Rehat



Langit tampak cerah lagi luas
Awan berarak tenang
samar-samar biru langit kelihatan
Namun hatiku terasa mendung
Emosiku terasa murung
Aku cuba mengukir senyuman
Kebetulan air mata ikut melerai
Aneh...
Aku mula berperasaan sedih
Terasa bisa menghimpit si hati
Aku pejamkan rapat mataku
Terlena akhirnya
Biarkan aku bermimpi sekejap
Daripada membiarkan hati ini meranap
Biar kering sedihku dalam lena
Biarkan hati ini berehat seketika










No comments :