Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Kias & Madah

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 | | No comments:
Image result for girl railway images
Hatiku tidak berbisik dalam tika yang lama,
Aku tidak dapat mentafsir bisunya ia,
Aku tidak dapat mendengar desis suaranya,
Mengapa?


Mungkin kerana tiada engkau,

Sudah bertahun engkau menjadi punca,
Dan kini cuba ku hapus...
Lalu madah-madah itu ikut melupus jua.
Begitukah?


Tak mengapalah aku kehilangan

kiasan dan madah-madah itu,
Esok atau lusa atau bila-bila,
pasti akan ada yang datang bersama mereka,
kiasan dan madah-madah itu akan kembali,


Mereka tidak ke mana,

Masih di sini...
Tersorok tersisip di celahan hati yang kosong,
Aku cuma perlu menyusunnya menjadi patah berkata,
Sukarnya...
Bezanya...
patahan kata-kata itu hadirnya tanpa sebuah cinta
seperti dulu....


Tidak mengapa...

Mulai saat ini....
aku harus belajar berkias madah tanpa cinta,
harus belajar hidup tanpa mencinta engkau,
harus jua belajar mengawal cinta,
bukan lagi dikawal dek cinta yang memperhamba.













READ MORE

Mahunya Aku

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 | | No comments:
Image result for girl alone images
Aku mahu memadamkan kepahitan silam,
Hilangkan pahit itu dan sadurkannya dengan kemanisan kenangan,

Aku mahu menitik noktahkan sebuah cerita,
Memulakan pendahuluan yang baru di buku yang baru,

Aku mahu membasuh luka memulih cela,
Mahu menggantikan hati merah yang segar warnanya,

Aku mahu menginjak tanah dan hakikat,
Menghapus angan-angan yang sekadar menjunam,

Aku mahu menjadi yang bahagia dan gembira,
Bukan sedih melara sepanjang usia,

Aku mahu berimpian indah belaka,
Bukan fantasi yang asyik menggores luka,

Aku mahu miliki sebenarnya cinta,
Bukan dimiliki cinta yang konon benar nampaknya,

Aku mahu kental indah berjiwa,
Bukan terjelupuk jatuh ditimpa hampa,

Aku mahu terus berbahagia,
Bukan mencari bahaya yang sia-sia,

Aku mahu berhenti mencintai dia,
Itu bukan sekadar hanya kata,

Aku mahu melenyapkannya bersama luka,
Itu adalah madah berbahasa sasa,

Aku mahu menghumbannya bersama duka,
Biar mati ditelan masa,
Luput ditimpa bahagia.




READ MORE

HAMBA CINTA

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
Saya baru sedar.Merenungkan....yang saya pernah menjadi hamba cinta.Ah!Kesian betul.Tak sangka saya boleh sesat dalam cinta.Teruknya!Saya kata saya mengaguminya.
Kagum degan keindahan dan kehebatannya.Yes,I am!Tapi tak sedar pula saya terlalu memujanya sampai saya memperhambakan hati dan maruah saya.Saya pernah hampir menyukai kawan sejenis.Waktu itulah saya sedang memperhambakan diri saya.Tapi saya tetap cuba melawan.Cinta itu bukan raja untuk saya tunduk padanya.Bukan tuan untuk saya menjadi anjingnya.Cinta itu kepunyaan saya.Milik saya.Saya adalah tuannya.Cinta tak boleh melangkah takhta saya.Alhamdulillah..dosa itu tidak berlaku.Saya pun tak terlanjur habis.Kawan saya tak tahu saya pernah menyukainya.Agak-agak kalau saya beritahu padanya,mungkin dia faham yang dia patut menjauhkan diri dari saya.Tapi...saya takut kehilangan kawan.Saya sangat perlukan kawan.




Tapi sekarang,kami dah tak berapa rapat.Dia sekolah lain.Saya sekolah lain.Kalau terserempak dengan dia,rasa berdebar dan ego seperti lelaki tu dah tak ada.Tapi saya tetap waspada terhadap diri saya sendiri.Fahami kalau menyukai kawan sejenis itu adalah dosa.Menyayangi dan mencintainya seakan kekasih,itu adalah dosa.Saat berpegang tangan dengannya,dan diri mula berbangga seakan ego seorang lelaki,itu adalah dosa.Saya perlu dan wajib  fahamkan dan terapkan itu dalam hati dan minda saya.Kawan perempuan menjadi kekasih kepada diri seorang perempuan,itu adalah dosa.






Mungkin saya patut letakan Cinta di bawah tapak kaki saya.Bukan di hati saya.Biar ia dipijak dan diinjak.Saya rela.Saya takkan menjadi hambanya lagi.It's disgusting !
READ MORE

NURAZNIE 2

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
Baru je semalam bercerita pasal Aznie.Today,I meet her at school.She was crying...Why?Hahaha...dia terharulah...dapat 8A dalam PMR.While me,I got lower than her.6A!But I'm grateful and proud of myself.Never expect that result.My target was 5A.Yah...Alhamdulillah.At least,there is something that I could do and make my parents happy and proud of me.Alhamdulillah...today is a precious moment.More precious than UPSR.I'm too happy til SUJU oppa keep playing in my mind.My heart keep calling them.Wish could hug and kiss them.But,they're far.Dan kalaupun oppa dekat,tetap tak boleh hug and kiss.It's still a sin.Must marry first lorh...Bwahahaha!!Marry?Wish could marry 13 all of them.Hahahaha.Tinggi sangat angan-angan.Satu pun mustahil dapat,apalagi 13.Huhuhuhu....However,Alhamdulillah for everything!this best result,bright smile from my parents,oppa that love me and all ELFs...waaahhh....such a wonderful world it is....Alhamdulillah....
READ MORE

C.I.N.T.A: Lumrah sebuah cinta

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
C.I.N.T.A: Lumrah sebuah cinta: Perlukah wujudnya rasa cinta sedangkan kebanyakan pengakhiran cinta adalah dengan airmata disebabkan hati terluka.Mengapa manusia sering men...
READ MORE

C.I.N.T.A: Cinta itu terkadang pahit dan terkadang juga manis...

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
C.I.N.T.A: Cinta itu terkadang pahit dan terkadang juga manis...: Cinta itu terkadang pahit dan terkadang juga manis . Jangan pernah letih mengejar cinta yang suci . Belajarlah mencintai diri sendiri dahu...
READ MORE

NURAZNIE

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
Yah...Dah jarang berpuisi lah...Tak ada idea and tak ada feeling.Maybe sebab cuti sekolah ni asyik duduk kat rumah dan tak terdedah pada persekitaran luar.Usually kan ke sekolah berinteraksi dengan kawan-kawan...cikgu...they might be my inspiration.

Next year dah form 4.Hermm...dapat kawan baru,cikgu baru,suasana baru.Awkard.Wish dapat kawan yang baik dan betul nanti like Aznie.Berkawan dengan dia,saya ada semangat nak belajar.Dia menjadi dorongan pada saya untuk ulangkaji pelajaran bersungguh-sungguh sebelum exam.Dia boleh dikatakan suatu keajaiban.Trust me!Bila berkawan dengan orang yang pandai,seriously anda pun akan ikut pandai.Even tak sepandai dia,at least tak sebodoh dulu.Hahaha.

Aznie.Be friend with her had 3 years.Had through a lot of fun and tears with her.Such a beautiful friendship.Saya sayang dia.Saya selalu nak jaga hati dia.Saya tak nak bergaduh lagi....saya tak berminat dengan rajuk memujuk ni.Lemah!Saya tak pandai memujuk.Dia memang lebih pandai daripada saya tapi saya tetap anggap dia macam budak kecik.Saya nak selalu jaga dia bila dia dengan saya.Saya sentiasa cuba fahami perangai,emosi dan perasaan dia hanya dengan memerhatikannya.Sure.I'm a psikik.Hahahaha....


Bila dia masuk kelas dengan muka yang masam,menghentak beg dan buku-bukunya,that's mean dia ada masalah dari rumah.Jangan kacau dia.Bila dia tengah solve mathematics problem dengan khusyuk,pun jangan kacau.Dia memang tengah kosentrat giler tuh.Bila dia menangis,err....er...tu saya tak tahu nak buat apa.Saya cuma duduk diam di sebelah dia dan biarkan dia menangis sampai habis.But then,saya takkan tanya kenapa dia menangis selepas beberapa minit lalu.Saya akan tunggu beberapa jam lagi untuk bertanya 'kenapa'.That much better.Saya suka bila dia jadi leader dalam study grup kami.She's so active and could activate our minds.Hahahaha...

Itulah Nuraznie binti Ibrahim.Actually,tak terfikir pun nak buat catatan pasal Aznie.Saja menconteng di blog.Dah alang-alang tu,just contineu jelah.Hehee...Aznie.I know...She's a great bestfriend.Saranghae,chingu!
READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin