Malam ini bulan tampak penuh
warnanya yang kekuningan ternyata pekat
cahayanya memantul tersebar luas di lantai bumi
sungguh cantik
Tiba-tiba aku berasa gerun melihatkannya
bertatalkan langit malam yang hitam
terasa tersangat dingin bayu yang bertiup
menggigil tubuh ini bergetar jiwa ini
Begitulah serasanya tiap kali aku menatap wajahmu
yang cantik umpama bulan
penyeri bagi kehidupan
Di dekatmu tidak tenang rasanya hati ini
umpama sedang dibadai ombak yang lagi membuas
aku mula menjadi takut
dan takut itu bertambah menjadi gerun
tahukah kau pangkal musababnya?
Ianya kerana sayang
kerana sayang ini aku berasa gerun
menjadi takut
aku takut andai engkau menjauh dariku
aku gerun andai aku kehilanganmu
ia persis seperti aku takut, aku gerun
andai nyawa ini pergi jauh meningnggalkan jasad
kerana dirimu adalah yang terpenting bagiku.
No comments:
Post a Comment