Lemur Sangat Comel

Assalamualaikum...
Hey, guys! Hari ini Farahin hendak buat entry bergambar tentang Lemur. The truth is, Farahin tidak tahu hendak jelaskan macam mana tentang Lemur ini. Yang pasti, lagaknya, rupanya lebih kurang sama macam tupai, koala dan monyet. Lemur ini makan buah-buahan dan pucuk. Bagi Farahin, lemur sangatlah comel! Farahin kenal lemur ini pun dari dokumentari haiwan yang Farahin pernah tonton. Kalau tidak, takkan kenalnya Farahin dengan lemur. Jom tengok gambar haiwan yang bernama lemur ini.

Farahin paling suka lemur berbulu putih, bermuka hitam. Mereka sangat comel!

Comelnya!

Cakk bahh! Hahaha

Lemur jenis beginilah yang berlakon dalam kartun Madagascar itu. lol

Google-ssi kata ini Golden Bamboo Lemur. Comel...

Wow! Merahnya bulu. Google-ssi kata ini Red-ruffed Lemur.

Black and White Ruffed Lemur. Garangnya muka...

Juvenile Crowned Lemur.

Lompat lompat! Hahaa. Kalau snapshot begini memang nampak lawok je cara mereka lompat. Tapi the truth is, cara mereka melompat sangatlah comel! Lebih comel daripada monyet dan tupai. Cara mereka melompat dikatakan seperti menari.

Okey. Yang ini memang merepek. Edited. White Goat Lemur. lol

Selamat Malam awak! Fat-tailed Dwarf Lemur.

Haa ini dia lemur yang paling kyute dalam kartun Madagascar tu. Besaq mata.

Oh! Frust ke, bang? Huhu.

Okey. Cukuplah. Tak banyak gambar lemur berlainan spesies di google. Ini sahaja yang dapat dikongsikan. Apapun, tak kira apa orang kata, bagi Farahin, walaupun muka mereka hitam, mereka tetap comel plus plus! Hee.





p/s: Salam Maulidur Rasul! (^_^)v

2 comments :

miLa said...

serious ke dia melompat macam tu?? huhu..comel :)

Harith Iskandar said...

mmg sangat comel
salam maulidur rasul