Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Annoying Gaviscon

Posted by ELFarahin | On August 06, 2012 |

Assalamualaikum...
Selamat malam semua! Amboi, sedang tepuk-tepuk bantal nampak. Nak tidur dah ke. Yelorh~ Celamat malem...huhuu. Tapi sebelum itu, bacalah dulu entry Farahin ni. Baca sampai terlelap pun tak apa. Hahaha... Ok. Gaviscon. Apa itu Gaviscon? What ever~ macam aku nak tahu. LOL~ Farahin pun bukan tahu sangat pun Gaviscon tu apa tapi like apa yang iklan katalah kan ia melegakan sakit uru hati. Yalah. Orang zaman sekarang, makan mengejar masa bukan untuk meluangkan masa. Kunyah tak sampai 3-5 kali sudah telan. Nampak beno kelentongnya. Hehee....

Ok. Sekarang iklan about Gaviscon ada ala-ala Ramadhan kan? Yang family sedang berbuka puasa tu. Ermm...Farahin nak komenlah sikit pasal iklan tu. Firstly, wanna say iklan itu sangat ANNOYING! And tak kurang juga seolah-olah berupa penganiayaan. Kenapa Farahin kata begitu? Look. Sebuah family yang beragama Islam. Sedang berbuka puasa. But then, bergendang di atas meja? Di hadapan lauk-pauk segala??? What the hell was that?!! Islam tidak mengamalkan budaya yang begitu. Kita tidak bergendang di meja makan. Bukan begitu cara kita menghormati makanan. Bukan itu adab kita ketika di hadapan anugerah Allah s.w.t. Hmm...I know. Entry ini menampakan kesensitifan Farahin sebagai seorang muslim kan? Actually, tak jugak. Just quite sensitif sebab di dunia ini bukan semua manusia beragama Islam. Ada penganut agama lain yang memerhatikan nilai-nilai yang ada dalam agama kita. And....that iklan, totally tak mustahil ia mampu mencelakan nama suci agama Islam. Well, Farahin ever talked about those iklan yang macam ni di sekolah dengan ustazah.

Ustazah kata, mostly yang buat iklan begini ialah orang bukan Islam. Cuba tengok iklan coca-cola. Ermm...Farahin tak tahulah kalau ada yang ditayangkan di TV. Farahin just saw di FB. Coca-cola. The most fofules Israel product. Adakah patut coca-cola dijadikan iklan yang dikaitkan bersama bulan Ramadhan kita? Once again. What the hell was that?!! Apatah lagi, yang melakonnya ialah orang Islam. Allahuakhbar~ Like what I just said. Mostly, yang buat iklan begini kebiasaannya bukanlah orang bukan Islam. Tetapi pelakonnya ialah orang Melayu. Islam. Why? Yalah. Ramadhan kan bulan kita. Logiklah kan kalau orang Islam yang lakonkan. Dan lagi, akui sajalah penganut agama Islam adalah yang terbesar di dunia. So, that's the way to spread the 'LOVE' lah kata kann...luv lah sangat. Ok. Stop here. Panjang sudaa. Kesian anda yang mata sudah merah menahan mengantuk tu. Selamat tidur! Jangan lupa baca doa sebelum tidur and niat puasa taw! Bye.



Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Beradab Ketika Minum
Hadith :

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jangan kamu minum sekaligus seperti binatang ternakan minum, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali, membaca bismillah bila mula minum dan membaca alhamdulillah sesudah selesai.”


(at-Tirmidzi)



Huraian
1. Islam mementingkan adab dan sopan dalam segala perkara termasuklah makan dan minum.
2. Ketika makan kita ditegah daripada gelojoh begitu juga ketika minum hendaklah minum dengan perlahan dan jangan bernafas dalam bekas minuman serta dilarang juga minum sambil berdiri. Semua ini kerana mengambilkira faktor kesihatan dan kebersihan disamping dapat mencerminkan tatatertib yang sopan bagi seorang Islam.
3. Mengecap rezeki yang dimakan atau diminum sebaik-baiknya ialah dengan membaca bismillah sebagai memuji Allah S.W.T yang mengurniakan rezeki dan mengucapkan alhamdulillah sebagai mensyukuri nikmat yang telah diberikan itu. 


P/S : Gaviscon tu bagus. Ayah Farahin pun minum. Tapi iklan yang ditayangkan itu yang tak bagusnya. Buatlah iklan yang mesra agama next time k.




READ MORE

Sejengkal

Posted by ELFarahin | On August 06, 2012 |

#Pagi

Jam sudah tepat menunjukan pukul 7:30 pagi. Aku tergesa-gesa menuruni tangga batu rumah. Ayah sudah menanti di luar bersama motosikalnya. Ah! Aku lambat lagi! Memang selalu begini. Biarpun bangun sahurnya lebih awal, tetapi aku tetap lambat bersiap untuk ke sekolah. Aku menyalam tangan ibu dan segera menyarung sepatu sekolahku yang sudah hampir sebulan tidak didobi. Alah! Setakat secalit kotoran. Apa aku kisah? Aku mencapai topi keledar lalu naik ke atas motosikal.

Dalam perjalanan hendak ke sekolah, ayah berhenti di sebuah simpang empat. Haih. Banyak sungguh kenderaan pagi-pagi begini. Sedang aku juga turut ikut melihat kenderaan-kenderaan laju meluncur di jalan raya, lalu aku terpandang akan sebuah kereta berwarna kelabu. Apakah nama kereta itu? Ah! Aku juga tidak pasti. Mungkin Kenari? Atau Kelisa? What ever~ Yang pasti, aku amat mengenali kereta itu.

Jalan raya sudah selamat untuk ayahku mencilok ke kiri. Kereta kelabu tadi berada tidak jauh di hadapan sana. Jangan! Jangan ketemukan aku dengannya! Jerit hati aku. Tidak lama kemudian, akhirnya aku tiba di sekolah. Ramai juga pelajar yang senasib denganku. Lambat tiba di sekolah. Hahaha. Tetapi, di seberang sana, kelihatan dia melangkah keluar dari keretanya. Ah! Usah dipedulikan! Aku turun dari motosikal dan membuka topi keledar. Aku mengambil buku rujukan Biologiku yang berada di dalam bakul motosikal sambil menghulurkan topi keledar kepada ayah. Aku menyalam tangan ayah sebelum pergi.

Aku berkejar-kejar hendak masuk ke dalam sekolah. Tatkala itu juga, seorang kenalan menegurku di belakang. "Amboi! Lajunya Farahin." Aku cuma membalasnya dengan senyuman yang malas. Ah! Pagi-pagi begini emosiku sudah terganggu lagikan pula engkau tiba. Aku terus terkejar-kejar dan tatkala aku hampir tiba di pagar masuk, dia juga baru sahaja tiba di situ. Jarak antara kami cuma sejengkal. Kami...terlalu dekat. Telingaku terasa kebas. Hatiku mula terasa panas. Dan dia....semakin tinggi. Malah, lebih tinggi daripada aku. Ah! Apa yang cubaku katakan ini?! Aku mematikan kata-kataku dan terus terkejar-kejar ke tapak perhimpunan.

Di tapak perhimpunan, aku terus menuju ke baris hadapan. Aznie masih belum tiba. Farhana dan Raidah sedang sibuk berbual. Aku meletakkan buku Biologiku dan terus duduk bersila serta mendiamkan diri. Tiada apa hendak dikatakan. Tiada apa hendak dibualkan. Aku sedang menghadapi pertarungan! Hatiku. Hatiku tidak boleh dibiarkan menjadi lemah! Aku perlu mengeraskannya daripada melembut. Aku perlu menghitamkannya sebelum dia kembali merah dan berdenyut. Aku perlu merasakan kebencian itu. Aku perlu kalahkan perasaan yang umpama sampah itu! Lelaki itu bukan lagi pemangsa hatiku. Tetapi dia adalah mangsa kebencianku! Aku tidak akan biarkan dia mematikan hatiku untuk kali kedua dalam khayalan yang kononnya ia hidup dalam dunia yang penuh bahagia. Sedangkan, hakikatnya ia merupakan dunia yang penuh sengsara dan lebih mensengsarakan!



#Tengah hari

Akhirnya, kelas Biologi tamat. Azan juga sudah mula berkumandang. Hari ini aku tidak pulang ke rumah selepas waktu sekolah. Aku ingin meluangkan masa di perpustakaan dan menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh guru. Tetapi sebelum itu, aku perlu solat zohor terdahulu. Mujur Aznie juga tidak pulang ke rumah. Jadi, aku tidak keseorangan.

Di surau, sebaik sahaja beg dan buku diletakan di dalam surau, aku dan Aznie segera keluar untuk mengambil wuduk di tempat mengambil wuduk wanita. Aznie siap berwuduk terlebih dahulu daripada aku. Huh..ketinggalan sudaa. Aku melangkah masuk ke dalam surau semula. Aznie sudah siap bertelekung. Sedangkan aku pula baru sahaja hendak mencari kain dan tudung telekung untuk disarungkan ke tubuhku.

Setelah menjumpai kain dan tudung telekung yang sesuai denganku, aku bersiap-siap menyarungnya ke tubuhku. Tiba-tiba ada seseorang menyeru namaku. "Farahin." Aku menoleh. "Tadi ada nampak van Pak Cik Saleem tak?" Aku cuma menggelengkan kepalaku sebagai jawapan tidak. Ah! Dugaan apakah hariku ini? Tidak cukup dengan Si Lelaki, Si Perempuan ini juga aku dipertemukan? Astaghfirullahalaziim....rungutanku ini kedengaran kasar, kan? Astaghfirullahalaziim...Ya Allah, jangan pertemukan lagi hamba dengan mereka Ya Allah. Jangan. Jangan, Ya Allah. Amiin.

P/S : Entry hari ini berwajah seakan novel, kan? Hihii...By the way, it was my bad day today to meet them even by a sudden. They're not my enemies. But I've to treat them like enemies. And always have to and it is a must.


READ MORE

Tua Setahun, Beza Berjela-jela

Posted by ELFarahin | On August 05, 2012 |

Assalamualaikum....
Hmm...actually, Farahin tidak tahu hendak bercerita mengenai apa. Just teringat pasal satu benda ini. Hehee... Firstly, let me tell you all. Farahin seorang yang tidak berapa gemar dengan make-up and I hate fashion. Boleh dikatakan begitulah...Hahaha. Apa yang Farahin pakai, just dengan apa yang Farahin rasa selesa and wajar dipakai oleh Farahin. Haa....itulah masalahnya sekarang. Actually, tidaklah besar mana masalah itu. 

Ermm...do you know? Teenagers yang lebih muda daripada Farahin pun sudah berfashion like student universiti. Sampaikan, ada masa tu Farahin tidak dapat cam whether dia lebih tua daripada Farahin or Oh! She's younger! Hahaha.... Apatah lagi sewaktu blogwalking and di FB. Wow! Umur 13 tahun tapi Farahin tengok macam remaja yang telah menghampiri alam dewasa. Oh! Depressednyaa~ Hahaha... Sometimes, buat Farahin rasa bengang juga. Hihii... Maybe memang silap Farahin lah kan sebab tidak berapa hendak mengambil tahu about fashion. Apapun, ada aku kesah? Fashion aku fashion aku, fashion kau hak kau lah. Eh! Begitu pula. Hehee... 

Anyway, adik-adik kita sekarang ini cepat saja membesarkan? Even kita sendiri yang si kakak ini lebih gemuk atau tinggi daripada dia. LOL~ gemuk pun nak sebut. Hahaha.... Di sekolah Farahin, adik-adik form 1,2,3 itu act macam sudah besar sangat saja. Yang gurlznya lah. Yang boyz tuu slow sikit tumbesaran mentalnya. LOL~ kekekeke....Masa maulidurrasul di sekolah, pergh~! Ini awak adik ke saya? Atau saya kakak ke awak? Haish!




READ MORE

Jangan Malu...Awak Gentlemen...

Posted by ELFarahin | On August 03, 2012 |

Assalamualaikum....
Farahin nak story sikitlah pasal hal yang berlaku di sekolah pagi tadi. Hari ini hari Jumaat. Di sekolah ketika slot Bimbingan Rohani diadakan, sekolah ada buat solat hajat. Memang setiap hari Jumaat akan ada Bimbingan Rohani setengah jam sebelum masuk kelas. Pelajar-pelajar yang non-muslim akan dikumpulkan di satu tempat. Kitorang panggil astaka lama. Kiranya tempat perhimpunan lah jugak. Tapi astaka sekolah ada dua. Yang lama dan yang baru. Kami yang nak buat solat hajat ni di astaka baru sebab situ lebih lapang dan luas. Astaka kami terbuka. Jadi, terasalah embun pagi yang sejuk tu.

Sebelum sesi solat hajat dimulakan, Ustaz ada beri amaran. Beliau tanya ada tak pelajar lelaki yang tak ada wuduk. Beliau kata tak payah malu. Ini urusan mereka dengan Allah s.w.t. Malu mereka sepatutnya kepada Allah s.w.t. Bukan dengan awex-2 yang berada di saf belakang tu. Hihii.... Banyak kali Ustaz ulang soalan yang sama. Lastly, seorang pelajar lelaki bangun dan cepat-cepat keluar dari astaka. Haa~ kantoi dah awak... Then, diikuti oleh 2 orang lagi. 3,4,5... Owh~ ramai rupanya. Mostly, mereka berada di saf belakang. So, adinda-2 di belakang ni dapatlah cam wajah-2 Adam tuu. Tapi Farahin tak pandang pun. Well~ memang itu pun yang diorang mahukan. Diorang malu nak bangun mostly sebab kita yang perempuan ni pandang diorang. So, ada baiknya kita tak pandang diorang dan menghalang rasa serba salah dan malu mereka kepada Allah s.w.t kan?

Tak apa. Tahniah kepada awak-awak yang bangun dan pergi ambil wuduk tu! Setidaknya, pahala yang awak peroleh, berkurang dosa-dosa awak semua. Insyaallah~ Bukankah mereka yang sempurna wuduknya akan terhapus segala dosa-dosa kecilnya? TAHNIAH lagi sekali! Jangan malu...tindakan awak semua tu gentlemen. Farahin sendiri bangga dengan tindakan awak-awak yang daring tu. Next time, jangan buat lagi ya. Kalau masa nak duduk tulah katakan terbatal, cepat-cepat bangun dan ambil wuduk ya. Buat yang wajib saja. Sekali untuk setiap anggota. Sekejap je tu. Huhuu....

P/S : Tadi kata nak story sikit. Tapi dah lebih ni rasanya. Hehee....




READ MORE

Super Junior Spy Teaser

Posted by ELFarahin | On August 03, 2012 | | 3 comments:

The Superb Asian James Bond! LOL~
Yesung! My focus is Yesung! Hahaha...


READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin