Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Skuad P3

Posted by ELFarahin | On April 21, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum....

Pergh! Penat gila hari ini! Satu jam yang lalu saya baru saja balik dari pertandingan kawat kaki di PPD Kluang. Tapi jalan kaki dari sekolah. Hehehe....Well~ pagi tadi smart saja dengan kasut yang kilat tak berapa nak kilat and uniform Pengakap yang lengkap tak berapa nak lengkap. Hahaha.... Sebab saya punya kedudukan lencana Johor, Kluang and '30' terbalik. Aish! Masalah~masalah~. Tapi itu pagi tadi. Tapi masa balik tadi pakaian 'smak' gila. Hahahaha.... Dengan butang baju and lengan yang terbuka. Butang baju buka separuh saja ya. Anyway, saya pakai baju hitam dekat dalam. Huhu...  Sebelum balik rumah, sempat lagi lepak dengan kakak-kakak tecit dekat bus stop sekolah rendah yang dekat sebelah sekolah saya. Saya siap baring meniarap dekat situ. Kaki sakit~~~ tak larat nak jalan kaki balik. So, rehat jap. Lepas ketiga-tiga kakak tu balik, saya pun gerak. Nak tahu tak? Pasukan Pengakap Puteri kami datang lambat. Elok-elok giliran nombor 3 dah jadi pasukan puteri yang terakhir sekali kawat kaki. Kami buat yang sebaik mungkin (even tak sebaik mana). Hahaha...yalah. Kami berlatih 1 minggu lebih saja. Tak sampai 2 minggu pun. Huhu.... Oklah. Sampai sini saja ok. Penat lah~~ Assalamualaikum.
READ MORE

Bukan Naluriku

Posted by ELFarahin | On April 19, 2012 | | No comments:
Image result for girl alone sad
Siapakah kamu bagiku?
Siapakah kamu bagi hatiku?
Siapakah kamu buat diriku?

Sedari dulu,
sentuhanmu sentiasa membuat aku meggigil,
kehangatan itu membuat aku selesa,
malah turut menyakitkan,
kerana itu bukan naluriku.

Sedari dulu,
apabila kau senyum kepadaku,
bagaikan haruman mawar menyinggah hiduan,
ketenangan itu sungguh membahagiakan,
namun turut membuat aku kekeliruan,
kerana itu bukan naluriku.

Sedari dulu,
perlahan-perlahan aku merasakan ada perbezaan antara kita,
hubungan ini tidak harus ada,
persahabatan ini mesti menjadi noktah,
bagaimanakah dapatku hentikan semua ini?

Hari demi hari,
tatkala waktu semakin menghampiri kita,
ketika itulah kesempatannya aku menghidar darimu,
meninggalkan perasaan itu,
merenggangkan hubungan persahabatan ini,
kerana mencitaimu,
bukan naluriku.





READ MORE

'Kawan' Makan Kawan

Posted by ELFarahin | On April 18, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum....

Cis! Tak guna punya 'Kawan' ! Mengganggu perjalanan saya dengan Raidah ketika hendak balik dari sekolah saja. Cop! 'Kawan'? Siapa? Yang mana? Well~ memandangkan saya ini bakal menjadi calon-calon veterinar, so semua haiwan saya kata 'Kawan'. Hehehe....

Ehem! Waktu hendak keluar dari sekolah tadi, ada seekor anjing berlari ke arah kami. Pada mulanya, saya dengan Raidah stay saja. Tapi anjing itu makin dekat dan dekat. So, kami lari lah. Saya pun belum jadi Official Veterinar. Kalau tak, bolehlah saya pegang dengan pakaian serba pelindung. Hahahaha.... Kami berlari dan masuk ke sekolah sebelah. Well~ kawasan di situ memang tapak sekolah-sekolah menengah & rendah. Fortunately, Pak Cik Guard di situ tolong halau anjing itu. Aigoo~ anjing siapalah itu?

Anjing itu tak nampak liar. Sebab dia tak menyalak pun. Dia just hendak dekat dengan kami je. Nak menyendeng lah tu~ Dia ingat kami ini tuan dia apa? Yalah tu. Lagikan kami lari. Lagi lah dia ingat kami nak main kejar-kejar dengannya. Tapi kalau tak lari nanti, kalau dia menggesel, tak ke najis? Haishh~~~

Nasihat saya, janganlah lepaskan haiwan peliharaan anda terutama anjing yang menjadi najis bagi orang Islam tanpa tuan ya? Respect us please. Kalau dah jemu dengan anjing itu? Sudah malas nak jaga? Cuba hantar dia ke mana-mana kebun untuk jadi penjaga? Atau anda boleh hantar ke pusat perlindungan haiwan. Okey? Arasso? Haishhh....susah~susah~



READ MORE

B'coz Of The Past

Posted by ELFarahin | On April 18, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum...

Hmmm....actually saya rasa bodoh sangat sampai seteruk ini impaknya dari Puppy Love saya. Bukannya sekali saya main dengan Puppy Love. Since primary school lagi sudah mengada-ngada. Tapi tak lah macam sekarang. TERUK sangat !! Sampai rasa macam trauma. Ish ish ish....Antara impaknya:

1. "Susahnya nak pandang mana-mana lelaki."
    - means tak ada pun rasa macam... nak terkinja-kinja or gedik-gedik sikit bila nampak lelaki.
2. "Keputusan akhir, Yesung menjadi pilihan."
    - saya katakan Yesung itu adalah penawar buat saya. Suaranya, senyumnya, matanya. Hah~~ longlai....hehehe.....
3. "Sampai hati selalu dibisik syaitan kerana kosong sebab tiada nama lelaki di hati. Except my father."
   - That's why ada rasa macam nak jadi pengkid. (still sekadar angan-angan. Tak tertunai lagi ok.)
   - Tingkah-laku rasa macam nak lasak je. Kalau boleh.
4. "Sentiasa terasa sakit."
   - Bila sebut pasal sakit, even just sebut saya sudah terbayangkan darah merah yang mengalir dan pedih yang perit.

Haishh~~~mengeluh jelaah....

Agak-agak inikah tanda sudah melupakan? NOPE!!! Ini bukan melupakan tetapi meninggalkan. Meninggalkan hal yang lalu tetapi cuba membentuk hal yang sama melalui cara yang bercanggah. I guess....??
READ MORE

Takut

Posted by ELFarahin | On April 18, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum...

Tadi saya sempat belek-belek semula buku 'Terimalah Pinanganku' itu. Dalam entry yang lalu saya ada kata kan yang saya tawar hati nak baca buku itu? Tapi tadi terasa pula nak baca. Well~~~ baca langkah-langkah saja. Kasi scan~ hmmm....honestly, it quite interesting tapi entah kenapa saya rasa nak tak nak je baca buku itu. Nak tahu kenapa? Sebab saya takut nak dekatkan diri dengan hal-hal berkaitan CINTA mahupun PERCINTAAN. Hah! Tak sangka Puppy Love mampu beri kurap pada hati saya. Wahahahahaha !! Even sekarang pun saya sudah jarang baca novel. Tak terasa nak baca pun. Hewhew...
READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin