Assalamualaikum...
Hello, peeps! Apa khabar semuanya?
Dah nak masuk minggu kedua raya ni. Masih meriah lagi ke? Hehe
Malam ni Farahin nak berkongsi cerita tentang apa yang jadi seharian ini. Mungkin cerita ni agak sedih. Mungkin juga boleh jadi cerita yang beracun. Sekadar pemberitahuan awal kalau korang memang nak teruskan membaca.
Mood Farahin memang tak berapa baik beberapa hari ni. Mungkin dua atau sudah tiga hari. Ada perasaan memberat dalam hati ni. Hendak ditangis tak pula air mata mengalir. Hendak dimarah tak ada juga sebabnya. Macam biasa, bilik memang jadi tempat Farahin melayan perasaan dan khayalan. Hobi paling kerap dua tiga hari ni ialah menonton Problematic Men. Seronok layankan kuiz-kuiz ajaib dari variety show ni. Farahin masih boleh ketawa layankan lawak-lawak yang diselitkan mereka. Tapi perasaan tu tetap pergi dan kembali menghantui.
Tengah hari tadi keluarga mak ngah datang beraya. Farahin boleh dengar riuh rendah diorang dari bilik. Farahin ada niat nak jumpa diorang. Ada rasa, "Aku nak jumpa diorang yang sayangkan aku ni." Tapi Farahin tak rasa nak tunaikan niat tu. Farahin tak rasa nak beramah dengan ramai orang. Farahin tak rasa nak paksa diri senyum-senyum dan akhirnya rasa bersalah sendiri sebab berpura-pura. Jadi Farahin tetap di bilik. Tapi tetap juga Farahin ada rasa bersalah dan biadap sebab tak sambut keluarga mak ngah yang memang saudara paling Farahin rapat.
Lepas maghrib tadi pula mak ajak beraya ke rumah mak we(hawa). Makcik Farahin juga. Rumahnya depan rumah Farahin je. Tapi Farahin masih dengan rasa tak nak ke mana-mana. Perut Farahin pun rasa tak sedap masa tu. Mungkin masuk angin atau sebab Farahin tak membuang dua hari ni. Sebab rutin sihat Farahin dalam sehari mesti ada sekali membuang. Nampak Farahin lemah macam tak sihat, mak tanya kenapa jadi Farahin jawab saja sakit perut. Padahal sakit perut tu tak ada lah teruk sangat macam gastrik. Mak siap turun naik balik bawa minyak angin untuk Farahin. Farahin rasa bersalah lagi. Bukan niat nak menipu tapi alasan "malas" atau "tak nak" tu macam tak nak keluar dari mulut.
Lepas isyak Farahin turun nak makan. Ayah pula tanya "sakit perut ke? makan pocai tu." Farahin jawab saja masuk angin. Mak ada beritahu mak we ada bagi lauk sayur lodeh jadi Farahin makan lauk yang mak we bagi tu. Datang lagi rasa bersalah sebab tak pergi rumah mak we. Siap makan, Farahin bancuh air teh O. Teringat cakap mak tadi minum air panas mungkin boleh legakan sikit sakit perut. Sambil melepak dekat dapur minum air teh O, ayah tanya lagi "makan pocai tu. ke nak pergi hospital?" Berat mulut ni nak bercakap, nak mejawab. Rasa macam kena kunci. Perlahan Farahin jawab tak payah tapi ayah tak dengar jadi Farah jawab dengan suara yang keras. Suara yang memang Farahin biasa guna bila Farahin rasa rimas dan tak puas hati dengan sesuatu keadaan atau seseorang. Tapi masa tu yang Farahin rimaskan ialah perasaan ni. Yang Farahin rasa tak puas hati tu ialah diri ni.
Habis minum, Farahin balik ke bilik dan karangkan cerita ni dekat notepad sementara tunggu bateri phone cukup makan sebelum Farahin sambungkan hotspot. Ada pemikiran-pemikiran kolot yang muncul. Sakit perut cukup untuk buat ayah Farahin bertanya "nak pergi hospital ke?" Tapi mengadunya Farahin selepas tujuh tahun menanggung sendiri rasa murung dan serba tak kena ni cukup hanya sampai penyataan "tak ada apalah. ingat Allah banyak-banyak."
Sejujurnya, Farahin memang dah tawar hati nak jumpa doktor. Fikirkan selepas Farahin tebal muka menahan rasa kecil dan lemahnya diri ini, menangis, merintih membuka rahsia yang bukan mudah untuk Farahin buka tidak cuma kepada mak ayah, dekat kaunselor, pegawai kesihatan universiti, supervisor projek tahun akhir, staff di fakulti, jururawat di hospital, di twitter, di sini, tapi tetap juga Farahin menanggungnya sendiri dengan semangat yang meruntuh ini. Dengan iman yang rapuh. Percaya kepada diri ni sudah kurang. Tujuh tahun Farahin cuba membina semula diri ini sekali menanggung sakit ini dan kali ini ia jatuh lagi. Runtuh lagi. Berapa lama lagi agaknya baru diri ni terbina semula?
Sampai sini sahaja cerita Farahin.
Yang lainnya biarlah jadi simpanan peribadi.
Maaf kalau rasa geli-geli dengan ayat rencah novel dalam post kali ini haha.
Terima kasih!
See you =)
when the waves are too strong and it goes too long, even to sail safely is impossible when the boat itself is falling apart because of the waves.
I can't even laugh at this as I know how serious this is. Trust me. I was so touched with your comment on my blog that day. Please hold on. I know you're barely holding on but to know at least there'll be a better day tomorrow, you can try to live with that. I know how hard you're trying. I won't compare to anything but just know that you're strong for this. Keep on trying okay. Don't lose to that feeling of yours. There are so many people that loves you out there. And you too should love yourself. Go out and let it free, those tormented feelings of yours. I know you can do it. !!! Fighting you strong willed girl. *hugs and kisses
ReplyDeleteit's okay. if you're an actual friend of me, i'll say just that. be whatever way, however rude you think, anything, if that is what you want to do then it's okay. i don't know when you'll feel better or what to do to feel better cause everyone works differently, but for now you're okay.
ReplyDeleteits okay, take as much time u want. everyone has their own time to heal.
ReplyDelete@ray This is overwhelming. Thank you for being respectful and understanding. You too, ray. Fighting!! =)
ReplyDelete@Afifah Addnan Thank you. I appreciate that you choose to see from perspective of a friend. Yeah. I'm okay =)
ReplyDelete@ztra.znddn That's what I try to remind myself. This tormenting pain is a sign of healing. Like bruises over dried wounds. Thank you for your concern =)
ReplyDelete