#3 Part Of My Family

Assalamualaikum...
Fuyhh~! Sudah terlalu lama skip about Part Of My Family ini. Bagi yang belum baca bab yang pertama & kedua, boleh klik SINI & SINI. Terima kasih!

Marrie semakin sihat. Bulunya  gebu dan seronok untuk dibelai. Kira-kira 2 bulan sudah berlalu. Mungkin juga lebih? Hmm...Marrie masih kekal dengan Bapak. Amboi~ cinta mati nampak. Hahaha...Once again, tidak lama itu Marrie bunting lagi. Uit~ Uit~! Power betul Marrie ni.

Untuk kali kedua, Farahin dan sekeluarga menyambut kehadiran ahli baru~! Marrie telah melahirkan 3 ekor anak. Sayangnya~ seekor daripadanya lemas kerana lambat keluar. Mati...Jadi, hanya tinggal dua ekor.

Pada keesokan pagi, Farahin bertanyakan di mana Marrie. Ya~ada di dalam bilik sedang menyusukan bayinya. Comel~~ Geram~! Telinganya kecil. Hidungnya kecil. Kaki dan tangannya kecil. Comel sangat! Kalah patung pooh. Huhuu...


Marrie kerap singgah di dalam kotak untuk menjenguk bayi-bayinya. Oh~ such a very caring mummy...hihii..Yang bagusnya Marrie tidak punggah anaknya ke sana ke mari. Yalah. Ada certain kucing akan bawa anak-anak dia pindah ke tempat. Tak selesalah kononnya. Huhuu...

Hendak diringkaskan cerita, sebaik sahaja anak-anak Marrie semakin membesar. Sudah pandai berjalan. Mata pun sudah terbuka. Yeah! Dapat detect sudah jantina mereka! Fuhh~! Dua-2 hero. Ayah asyik tanya saja hendak beri nama apa kepada mereka. Farahin pun that time blurr. Hehhee...So, ayah decided untuk beri nama Boy and Nik. Mentang-mentanglah that time cerita BioNik lakonan Kamal Adli sedang hangat disiarkan di TV3 dalam slot Aksi. Hahaha...

Menariknya melihat adik-adik kecik ini membesar. Baru sahaja beberapa minggu, mentang-mentang sudah pandai berjalan laju, tak padan kecik, dua beradik ini melompat dari atas meja dengan jarak yang jauh. Apa dia ingat terjun kolam renang? Syok je dia main lompat-2. Huhuu...


Bila sudah penat bermain, kedua-duanya tertidur. Huhuu...
adik..adik...



BERSAMBUNG LAGI...




No comments :