Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Mangsa

Posted by ELFarahin | On April 11, 2012 | | No comments:

Aku
dahulunya seorang pencinta
dan terus mencinta
kemudiannya kecewa
nan terseksa.

Aku
dahulunya kelam-kabut dalam kesuraman
dan kedinginan dalam kepiluan
kemudiannya keseorangan
nan kesunyian.

Kini aku bukan pencinta
malah tidak mampu mengaguminya
tidak lagi...
tidak kali ini.

Jangan kata sehiris luka hanya pedih
bagai digigit serangga.
Jangan sangka parut dahulunya
tidak mengingatkan pada kehitaman semalam.
Jangan fikir memori tidak mampu membawa trauma.

Aku bukan lagi seorang yang sedang CINTA. Tetapi seorang yang sedang PERCAYA.

PR0M15E T0 

13
ELIEVE !!!



READ MORE

Invisible & Visible

Posted by ELFarahin | On April 11, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum...

Ehem ! Mahu tahu tidak kenapa blog description saya, "Invisible doesn't means don't exist. PR0M15E T0 BEL13VE!!"? Of coz saya terfikirkan SUPER JUNIOR pada waktu itu. Bukan 9, tetapi 13. Saya ada terbaca sebuah komen di CME (http://www.facebook.com/groups/310217812324777/), tulisannya lebih kurang berbunyi begini, "....visible in eyes..." kot? Saya pun tidak ingat. Yang saya ingat ada perkataan 'Visible'. Betul lah apa yang dikatakan itu. 9 oppa berdiri di atas stage tetapi lagi 4 orang yang tiada masih jelas di mata ELF. Super Junior bukan 11, bukan 10, bukan 9, bukan 15, tetapi 13. Dengan berjumlah 13 lah mereka lebih HEBAT, lebih GEMPAK, lebih COOL, lebih HANDSOME, lebih STYLISH, lebih. . . . . macam-macam lagilah. Huhuhu....Yang pastinya, selamanya 13. PR0M15E T0 BEL13VE !!








P/S : Hari ini ada SHOWDOWN 2012 di TV 8 ! Jangan ketinggalan ya !! Hahaha...
READ MORE

Anak Malaysia

Posted by ELFarahin | On April 11, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum...

Hmmm....saya baru perasan yang background blog saya ini ada bunga raya. Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia bukan ? Huhu...5 kelopak mewakili 5 rukun negara.

1. Kepercayaan kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
3. Keluhuran perlembagaan.
4. Kedaulatan undang-undang.
5. Kesopanan dan kesusilaan.

Cakap pasal '5'? Jangan lupa juga 5 rukun Islam. Hehee...

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Menunaikan solat lima waktu.
3. Berpuasa di bulan Rmadhan.
4. Mengeluarkan zakat.
5. Menunaikan haji bagi yang berkemampuan.

Okey. Blog saya sudah ada unsur-unsur patriotik! Hahahaha.... Bukan patriotik saja. Unsur perpaduan pun ada. Ada 2 jenis unsur perpaduan di sini. Iaitu warna biru yang merupakan antara warna bendera Malaysia kita iaitu Jalur Gemilang yang mewakili maksud perpaduan.

Tak lupa juga, warna biru ini juga lambang perpaduan ELF !! Hee~ Warna biru adalah warna wajib yang patut ada pada seseorang ELF. It's BEAUTIFUL right?!!! I LOVEeeeee BLUE. Kalau peribahasa Inggeris Blue Blood bermaksud keturunan di raja? Then bagi ELF, Blue Blood is the colour of our blood. We proud to have it !!! We're different but we're all same when we're together. Such an amazing world don't it? Hmm... Biru sememangnya warna tetap pilihan saya. Dan Malaysia sememangnya satu-satunya tempat tumpahnya daraku. Walaupun saya lahir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Huhu... Just kidding. Okeylah. Sampai di sini saja. Bye.
READ MORE

Si Buta yang Celik

Posted by ELFarahin | On April 11, 2012 | | No comments:
Image result for anime hold hands gif
Aku si buta yang celik
terpuruk dalam haluan kegelapan
tergopohan mencari sinar cahaya
namun asyik jatuh dan terluka

Aku si buta yang celik
hadirmu di saat aku kekaburan
pedih mata menahan kesedihan
seksa hati menanggung penderitaan
lalu kau mendakap aku dalam pelukan

Aku si buta yang celik
pimpinanmu membawa aku menemui sinar cahaya
belaianmu menyembuh luka
memperlihatkan aku kepada tangga kebahagiaan
kita bersama.

READ MORE

Berikan Aku

Posted by ELFarahin | On April 11, 2012 | | 2 comments:
Image result for teddy alone images
Berikan aku
sesuatu yang ada padamu
tetapi tidak padaku

Berikan aku
secangkir kebahagiaan
yang selama ini asyik berderai bersama tangisan

Berikan aku
sebuah kota perjanjian
yang tidak mungkin engkau mungkiri
dan tak usah aku ternanti-nanti

Berikan aku
seagung cinta
yang takkan pernah aku ratapi.










READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin