Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

BaCkgR0uNd bARu

Posted by ELFarahin | On March 18, 2012 | | 2 comments:
Assalamualaikum...

Hmmm...Nampaknya esok dah sekolah kan? Tapi bukan itu yang nak diceritakan. Yang saya nak ceritakan ialah latar belakang blog yang telah saya buat. Saya fikir nak tukar hari ini background blog saya. Tapi connection too bad lah~ loading lama....Huh~ Tak apa lah... Insyaallah... Nanti bila-bila masa tukarlah ya. Hmmm.... kempunan~ tak jadi backgroud blog, sekarang background tu dah jadi background desktop laptop lah... Hahahahaha...
READ MORE

Thursday Crush

Posted by ELFarahin | On March 15, 2012 | | No comments:

Assalamualaikum...

Hmm...hari ini hari apa ? Siapa yang masih belum berganti kalendar, hari ini hari Khamis, 15/03/2012. Hehe... Ok. Saya tahu hari ini hari Khamis dan esok ada Naruto Shippuden di TV3 jam 7 malam. Hahahaha.... Tapi hari ini juga adalah hari yang menyedihkan dan menyakitkan. Hari ini saya teringat kepada ex-bf lah... Macam siot ! Saya bermati-matian hendak lupakan dia tetapi no wonder why and how, dia muncul secara tiba-tiba di fikiran saya. Lawaknya, muncul semasa saya sedang leka menggulung doh untuk buat kuih siput. Tambahan, lagu-lagu di radio menambahkan lagi siot ! Even lagu Hands Up pun sudah tidak dapat buat saya enjoy. Semasa sedang menggulung kuih siput, hati saya rasa sempit dan saya merasakan kepiluan dan kegelapan sedang menghampiri dunia saya. Dalam masa yang sama, hati saya menyebut "Oppa" banyak kali. Pada saat itu, saya memang memerlukan imaginasi saya. Fantasi saya. Saya perlukan Yesung oppa. Saya pejamkan mata dan bila saya buka, bening mata saya basah. Saya tidak menangis tetapi itu tandanya hati saya menangis. Saya pejamkan mata saya semula dan tarik nafas. Saya cuba tenangkan diri. Saya bayangkan Yesung oppa datang memeluk saya dari belakang. Yesung oppa menggosok bahu saya. Dia memujuk saya. Namun itu hanya berhasil buat seketika. Hati saya kembali sakit dan terasa sempit. Tanpa sedar, air mata sudah memenuhi mata saya sampai pandangan saya kabur. Macam mana pun, saya cuba bertahan daripada menangis. Ya. Saya tidak menangis. Tetapi, bagaimana hati saya?

Selepas siap menggulung doh , saya online FB saya. Best Friend saya Farrah /Dyy Dealova(FB) telah menanda saya dalam statusnya. Dia tulis ,


Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar....


Kata-kata itu memang menaikan semangat saya semula. YES! Bantuan datang tepat pada masanya ! Huhu... Alhamdulillah... ^^

Semasa rasa sakit dan sempit itu masih bersisa di hati saya, saya telah post status ini,


Aku cuba melawan gambaran akal ...
Cuba menahan tumpahnya rintihan ...
Sedikit demi sedikit ,
aku merasakan kegelapan ...
kesunyian ...
kepiluan ...
Aku menjerit ...
Hatiku memanggil ...
Di mana Putera Awan ku?Aku perlukannya di saat ini....Kesakitan itu kembali ...
dan aku butuh kesembuhan dari curah kasihnya ....
Senyumnya ....
dan renung matanya indah ....
Tiba-tiba...
Bening mataku dibasahi sebutir mutiara ....
Ya !
Aku tersangat membutuhkannya ...Menghindarkan aku daripada dibelenggu kesakitan itu....
Yesung oppa ...


Macam mana pun, sekarang saya sudah okay ! Alhamdulillah... ^^




READ MORE

Jumlah Saudara Baru Kian Meningkat | iluvislam

Posted by ELFarahin | On March 12, 2012 |



KUALA  LUMPUR  –  Jangkaan  berlaku  peningkatan  pada  bilangan  yang  memeluk  Islam di Wilayah Persekutuan sehingga mencecah 1000 orang nyata memperlihatkan Islam kian diterima  masyarakat.Lebih  membanggakan  apabila  ia  turut  merangkumi  golongan  profesional warga asing yang berkhidmat di sini termasuk yang bekerja sebagai akauntan dan jurutera. Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Jelas Zainal Abidin Jaffar berkata, pendekatan dakwah yang digunakan secara sederhanadan tidak ekstrem telah membuatkan mereka tertarik dengan Islam.
Tahun lalu, seramai 597 saudara baru telah didaftarkan dan 10 peratus daripada mereka adalah kanak-kanak yang memeluk Islam bersama ibu bapa masing-masing. Manakala sehingga September tahun ini, sejumlah 759 orang telah mendaftar sebagai saudara Muslim. Ia dijangka akan meningkat lagi pada akhir tahun ini. Pada tahun lalu, Jawi telah mengadakan 576 siri bimbingan rohani untuk saudara Muslim. Ini bagi membantu mereka menghayati Islam. Tahun ini ia meningkat kepada lebih 600 siri.

credit : admin

READ MORE

MENANGIS

Posted by ELFarahin | On March 09, 2012 | | No comments:
Menangis....
dinginnya hati ini tatkala menangis...
mutiara mata menitis gerimis...
dipaksa bibir mengukir senyuman yang sinis...


Menangis...
kering hati merintih tangis...
sentuhanmu bagai magis penghikis....
menghangatkan hati yang dingin...
menghentikan rintihan gerimis...
meredakan sendu, bercanda senda...

Menangis...
inilah gadis berjiwa sadis...
cuba melirih senyum yang tipis...
buatmu kekasih...
aku bahagia menangis...
bukan sesal....
bukan sebal...
tetapi kerana kebahagiaan ini terlalu tragis.
READ MORE

Sembuh

Posted by ELFarahin | On March 09, 2012 | | No comments:


Sangkakan lukanya hati tiada sembuhnya

sangkakan balutan sekadar menutup cela
namun hakikinya berbeza...
darah yang merah tidak lagi mengalir parah...
hari demi hari membeku meninggalkan sejarah...


Sangkakan kesakitan ini tiada sembuhnya
sangkakan rintihan ini tiada penghujungnya
rupanya itu berbeza...
keperitan lalu seakan tiada lagi menghimpit...
sudahku temui penawar untuk menarik sumpit...
rintihan itu sedang menemui penghujungnya...
kerana permulaan yang baru bakal berlabuh kemudiannya.






READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin