started socializing and forgive himself that he used to blame.
Ishida mengingatkan Farahin kepada seseorang. Siapa dia? Ada dekat sini. Tapi orang ni tak dapat atasi depression dia macam Ishida. Mulalah hati Farahin rasa sakit2. Sakit sebab fikirkan orang tu. Sakit sebab kasihankan dia. sakit sebab Farahin sendiri boleh relate dengan apa yang dia alami dengan apa yang Farahin pernah alami. Apa yang Farahin alami mungkin tak seteruk dan sepayah yang dia alami. Sebab Alhamdulillah hari ni Farahin baik2 je even ada parut halus di tangan Farahin.
Farahin sendiri tak pasti apa yang Farahin pernah alami tu adalah depression atau bukan. Orang kata jangan pandai2 diagnos sendiri. Kalau betul2 berpenyakit, pergi jumpa doktor. Tapi masa tu Farahin masih sekolah. Sangat muda dan tak matang lagi. All I did was pendam semuanya dalam hati dan fikiran ni. Blaming myself again and again. Hate her day by day. Treat her like a worthless being. Sampai satu ketika Farahin hiris tangan sendiri. Orang kata attention seeker. Farahin pun fikir macam tu masa tu. Sebab tu Farahin berhenti pada kali yang ketiga.
Farahin ada tiga parut di pergelangan tangan ni. Yang pertama, bila Farahin cuba hapuskan sakit dalam diri ni. Yang kedua, bila Farahin tahu Farahin menyakitkan diri sendiri. Yang ketiga, bila Farahin sedar apa yang Farahin buat tu salah. Jadi hari ni parut yang pertama adalah yang paling jelas. Yang lagi dua nampak halus sahaja. It wasn't like I tried to kill myself. Farahin cuma nak lampiaskan rasa sakit dalam diri masa tu. Tapi ternyata makin sakit. Padan muka. Haha
Sehingga hari ni, tiga parut ni lah yang selalu ingatkan Farahin yang hidup ni memang sakit tapi berharga. Jangan lupa untuk sayangkan diri sendiri tak kira apa yang jadi. Jadi bila Farahin teringatkan orang tu, macam terasa balik sakit dekat parut ni. It must be really hard for him to be in his last grief. Mungkin sesaat yang terakhir tu, dia masih mahu hidup ni diteruskan. Mungkin sesaat yang terakhir tu, dia tidak mahu pergi dengan cara yang begini. Mungkin sesaat yang terakhir tu, dia mengharapkan bantuan tetapi sudah terlambat. Asap rokok yang bebas tu pun dah cukup buat kita sesak nafas. Inikan dia seorang diri terkepung dengan carbon monoxide.
Dear peeps, depression is no joke. Semua orang mengalaminya. Yang membezakan adalah fasanya sama ada normal atau luar biasa. Ada orang boleh atasinya dalam sehari dua. Ada orang mungkin ambil masa berbulan. Ada orang sangat terdesak sementara mentalnya semakin teganggu. Lebih sedih dan menyakitkan apabila suicide menjadi pilihan. Satu, dua, tiga hiris pisau pun dah cukup pedih. Inikan suicide. Depression is a silent voice. Macam nampak tak nampak. dengar tak dengar je.
Farahin sangat frustrated this days. Please, peeps. Love yourself. Biar tak ada seorang pun tinggal di sisi, biar kita terpaksa bersendiri, jangan pernah tinggalkan diri sendiri. Jangan buat apa yang Farahin buat dulu. Hold yourself. Embrace yourself. Love yourself like no one else could. Please. I beg. Kalau hidup ni susah, apakan lagi mati. Do we born by our demand? No. Then why do we have to left this world without His command? If you need support, ask for it. It's okay to be cheap for a high price life. Please. Life is precious. So do you. And last but not least, you're not alone.
Till then, thank you for reading this.
Hopefully this sharing is helping.
Bubye. Good night.
Love yourself =)
Empathy works harder than sympathy.
Ramai tau pasal depression tp ramai yg lg suka judging drpd membantu...then nnt keluar la manusia dgn statement "take pedoman", "agama mana" and etc..walhal mereka x Cuba pun nk bantu (︶︿︶)
ReplyDelete@Sally Samsaiman yeah. i undertstand. bagi yang suka judge ni jiwa kental. hidup tak ada cermin. tak ada side signal. tak pernah nak nilai buruk baik diri sendiri. sibuk jaja aib orang. biarkan. yang penting masih ada hati2 yang baik untuk support mereka yang depressed. chill is a happy pill =)
ReplyDeleteBahaya kalau pendam pendam ni. Rasa sedih cepat cepat cari benda yang mengembirakan. Tapi selagi diri sendiri tak rasa, xbole nak cakap banyak jugak. Ap yang penting bagi sokongan kat diorang ^^
ReplyDelete