Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Pilihanku

Posted by ELFarahin | On August 11, 2012 |

Aku punya mata
namun apakah aku masih punya hati?

Aku mampu melihat
namun apakah aku masih mampu meniliti?

Biarpun aku disuruh pandang
aku tetap tidak akan melihat
aku tidak akan meniliti
aku tidak akan menghayati
salahkah begini?

Aku takut untuk melihat
kerana aku gerun jika tiba-tiba aku terkesima

Aku takut untuk meniliti
kerana aku fobia jika tiba-tiba aku terpesona

Aku takut untuk bermimpi
aku cuma ingin menginjak datarannya realiti
aku tidak mahu berharap lagi
yang cuma membuat aku terasa sepi
dan menangis lagi

Aku ingin melihat tanpa rasa
dengan hati yang tuli dan bisu.

Ini adalah pilihanku.


READ MORE

Ha? Apa ni?

Posted by ELFarahin | On August 11, 2012 |
Assalamualaikum....
Ha? Apa ni? Dari mana benda ni datang? Kejadah ni? Tiba-tiba je sampai pagi-pagi macam ni? Siapa bagi? Jom tengok! Hah! Owh...hadiah rupanya. Untuk Farahin kah? Tak pernah-pernah pula Farahin dapat bungkusan secara post begini. Pukul 10: 20 pagi pula tu. Alahai~ payahnya nak baca tulisan ni. Haa....nasib baik nampak nama C'Jai tu. Eh...C'Jai? Itu bukan nama seorang bloggerkah? SINI. Eh....sekejap. Kenapa beliau beri Farahin hadiah ni? Err....waeyo! Ermm...Err...Oh, ya! Arasseo! Farahin kan ada JOIN segman beliau. Segman : Nostalgia Ramadhan! Alahai~ lupa daa...Terkejut Farahin ada orang post benda kepada Farahin. First time ni. Hihii....Terima kasih, Cik C'Jai! Farahin tak ingat pun tentang ni. Huhuu...Yalah. Sudah banyak segmen Farahin JOIN. Nak-nak lagi, JOIN untuk suka-suka saja. Hehee...sengaja buat penuh archive blog. Hahaha....By the way, hadiah sudah sampai! Shukran. Alhamdulillah...Parents pun terkejut sebab ada benda post untuk Farahin. Muka pun dah pelik je. Mereka pelik, Farahin lagilah pelik. Hahaha....



READ MORE

Grow Up!

Posted by ELFarahin | On August 10, 2012 |

Assalamualaikum...
Annyeong~! Yay! Farahin and Aznie serta others BFF sudah berbaik!! Alhamdulillahi Robbil Alamiin. I know. She had grown up. Mian for my bad english. Hehee... Of coz Aznie sudah dewasa. Takkan dia nak merajuk lama-lama macam dulu cuma disebabkan hal-hal kecil. Ya tak! Yay! Chukkahae! Sudah besar kawan Farahin yang tersayang ini! Hihii...


Okay. Now, Farahin nak story benda lain pula. Today, Farahin telah melakonkan sebuah drama. Alah~ drama literature saja. Yang dalam buku Short Stories Bahasa Inggeris tuu. Tajuknya, Gulp and Gasp. Cikgu telah bahagikan part-part yang tertentu. So, Farahin and my group lakonkan part ke-4. Oh my God! Ada yang cakap Farahin act like nak kiss my friend which acted as Crouch. LOL~ Seriously, bukan itu yang Farahin nak buat. Uiii~ matilah kalau Farahin sengaja buat. Kena tendang nanti dengan Yesung oppa. Tsk! Tsk! Hahaha...No one can replace him! Pokoknya, titik. LOL~ slang Indon pulok.

Talk about slang Indon, pagi tadi di sekolah ada Bimbingan Rohani. Well, as usual. Hari ini kan hari Jumaat. But, today was different as usual. Hari ini pihak sekolah telah menjemput beberapa orang Tahfiz untuk mengimarahkan Bimbingan Rohani tersebut. Cowok Indonesia wa cakap lu. Tapi muka tak ada rupa Indonesia langsung. Handsome! Not bad lah. Kata orang, ada nurnya gitu. Haha... Tergugat juga iman ni. LOL~ marah Yesung oppa kalau dapat tahu. Hihii... Pokoknya, semua prianya lagi Free & Single tuh! Huhuu...

Oklah. Stop here. Jam 2 petang nanti nak ke sekolah semula. Nak jaga library. Then melencong ke bazaar jap sebelum balik. Kehkehkeh....




READ MORE

Susah Hati

Posted by ELFarahin | On August 10, 2012 |

Assalamualaikum...
Astaghfirullahalaziim...Farahin susah hati lah. I'm thinking about her. Siapa? Aznie lah, siapa lagi. Farahin depressed sangat. Hope mood dia okay esok. Really hope for it. Aznie. Awak tengah tidur ke? Or maybe tengah buat revision?? Hope, sambil-sambil tu ingatlah kepada our Friendship ya, kawan. Huh~ Buat add math pun separuh jalan saja ni. Susah hati sangat sekarang ni. Asyik termenung je. Tengok je lah kipas yang dah berhabuk tu pusing kat siling tu. Huh~ Eotteokhae~~ Farahin dah hantar mesej kat dia. Tapi no reply. Farahin sent kepada 3 nombor. Dah tu, number dia banyak dalam phone ni. Dah lah guna phone Emak. Ini pun still stay di sebelah Farahin. Farahin lupa nak bawa turun beri kepada Mak semula. Hmm....Aznie. Esok beratur dengan kite eh. Berbual dengan kitorang. Buatlah perangai gila-gila awak tu. Aishhh~ nak gila dibuatnya! Huh~~ Farahin asyik terkenangkan gelak ketawa Aznie je dari tadi. Then, tak pasal-pasal gelak sorang-2. Aznie memang kelakar orangnya. Peramah. Argh! Aznie. Pleaseee....kite tak nak bergaduh lagi dengan awak. Janganlah ini dijadikan pergaduhan kali ketiga. Tsk! Tsk! I'm not crying. But my heart dah banjir sejak tengah hari tadi lagi. Hukhuk....Nuraznie....



READ MORE

Kenapa Dengan Kawan Awak Ni?

Posted by ELFarahin | On August 09, 2012 |



Assalamualaikum...
Tsk! Tsk! sob...sob...What I have done? It was my fault?? Really? Jinjja?? Aishh...michilgetta~! Chingu~ mianhae...jebal~mainhaeyo....

Dia menangis dan pergi, meninggalkan aku, Ana dan Ida. Pada mulanya, kami bertiga hanya menganggap ringan tentang hal itu. Akan tetapi, bohonglah jika tiada sedikitpun rasa gusar di hati kami. Kerisauan.

Ketiga-tiga kami keluar dari makmal Biologi dan berjalan kaki hendak ke suarau. Sekarang masa subjek Agama. Ke mana dia? Tandas? Maybe. Di surau, dia sudah siap bersama beg Billabong digalas di belakangnya. Aah~! Suasana semakin dingin! Dia melangkah keluar dari surau dan meletakkan bukunya di balkoni di luar. Kuat. Dia seakan menghempas bukunya. Dia marah. Keadaan sememangnya semakin dingin.

Para pelajar diminta duduk di kantin berhadapan dengan surau kerana surau sedang digunakan untuk acara bertadarus bagi guru-guru. Di situ, aku tercari-cari juga kelibatnya. Ah! Di mana dia? Aku meletakkan beg dan pergi mengambil buku dan kertas yang telah disediakan oleh guru. Ah! Ke manakah dia? Rupa-rupanya dia cuma berada di hadapan aku. Membelakangiku. Huh~fikiran dan hatiku terlalu bercelaru sehingga aku tidak melihat kalau dia cuma berada beberapa jengkal dariku. Aku duduk di belakangnya. Membelakanginya. Dan membuat latihan yang diberi oleh guru.

Ah! Apa yang telahku lakukan?? Aku menyalin soalan dan jawapan yang betul tanpa berselang. Latihan tersebut sudah persis karangan rupanya. Kemudian aku berhenti menulis. Aku terfikirkannya. Aku bimbangkan hati dan perasaannya. Dia asyik diam dari tadi. Aku tidak mendengar suaranya berbual-bual bersama kawan-kawan yang lain.

Di kepalaku ligat mencari cara untuk memujuknya. Ah! Segala cara serba tidak kena bagiku. Aku bukannya mahir apatah lagi berbakat dalam memujuk. Aduh! Bagaimana ini? Apa yang harusku lakukan?? Fikiranku buntu. Aku mengambil pensil picit biruku lalu menulis sesuatu di atas kertas latihan tadi. Aku menulis namanya dalam tulisan berangkai. Ala-ala tandatangannya. Dan di sebelahnya aku menulis, "Kitew dah janji...Awak ingat, kann..." Laluku lukis wajah senyum. Ah! Aku yakin dia pasti ingat!

Aznie. Mianhae. Janganlah merajuk. Awak tahu kan kelemahan kite.
Awak. Janganlah kecik hati lama-lama. Awak tahu tak kenapa kite cakap macam tu tadi??
"Kenapa dengan kawan awak ni?"
"Siapa kawan dia?"
Kite sume selalu bergurau macam tu kan?
Sebab kite sume yakin yang kita berempat sentiasa kawan.
Tiada sitilah "dia bukan kawan saya" dalam persahabatan kite.
Aznie. Kite kan dah janji...
Kite takkan gaduh lagi kan??
Awak ingat, kan??
I'm sure of coz you remember.
Well, kalau kite still kawan,
esok pagi beratur dengan kite eh macam biasa.
Kita kawan kann...
Muahhh sikit lalink kite ni.




READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin