Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Anugerah Yang Dahsyat

Posted by ELFarahin | On June 02, 2012 | | 2 comments:


Mereka boleh melihat, nampak, dengar. Tetapi tidak semua dari mereka mampu memahami, menghayati, mendalami. Apabila kita berasa kehilangan, mereka hanya tahu bahawa kita kehilangan tetapi mereka tidak tahu bagaimana rasanya kehilangan yang kita lalui. Apabila kita bersedih, mereka boleh nampak memek muka kita yang dalam kesedihan dan mungkin juga mereka nampak mata kita yang sedang menahan air mata. Tetapi mereka tidak dapat mendalami kesedihan yang kita rasakan. Apabila kita sedang marah, mereka nampak malah mereka dengar jika kita sedang mengutuk atau menyumpah. Tetapi mereka tidak tahu bagaimana barannya kita. Sesukar mana kita menahan baran itu daripada terus bebas dan menjadi nafsu. Dan apabila kita kata kita sayang, mereka dengar malah mereka dapat merasakannya. Tetapi mereka tidak tahu sedalam mana sayang itu. 


Kesimpulannya, tiada yang lebih memahami kita selain diri kita sendiri. Jikapun ada, andaikanlah itu ialah sebuah keajaiban. Dan bersyukurlah kerana ada insan yang memahami diri kita sepenuhnya. Ia amat menggembirakan, bukan? Ya. Amat menggembira dan menyenangkan. Farahin tahu perasaan tu. Sampai Farahin takut untuk kehilangan dia sebab Farahin takut suatu hari nanti, Farahin terpaksa memahami diri ini seorang diri. Diri yang sering berpura-pura dan mengelirukan ini. Insan yang dapat memahami Farahin itu, sememangnya insan yang hebat. Bukan kebolehan, bukan bakat. Tetapi ia adalah sebuah anugerah yang dahsyat.



READ MORE

Naughty Amelia Jane!

Posted by ELFarahin | On May 28, 2012 | | 3 comments:


Assalamualaikum...
Hari ini saya mahu bercerita sedikit tentang sebuah buku Grid Blyton yang bertajuk
Naughty Amelia Jane!
Actually, saya pinjam buku ini dari school library untuk mengisi masa lapang sepanjang cuti sekolah 2 minggu ini. Hee~
Plus, saya librarian sekolah. Jadi, dapat extra pinjam buku selama mana pun.
So, cerita Naughty Amelia Jane ini ikutkan just level kanak-kanak.
Bahasa yang digunakan mudah dan ringkas.

Mula-mula baca buku ini boleh dikirakan best juga.
Tapi bila sudah sampai di tengah buku, menyakitkan hati pula. Huhuhu...
Amelia Jane ini sangat degil dan jahat!
Dia suka buli kawan-kawan dia.

Sebenarnya, Amelia Jane ialah sebuah anak patung yang berkaki dan berlengan panjang, tinggi dan berambut kuning. Kawan-kawan yang dibulinya juga merupakan anak patung.
Amelia Jane dan kawan-kawannya tinggal di pusat jagaan kanak-kanak.
Perbezaan antara Amelia Jane dengan patung yang lain-lain ialah;
Amelia Jane merupakan buatan tangan manusia dan tidak pernah berada di kedai-kedai anak patung.
Sedangkan kawan-kawannya yang lain merupakan patung-patung yang dibeli dari kedai-kedai.
Oleh sebab itu, Amelia Jane tidak pernah melihat persekitaran di luar.
Dia tidak pernah melihat bagaimana kanak-kanak yang sanggup menangis dan merajuk semata-mata untuk mendapatkan sebuah anak patung.
Amelia Jane juga tidak bernah belajar nilai-nilai murni yang ada pada manusia seperti anak-anak patung yang lain.

Dalam cerita ini, Amelia Jane sudah banyak kali berjanji pada kawan-kawannya bahawa dia tidak akan berbuat jahat lagi. Tetapi Amelia Jane mungkir janji dan asyik mengulangi kesilapannya.
Amelia Jane selalu lupa pada janji-janjinya.
Dia merasakan membuli dan berbuat jahat kepada kawan-kawannya itu menyeronokan.
Sebenarnya tidak.
Anak-anak patung yang lain sangat benci kepada Amelia Jane.
Namun begitu, apabila Amelia Jane ditimpa masalah atau musibah, anak-anak patung itu tidak lupa untuk bersimpati dan menolongnya.
Itulah yang dikatakan,
'Biar orang buat kita. Jangan kita buat orang.'
Huhu...


Inilah cover buku Naughty Amelia Jane! yang saya pinjam.
Tapi yang ini bersumberkan Mr. Google.

Naughty Amelia Jane ialah buku pertama yang saya pinjam.
Yang kedua pula ialah TWELTH TELL-A-STORY BOOK.
Buku ini nampak macam sudah lama.
Tak apa. Farahin cuba cari ya gambarnya. Huhu...
*
*
*
*
*

*credit to Mr.Google

Ha! Inilah dia covernya. Kosong? Mestilah. Namapun buku lama.
Buku cerita yang ini saya belum baca lagi.

Mahu tahu apa yang best tentang buku Grid Blyton?
Bagi Farahin, ceritanya yang ala-ala fantasi dan advanture.
Bahasa Inggeris yang digunakan mudah dan ringkas.
Cerita yang tertulis di dalamnya disertakan gambar dan itu membantu untuk kita ikut turut berimaginasi.
Ini lebih baik daripada baca novel. Sebab novel terkandung pelbagai emosi.
Termasuklah emosi sedih. Ermm...rasanya itu kurang bagus. Hehee...
Yalah. Kita baca buku mahu release tension bukan mahu menambahkan tension.
Lainlah kalau baca buku teks atau bukur revision. Hee~





READ MORE

Kiki & Si Comel

Posted by ELFarahin | On May 27, 2012 | | 2 comments:




uwaaaaa~
kiki saked lagi !
sdey nye
patod lha soh mkn tamo
muntah-muntah pulak da
tp tatao saked pasal ape
muntah kuning siap pakej nan nasik yg dye mkn smlm
t_T


 sian kiki
lemaw je nengok
bile da saked sume beserabud
muke , badan , bulu sume ta terurus



tuh lha kiki
an mumy da gtao kalo saked bg tau
uhuu~


da lha bulu tuh pnjg
skali nengok da mcm tucen tebiar pulak
kiki kiki kiki
cepad-cepad baek yaa

usha at mr-google nun
carik sal tucen muntah-muntah
sebona eh ku kurang paham
tp yg niy ku paham
tande-tande tucen saked

1-Jarang bermain
2- Tidur lebih lama dari biasanya
3- Nafsu makannya berkurang
4- Lebih pendiam
5- Mulai menyendiri
6- Muntah-Muntah

kiki mcm tuh lha
ku takod n ku tamo kiki matiiiii !
ag 1 bile ku pegang 
kiki mara at ku
t_T
kalo bule dye na duk jaoh-jaoh dr ku



Ehem! Dah habis baca entry di atas? Saya dah kreditkan pada tuan tanah. Ok. Menurut pengalaman Farahin, kucing yang sakit begitu mungkin mengalami keracunan dalam badan. Mungkin dia ada termakan sampah-2 yang beracun masa berjalan-jalan di luar rumah. So, Farahin nasihatkan bawalah jumpa Dr. Vet ya. Jangan dibiarkan. Takut nanti  lagi teruk. Kalau sayang, baik berusaha dan bawa pergi jumpa Dr. Vet. Farahin masa bawa Boy ke klinik haiwan, sempat baca pamplet yang ada dekat sana. Rupa-rupanya haiwan zaman sekarang memerlukan imunisasi. Sama macam manusia. Imunisasi inilah yang memberi ketahanan dalam badan kita untuk melawan kuman dalam badan. Fungsi lebih kurang macam menghasilkan darah putih dalam badanlah. So, kalau jumpa Dr. Vet, doktor akan beri imunisasi untuk membasmi kuman dalam badan haiwan. Kalau demam, batuk, haiwan mudah sembuh dan setakat ini tiada apa-apa risiko yang tinggi pun kecuali kita ni Si Tuan pula nanti akan dijangkiti selsema juga. Tapi kalau keracunan makanan, kemuncup tercucuk pada rahang, itu BAHAYA!! Kucing biasanya akan makan rumput-2 hijau bila sakit. Dikunyah kemudian dimuntahkan balik. Ini cara dia cari ubat sendiri. Tapi rumput sekarang pun bukan bersih sangat. Sebab itu, perlunya ubat daripada Dr. Vet.

Tanda-tanda kucing tidak sihat:
1. Matanya tidak bersinar dan nampak letih
2. Bulunya jatuh dan tidak gebu
3. Bila kulitnya dicubit, ia lambat kembali kepada bentuk asal
4. Terdapat kucing yang sakit yang air liurnya sentiasa meleleh lebih teruk daripada anjing.

Kucing yang sihat:
1. Matanya bersinar.
Nak tahu bagaimana? Bila anda lihat dia dari jauh, anda akan nampak sinaran pada matanya. Nampak kan betapa bulatnya mata dia. Cantik kan?
2. Bulunya gebu dan lembut.
3. Bila dicubit kulitnya, ia mudah kembali kepada bentuk asal.
4. Aktif bermain dan bergurau.


Ada sesiapa di sini yang mengalami masalah untuk mandikan kucing?
Haa....mesti ada buat silap ni.
1. Jangan mandikan dengan air sejuk tetapi dengan air suam.
2. Kalau kucing tak suka disimbah, cuba lapkan bulunya dengan manja atau mandikan secara perlahan-lahan macam main air di air terjun.
P/S: Kucing yang dimandikan dengan iar suam tidak akan bertindak dengan agresif. Dia cuma mengiau saja. Sebab, dia tak suka duduk dalam bilik air yang sejuk tu. Plus, dia tahu yang dia sedang dikurung apabila pintu bilik air ditutup.

Ada sesiapa yang mengalami masalah berbelanja makanan kucing?
Hish! Janganlah salahkan kucing anda sebab makan banyak tapi tak gemuk-2 jugak.
Kucing pun perlu pemakanan yang seimbang. Friskies, Wiskiies, etc. itu hanya makanan sampingan. Samalah macam vitamin. Macam kita manusia juga. Usah risau. Kucing juga makan nasi, ikan, sardin, ayam. Kawal pemakanan sampingannya dan kerapkan beri makan makanan yang biasa. Kalau nak beri dia makan tuna, gaulkan tuna bersama nasi. Itulah namanya kepelbagaian!

Okey. Cukuplah ini ya. Farahin cuma share apa yang Farahin tahu. Farahin pernah mengalami ini semua. Kucing sakit keracunan, dijangkiti bakteria, tak kurang juga yang mengalami kemalangan jalan raya tapi sempat hidup selama sebulan. Farahin sempat jaga dan main-main dengan dia walaupun dia terlantar di tilam.

Mama Marrie, Boy, Nik,
Farahin rindu mama dengan adik-2. :'')



READ MORE

Gadis Yang Meluatkan Bagi Lelaki

Posted by ELFarahin | On May 27, 2012 | | No comments:

Via : Cik EiyQa


tergedik-gedik depan lelaki,perasan cantik dan berlakon ala2 wanita sopan.. semua taktik kotor ini hanya menambahkan rasa meluat pada lelaki..sedarlah wanita bahawa taktik ini membuatkan lelaki kurang menyenangi diri korang..antara sifat gadis yang membuatkan lelaki meluat :-

 angkuh dan matrialistik
::memang eiyqa tak nafikan lelaki sanggup berhabis wang semata2 untuk teman istimewanya tapi kalau dah tiap2 hari mengikis dan berlagak macam ala paris hilton mana2 lelaki pun tak akan dapat bertahan dengan korang ye dak?

 queen control
::tak perlu la korang susah2 nak jadi boy guard tanpa bergaji..cukuplah sekadar korang ambil berat sahaja,jangan sampai korang sekat dan mengawal seluruh aktiviti boyfie korang..ingat tu!

 terlebih berdandan
::lelaki lebih suka pada perempuan yang memiliki kecantikan semula jadi berbanding dengan perempaun yang suka berhias dan over make-up! jadi lepas ni tak perlulah korang pakai bedak dan krim setebal 5 inci lagi..

 bercerita tentang lelaki lain
::tak perlu lah korang memuji dan berceritakan pada boyfie korang tentang lelaki lain.. sikap korang tu hanya menambahkan rasa meluat dan benci! hargailah pasangan korang tu..

jadi buat perempuan berhati2 lah dalam setiap tindakan korang..jangan sampai talak 3 jatuh atas kepala korang baru korang nak menangis terjun bangunan..peace! hehe ^^




READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin