#2 Part Of My Family

Assalamualaikum...
Entry ini ialah sambungan kepada entry yang lalu...
Belum baca? Klik SINI.


Sudah setahun kami sekeluarga menjaga Marrie. Marrie sudah dewasa dan berat badannya juga bertambah. Bulunya gebu dan mukanya semakin tembam. Matanya gulinya cantik dan bersinar-sinar. Dan...Marrie sudah berbadan dua. Berbadan dua? Mustahil hanya dua. Pasti lebih. Tiga atau mungkin empat? Huhu...Ya. Marrie sedang mengandung! Tapi kucing itu tak pernah duduk diam di rumah. Berjumpa dengan Si Bapaklah kot. Huhu...


Marrie memang suka bergambar. Dia pandai eye-contact dengan kamera. Huhu..
Marrie ialah ratu cantik kedua dalam rumah. Hee~


Malam itu, Marrie naik ke bilik saya. Sedangkan saya berada di bawah bersama keluarga. Di atas, Marrie asyik mengiau. Kuat. Pada mulanya, saya ingatkan dia cuma memanggil saya hendak bermanja jadi saya tidak mempedulikannya. Tetapi Marrie mengiau tanpa henti. Mak ayah menyuruh saya naik ke bilik untuk melihat Marrie. Mungkin Marrie sedang memburu cicak atau lipas di atas.

Di bilik, saya mencari Marrie. Saya memanggilnya. Dia menyahut perlahan. Tapi di mana dia? Saya memandang ke bawah katil. Marrie sedang berjalan-jalan seperti serba tidak kena. Dia kemudiannya duduk di dalam rak yang kosong di bahagian bawah.

"Marrie. Kenapa?"

Marrie mengiau perlahan. Sekali dengar, dia seperti malas hendak mengiau. Tapi setelah beberapa kali, sahutannya terdengar seperti sedang marah. Saya memerhatikan Marrie seketika. Saya cuba mengeluarkannya dari rak tapi dimarahinya. Sesudah itu, barulah saya faham. Marrie berjalan dengan serba tidak kena. Dia mengiau tanpa henti. Masuk ke dalam rak yang kosong. Ya. Marrie mahu melahirkan.

Saya memanggil ayah untuk naik ke atas dan mengatakan Marrie hendak bersalin. Ayah naik ke atas dan memujuk Marrie keluar dari rak. Ayah menyuruh emak menyiapkan kotak dan letakan kain di dalamnya. Ayah kemudiannya meletakan Marrie di dalam kotak itu.

Marrie baring sambil mengiau perlahan. Mungkin dia sedang berasa sakit. Saya, mak dan ayah menemani Marrie. Kami sekeluarga memujuk dan membelai Marrie. Kami tidak boleh memegang perutnya. Marrie marah. Jadi, kami hanya bergilir-gilir menusap kepalanya.

Jam sudah menunjukan pukul 1 pagi. Marrie masih sedang meneran. Sakit. Saya nampak seperti sesuatu sedang bergerak di perut Marrie. Itulah anaknya. Namun, saya tidak larat untuk menunggu lagi.   Saya naik ke atas untuk tidur dan tinggal emak dan ayah di dapur menemani Marrie.

Keesokan pagi, setelah siap mandi dan bersiap, saya terus bertanya di mana Marrie. Ayah sudah pergi ke tempat kerja. Mak kata ada dalam bilik bawah, sedang tidur. Mak kata lagi, anak yang dilahirkan Marrie tidak menjadi. Mereka masih tidak berbentuk kucing. Mereka masih dalam bentuk gumpalan darah.

Saya masuk ke bilik bawah untuk melihat Marrie. Dia sedang baring diam-diam di dalam kotak. Marrie sedang bersedihkah? Saya mengusap kepala Marrie. Dia diam. Saya bertanya kepada mak sama ada janin-janin itu dibauang atau ditanam. Mak kata ayah sudah menanamnya. Mak kata ada empat. Wah!Banyaknya. Kalau menjadi, mesti comel-comel anak Marrie. Tak apa, Marrie. Belum rezeki kita. Marrie kan muda lagi.



Bersambung lagi awak! Tunggu ya! Saya sebaklah teringat kat Marrie. Sebab tu tak boleh nak tulis lebih panjang atau habiskan sekaligus. Huhu...



*Oh! Saya lupa hendak beritahu. Semasa Marrie duduk di dalam kotak pada pagi itu, sebenarnya di bawah kain yang didudukinya tersorok sebiji janin. Marrie yang sorokan. Saya nampak dia mengais kain tersebut ketika saya melawat ke bilik pada waktu tengah hari. Dan saya nampak bentuk gumpalan darah itu. Besar dan ia sudahpun kering. Kesian Marrie~


                                                                                   




1 comment :

♥ тιara~dнιya ♥ said...

wuhuu~ nice entry dik . . mish nye at LiLi ^^"