Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

MERDEKA!

Posted by ELFarahin | On September 15, 2013 | | 2 comments:
Ya Allah, Berilah Kemerdekaan kepada umat Nabi Muhammad..

Assalamualaikum...
MERDEKA! Eh! Farahin ni. Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56 dah 2 minggu berlalu. Dah nak sambut Hari Malaysia yang ke-50 pun. Esok pula tu. Baru nak wish 'merdeka'. Huhu

Haa tu lah korang tak tahu. Ya ke tak tahu? Ke buat-buat tak tahu? Merdeka ni kan boleh digambarkan dalam pelbagai bentuk. Bukan setakat kibar Jalur Gemilang je.

So bagi budak konon sains tulen macam Farahin ni, merdekanya kami bila terlepasnya sesi pertempuran dengan empat subjek yang membunuh dalam peperiksaan. So Farahin baru je lepas membedil empat subjek membunuh tu minggu lepas dalam trial spm. Hihi

Add Math, Biologi, Kimia dan Fizik. Empat sekawan ni lah yang ajar belia macam Farahin ni kenal bom peledak masa dan manusia seperti Kyle XY. Eh! Bukan nak gertak. Beritahu je. Tapi memang betul. Nowadays, orang yang pandai tu lah banyak buat hal kan? Nau'zubillah.

Lepas je ambil paper Biologi last Thursday, semua senyum lebar keliling kepala. Hari Jumaat cuti aka ponteng sebab only Chinese ambil paper B.Cina. Haa jahat tak kami? This Wednesday, ada paper Sivik. So how about Selasa? Tu lah nak fikir-fikir ni. Hari Selasa kawan-kawan ERT dan Sains Sukan je ambil paper. Kami tak involve. So? In discussion. Haha

Lepas trial ni bolehlah main baling-baling tepung, telur, belon air dan sebagainya. Happening kan? Tapi maaf ya. Farahin tak involve kerja-kerja haram ni. Paling tidak pun cuma menari Bonamana plus Sorry Sorry plus Mr.Simple plus A-Cha plus Sexy Free and Single. Hee

Apapun, zaman dekolonisasi ni masih belum berakhir. Farahin and the gang masih berada di bawah perintah pekeliling SPM 2013. Darurat. Boleh clubbing waktu dhuha dan dating di antara zohor dan asar je. Kolot kan? Hahaha



Selamat Hari Malaysia yang ke-50! Hope Malaysia kekal dengan 13 buah negeri dan Inshaallah kalau diperbesarkan lagi mungkin lebih baik. Hope negara dan rakyat sejahtera sentiasa dan masing-masing ada semangat nasionalisme dan patriotisme yang mendalam dalam diri. Be proud, dude! =)





Dah baca poem 'Darah Selat Tenggara'? SINI
READ MORE

Darah Selat Tenggara

Posted by ELFarahin | On September 15, 2013 | | 3 comments:
gambar cam tak kena...
Ombak di selat mengaum buas
bayu kayangan deruannya keras
embun mata tertitis laju
dinginnya air putih di gigi pantai
masih terasa hangatnya darahmu
senjata yang hitam rupanya
bagai menoreh-noreh luka di hati
korban jasadmu membebaskan bumi
tapi kasihku masih terkurung di sini
bunyi kuda-kuda putihmu
mencarik-carik pasir di kaki
rindu aku pada parasmu
lagi rindu pada keringat jihadmu
terima kasih
kasih dan korbanmu masih berbau
mengairi selat tenggara ini
jasadmu mati
nyawamu pergi
tapi baktimu kekal abadi



p/s: terharu dengan filem Hikayat Merong Mahawangsa :')



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin