Perasaan Ini


Aku baring di atas katil sambil melihat ke arah lampu yang ada di siling. Lama. Kemudian, tiba-tiba air mata mengalir keluar meleleh hingga menyentuh telinga. Sejuk. Aku angkat tangan aku dan biarkan bayang-bayangnya jatuh ke muka aku. Aku tak tahu apa yang aku cuba lakukan. Mungkin cuma benda bodoh. Aku dapat lihat cahaya lampu di antara celahan jari-jemari. Air mata semakin galak mengalir. Aku katakan  pada diri aku. “Kenapa aku mesti rasa sakit? Cemburu? Perasaan ni buat aku terseksa. Perasaan ni buat aku rasa putus asa. Perasaan ni buat aku tak dapat terima diri sendiri. Ya Allah, kenapa aku berperasaan begini?” Aku tak faham apa yang telah aku omelkan. Aku Cuma ungkapkan apa yang aku rasa dalam lisan. Payah. Adalah payah untuk aku katakana apa yang aku rasakan. Yang jelas cuma rasa sakit.





p/s: First cry in 2013. huhu

3 comments :

Balqis Sarah said...

Kalau sakit hati, sebutlah nama Allah s.w.t banyak kali. Tak beberapa lama kemudian nanti, hati unnie akan bertenang semula :)

#p/s: kalau saengi nasihatkan kawan lain, mesti diorang panggil saengi ustazah~ hehe~ XD

ELFarahin said...

@Balqis Sarah huhu. Terima kasih atas nasihat itu, Ustazah. hehe :D

Balqis Sarah said...

@ELFarahin Sama-sama. xD