Mereka


Assalamualaikum...
Saya terkadang terfikir...

Andai saja 'mereka' itu Islam. Alangkah bagusnya jika 'mereka' itu Islam. 'Mereka' pernah menghadapi saat-saat seakan menghampiri maut. Namun 'mereka' masih diberi nyawa dan hidup. Malah saat-saat itu bukan dihadapi sekali tetapi banyak kali. Subhanallah....Allah s.w.t masih menyayangi makhluk ciptaanNya ini biarpun 'mereka' bukan Islam.

Saya berfikir. Pada 'kami', attitude dan sikap 'mereka' boleh dinilai baik [jika hendak dibandingkan dengan mereka yang lain] biarpun 'mereka' masih melakukan perkara-perkara yang diharamkan kepada kami yang beragama Islam seperti minum arak...dan sebagainya. 'Kami'.....sayang 'mereka'. Saya sayang 'mereka'. Sayang 'kami' bukanlah untuk menjejak cara hidup 'mereka'. Bukanlah untuk menjadikan 'mereka' ketua atau panduan hidup 'kami'. 'Kami' sayang 'mereka' antara manusia dengan manusia.

Bercakap tentang sayang itulah membuat saya berharap moga 'mereka' diberi hidayah dan petunjuk yang lebih jelas oleh Allah s.w.t. Sebelum ini, 'mereka' telah mengalami saat-saat menghampiri maut banyak kali tetapi barangkali cahaya itu masih belum jelas bagi 'mereka'. 'Mereka' masih belum dapat melihat siapakah yang telah mengembalikan nyawa 'mereka'. Siapakah yang telah bangkitkan 'mereka' dari tidur yang panjang. Allahuakhbar...'mereka' masih belum dapat lihat kebesaranNya.

Saya bedoa moga 'mereka' diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah s.w.t. Kerana ini samalah dengan memberi 'mereka' peluang untuk berusaha menjejaki syurga atau mencium baunya. Umat Islam memang masih belum tentu kalau semuanya akan masuk syurga tetapi selagi jasad ini bernyawa, kita masih ada peluang untuk menjayakan misi untuk memperolehi syurga. Manakala orang yang kafir, dinyatakan jelas bahawa neraka sememangnya tempat bagi mereka melainkan di dunia ini mereka diberi peluang,hidayah dan petunjuk untuk menarik diri mereka daripada tercalon sebagai ahli neraka sejak mulanya.

Saudara Islam mampu menarik,mengajak saudara Islamnya yang lain untuk masuk ke syurga. Contoh, bayi yang meninggal akan menanti ibu bapanya di pintu syurga dan mampu menarik mereka bersamanya. Begitulah yang saya harapkan. Saya berdoa moga 'kami' boleh menjadi seperti bayi itu untuk menarik 'mereka' bersama kami ke syurga. Astaghfirullahalaziim.... Saya menyayangi, meminati 'mereka' pada mulanya memang sekadar suka-suka dan hiburan dunia semata. Tetapi apabila melihat diri 'mereka' yang hakikatnya sekadar manusia biasa sama seperti kami, tiada hebat atau sempurnanya, saya simpati....saya kasihan....di dunia ini 'mereka' amat disayangi,dicintai dan diminati tetapi bagaimana di akhirat nanti? Subhanallah.... Yang Islam tetap tergolong dalam Islam. Yang kafir akan tetap dengan golongannya,kafir. Lalu bagaimana 'kami' mampu membantu? Siapakah yang akan menyayangi 'mereka' di akhirat nanti? 'Kami' yang Islam tidak berpeluang untuk menarik 'mereka' ke syurga bersama di akhirat nanti. Makanya, hajat,doa dan harapan saya moga dibuka pintu hati,minda dan mata 'mereka' oleh Allah s.w.t kalau Islam mampu menyelamatkan mereka. Lailahaillallah....

"Ya,Allah. Limpahilah hidayah dan rahmat kepada mereka yang masih belum memperolehinya. Dan limpahkan juga hidayah,petunjuk,rahmat dan berkatMu keada mereka yang biarpun telah memperolehinya. Kerana kami ini sememangnya manusia yang acap kali alpa dan lalai. Hidup dan mati ini bergantung kepadaMu,Ya Allah,Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Esa."



No comments :