#1 Part Of My Family

"Syuh! Syuh!"

Malam itu ayah menghalau dua ekor kucing yang sedang bermain di atas rak di luar rumah. Namun keesokannya dan hari-2 yang selepasnya, kucing-kucig itu masih datang bermain di situ. Akhirnya, ayah mengalah. Dan berhenti menghalau kucing-kucing itu.

Ayah mula bersimpati dan mengasihi kucing itu. Ayah minta emak supaya memberi makan kucing itu. Suatu hari, seekor dari kucing itu datang menjengah di gerbang pintu rumah. Kami memanggilnya masuk. Matanya kuning dan bersinar. Cantik. Bulunya nipis berwarna hitam penuh tetapi di bahagian dadanya ada sedikit bulu-bulu berwarna putih. Kucing itu berekor pendek. Dan dia berjantinakan jantan.

Semakin hari, kucing itu semakin kerap datang ke rumah. Pada mulanya, hanya pada waktu malam tetapi kemudiannya, dia datang tidak mengira masa. Kami mula membelanya sebagai haiwan perliharaan. Dia manja dan aktif. Setiap hari saya bermain dengannya. Kami memberi namanya sebagam Citam. Tetapi hanya dipanggil dengan Tam. Mahu lihat putera kacak ini? Ini gambarnya;


Kacak,kan? Tam ialah hero kedua dalam rumah. Huhu...
Rindu awak, sayang.  :'D

Beberapa minggu kemudian, Tam membawa balik seekor kucing betina ke rumah. Kucing itu bertubuh sama saiz dengannya. Bulunya mempunyai 3 warna, iaitu putih, oren dan hitam. Berekor panjang. Pada mulanya, kami sangkakan kucing itu ialah pasangan Tam. Tetapi setelah agak lama kucing itu berada di rumah kami, kami mula faham bahawa mereka ialah adik-beradik. Wajah mereka sama dan mereka suka bergurau. Kami memberi nama kucing itu sebagai Marrie.


Comel+Cantik, kan? Namanya Marrie. Aktif+Manja sama seperti Tam. Marrie suka kepalanya dikusap. Dia juga suka jika belakang telinganya dikusap. Marrie marah jika ekornya yang sedang dihayunkan cuba dipegang atau dipaksa berhenti.

Keluarga saya mula menjaga dua beradik ini. Mereka tidak membuang najis di rumah. Dan mereka tidak cerewet dalam makan. Jika tiada ikan, mereka makan ayam. Jika tiada ayam, adakala daging lembu pun mereka makan.

Namun beberapa bulan kemudian, Tam semakin jarang balik ke rumah. Mungkin sudah ada pasangan. Tetapi ia menjadi semakin kerap dan akhirnya, Tam tidak lagi balik ke rumah. Mungkin sudah ada tuan baru. Jadi, hanya tinggal Marrie seekor di rumah. 

Rumah riuh dengan ngiauan Marrie apabila dia mahu makan. Marrie tidak akan mengganggu jika kami sedang makan. Dia akan duduk diam-diam dan menunggu kami siap makan. Akan tetapi, jika kami mengambil masa terlalu lama, Marrie akan mengiau. Itu menandakan dia semakin lapar. Jika dia sudah tidak dapat lagi menunggu, barulah dia akan datang dekat dan mengganggu kami makan. Huhu...

Pada waktu malam, jika saya menutup pintu bilik, akan ada bunyi ngiauan di luar bilik. Marrie ada di situ. Dia ingin masuk ke dalam. Dia ingin duduk di atas tilam saya. Sebelum Marrie duduk di atas tilam, dia akan mengurut-urut tilam itu dengan kaki depannya terlebih dahulu.

Ketika saya tidur, Marrie akan masuk ke dalam bilik dan baring bersebelahan dengan kaki saya. Dia akan tidur di situ. Tubuh dan ekornya dibengkokan. Saya tahu dia kesejukan.

Jika Marrie berasa lapar pada waktu malam, dia akan mengiau di bilik mak ayah di bawah. Jika mak atau ayah tidak bangun, Marrie akan naik ke bilik saya dan mengejutkan saya. Dia akan bergesel-gesel di kaki atau tangan saya. Dia juga akan mendekatkan mukanya pada saya. Huhu...Marrie memang bijak.


                                                        Bersambung...Tunggu taw! Meoww~~




*Marrie dan Tam sedang tidur di atas rak kecil di dapur.






3 ulasan :

♥ тιara~dнιya ♥ berkata...

sweet sanad !

ELFarahin berkata...

Hihii...Memang sweet!! Kemanisannya tak pernah hilang. huhu... ^^

Dee berkata...

love your cat,

done follow your site, visit and follow my site ok,

thanks before, my new friend ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...