Assalamualaikum...
Andai engkau yakin dunia tiada kekalnya dan pasti berakhir jua, maka usah merasakan bahawa segala masalahmu umpama tiada penamatnya.
Hati ini rasa tidak selesa. Tidak selesa rasanya apabila nama dia berhalwa di telinga. Tidak selesa rasanya apabila diri dia menjadi makanan mata. Perasaan ini adalah sangat aku tidak suka. Sakit kepala aku dibuatnya, sakit lagi hati aku terasa bisa di dada.
Aku kata pada diri sambil menepuk dada, "Farahin. Usah berdegil menegakkannya. Sedangkan ia sudahpun roboh menjadi debu.. Biarkanlah angin membawanya pergi. Biar bersih tapak ini. Esok pasti ada yang lain menghiasi. Perasaan itu usah dipertahankan lagi."
Sejak Maulidur Rasul yang lalu, hari ini sudahpun kali ketiga takdir Tuhan menemukan kita. Hal ini menguji hatiku yang pernah bersandiwara. Tanpa sengaja, ia mengopek luka yang lama. Hal inilah yang membuat hatiku berasa tidak selesa. Jangankan cuma hati malahan mata dan telinga aku turut merasakan hal yang sama.
Andai saja hati ini mempunyai kekunci "delete". Dengan mudah saja dia akan terpadam dari "memory". Andai saja hati ini mempunyai had "Gib" yang tersendiri. Dengan mudah dia akan tertendang keluar dari "file".Andai saja hati ini canggih dengan "video" kenangan tersendiri. Dengan mudah Farahin dapat "pause" sesuka hati. Atau "flag" kan sahaja sebagai tanda anti. Sayangnya, inilah realiti. Bukan dunia IT.
p/s: buat entry ni pun, hati rasa tak selesa :/
No comments:
Post a Comment