Perasaan Ini

Posted by | On | | 3 Comments

Aku baring di atas katil sambil melihat ke arah lampu yang ada di siling. Lama. Kemudian, tiba-tiba air mata mengalir keluar meleleh hingga menyentuh telinga. Sejuk. Aku angkat tangan aku dan biarkan bayang-bayangnya jatuh ke muka aku. Aku tak tahu apa yang aku cuba lakukan. Mungkin cuma benda bodoh. Aku dapat lihat cahaya lampu di antara celahan jari-jemari. Air mata semakin galak mengalir. Aku katakan  pada diri aku. “Kenapa aku mesti rasa sakit? Cemburu? Perasaan ni buat aku terseksa. Perasaan ni buat aku rasa putus asa. Perasaan ni buat aku tak dapat terima diri sendiri. Ya Allah, kenapa aku berperasaan begini?” Aku tak faham apa yang telah aku omelkan. Aku Cuma ungkapkan apa yang aku rasa dalam lisan. Payah. Adalah payah untuk aku katakana apa yang aku rasakan. Yang jelas cuma rasa sakit.





p/s: First cry in 2013. huhu
READ MORE>>

ELFollowers

at night, i was all sleepless. at day, i was almost soulless. -23/03/2019-