Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Nallee Is On MyMiniPet.com

Posted by ELFarahin | On January 23, 2014 | | No comments:
Hello, people!
NALLEE IS ON MYMINIPET.COM
Nallee? Who's Nallee?
Want to know who is Nallee?
Then, feel freeeeee to click this.

Ups! No Spams, No Ads.
It's only a game.
And Nallee need your support!









READ MORE

Tangisan Pertama Lunar 2014

Posted by ELFarahin | On January 20, 2014 | | No comments:
AMARAN: Ini adalah catatan yang sangat panjang.

Januari 14 hampir bertemu garis penamat. Masih tinggal kurang daripada 30 minit sahaja lagi. Namun begitu, Farahin masih sibuk dengan pen, pensil dan kertas A4, melukiskan imaginasinya yang penuh warna-warna keceriaan.

Tiba-tiba, perbualannya dengan Ana pada hari kelmarin menerjah ruang fikirannya. Pada awalnya, dibiarkan sahaja hal itu berlegar-legar di fikirannya. Sangkanya, itulah ertinya dia ingat kepada rakan karibnya itu. Namun, tidak lama kemudian jiwanya diserang rasa pilu. Hatinya berasa sedih secara tiba-tiba.

Tidak selesa dengan emosi yang sedemikian, dia cuba untuk menyelesakan dirinya dengan mengubah posisi tubuhnya. Daripada meniarap, dia berbaring sambil mengalas kepala di atas bantal. Kipas siling yang sedang berpusing perlahan dipandang dengan mata yang mengantuk.

Tiba-tiba tubir matanya terasa sejuk. Ada sebutir titisan air mengalir keluar lalu jatuh ke atas bantal. Pantas sahaja air itu meresap ke dalam liang-liang sarung bantal.  Perbualannya dengan Ana pada hari itu makin ligat bermain-main di fikirannya.

Kemudian, muncul wajah seorang kanak-kanak lelaki berusia antara 11-12 tahun di bayangan matanya. Suara dan tawa kanak-kanak lelaki itu terngiang-ngiang di kepalanya. Masih tidak lupa dia akan tawa kanak-kanak lelaki itu yang seakan-akan bunyi kuda mengekek.  Masih tidak lupa juga dia akan rasa lucu mengenangkan gaya ketawa kanak-kanak lelaki itu. Tetapi perasaannya kini lebih menampakkan rasa sedih daripada lucu. Kenapa?

Kipas yang tergantung di siling masih direnung. Tetapi kali ini dengan mata yang mula berkaca, menjadikan pandangannya sedikit kabur. Tambah pula dengan rabun jauhnya. Bertambah kaburlah penglihatannya.

Menilaikan situasinya sewaktu ini, dia merasakan saat-saat beginilah dia memerlukan kaunselor terbilangnya itu. Siapa lagi kalau bukan Ana yang dikenalinya dengan sifat yang memahami dan ingin mengerti. Farahin mula membuka ruang bermesej-mesej di antara mereka.

Awak dah tidur?

Belum...kenapa?

Kita tengah sedih ni. Sebenarnya tengah melukis. Then teringat pasal X yg awak cerita kat kita hari tu. Zappp! Tiba-tiba kita terus rasa cemburu. Cemburu sebab dia still ada feeling kat awak. Itu pun kalau betul. Then kita teringat kat Mr.S...

Farahin berhenti menaip seketika. Matanya yang berkaca-kaca dipejamkan sekejap. Pantas air matanya tumpah berlinangan melewati pipinya. Dia mula menangis. Entah kenapa hatinya terasa bertambah sebak dan sedih sebaik nama Mr.S ditaip.

....Agak-agak dia ingat kita lagi tak? Tak kisahlah apa dia rasa pasal kita. Tapi ada ke dia rasa apa-apa? Kita dah menangis dah...

Sambil menekan butang ‘hantar’, Farahin teringat akan novel Bila Hati Dah Suka karya Cahaya Izzati yang dibelinya pada Disember 2013. Watak heroin dalam novel tersebut menampakkan rasa tabahnya menerima kebencian watak hero yang dicintainya. Itulah yang cuba dimaksudkan oleh Farahin. Dia tidak peduli sebarang bentuk perasaan lelaki itu kepada dirinya. Namun persoalannya, adakah lelaki itu merasakan apa-apa perasaan berkaitannya? Mungkinkah?

Alah...awak jangan menangis. Insyaallah. Kalau dah jodoh tak kemana. Awak doa aje moga awak ada jodoh dengan dia. Jangan sedih-sedih. Senyum sikit... J

Farahin tersenyum saat membaca ayat terakhir dalam mesej Ana. Sungguhpun pada ketika itu air matanya masih berlinangan. Hebatnya sahabat karibnya itu! Mampu menyelitkan rasa bahagia dicelah-celah kesedihan yang menyesakkan dada. Farahin berasa kagum.

Haih. Spoil aje nak countdown birthday. Thank you sebab sudi layan malam sedih kita ni J

Sengaja Farahin menaip icon senyum bagi mengakhiri mesejnya. Sekadar untuk menyedapkan hati Ana andai rakannya itu sedang berasa bimbang tentang keadaannya pada ketika itu. Juga sebagai tanda bahagianya mempunyai sahabat sebaik dan sehebat Ana.

Orait, dear... J

Spontan dan ringkas sahaja mesej yang dihantar oleh Ana. Setelah itu, Farahin kembali melayan jiwanya yang lagi dipagut rasa pilu. Dia masih menangis tersendu-sendu. Malahan esakannya juga semakin rancak dan kuat bunyinya. Namun tetap cuba dikawal dengan menggigit buku limanya yang dikepal sendiri sambil menyorokkan kepala di bawah bantal. Terasa seksa sungguh hatinya pada waktu itu.

Sambil menangis, Farahin terfikirkan soal jodoh yang disebut-sebut oleh Ana dalam mesejnya tadi. Sejujurnya, susah untuk dia percaya bahawa dia dan lelaki itu masih punya jodoh. Sungguhpun jauh rumah mereka tidak sampai dua kilometer, namun dia tetap merasakan lelaki itu sangat jauh daripadanya. Terlampau jauh mengalahkan jauhnya Malaysia dengan Korea.

Daripada mengharapkan jodohnya dengan lelaki itu, dia lebih mengharapkan jodohnya dengan lelaki yang sering mencintai dan merindui Yang Ilahi. Biarpun begitu, bukan bermakna dia tidak mengharapkan apa-apa daripada lelaki itu. Cuma dia tidak berani untuk berharap terlalu tinggi melangit. Kalau jatuh, bukan dia tidak tahu sakitnya. Cukuplah sekali jiwanya dirobek, hatinya terguris, dek cinta monyet yang tanpa sedar berubah menjadi cinta pandang pertama.

Daripada baring, Farahin mengubah posisinya kepada duduk. Bingkai gambar yang mempaparkan sebahagian awal ayat-ayat Surah Yaasin yang tergantung di dada dinding dipandang dengan mata yang berkaca-kaca sambil menangis. Tangis Farahin semakin teruk. Terbongkok-bongkok dia di atas katil seperti udang sedang digoreng sambil menumpahkan kesedihannya melalui air mata.

Allah...Allah...Allah...

Tanpa suara, hanya mulutnya sahaja yang terbuka luas melaungkan kalimah keramat itu dengan penuh harapan dan rasa sedih serta payah. Akibat terlampau sedih, suaranya juga seakan-akan enggan berbunyi. Terasa sukar baginya.

Tidak lama kemudian, barulah tangisnya semakin mereda. Diseka sisa-sisa air mata yang menempel di pipi dan dagu. Setelah pasti keadaannya sudah stabil, dia menyambung melukis. Sambil melukis, dia menahan matanya yang seakan-akan berdenyut-denyut dan terasa pedih akibat menangis sehinggalah lukisan itu disiapkan.

Ikutkan tiadalah begitu lama dia menangis. Kira-kira 30 minit juga masa diambil untuk memuntahkan segala kesedihan yang datang secara mendadak itu. Barangkali kerana dia jarang menangis. Sememangnya menangis bukanlah kegemaran mahupun tabiat Farahin. Tetapi yang paling tidak disangka-sangka, tangisan tanggal 14 Januari itu merupakan tangisannya yang pertama pada tahun 2014. Dan yang lebih nostalgiknya, tiba sahaja 15 Januari usianya kian meningkat dewasa kepada 18 tahun.


p/s: kali terakhir saya menangis kerana awak, tiga tahun lepas... :)



READ MORE

Nightmare Is A Sweet Dream

Posted by ELFarahin | On January 19, 2014 | | 2 comments:
NIGHTMARE IS A SWEET DREAM.
Yeah! Dah baca tajuk yg panjang nak mampus tu?
Hari ni Farahin nak story about dream.

Last nigt Farahin ada mimpi ngeri
which at the same time boleh jadi mimpi indah juga.

Dalam sebuah rumah
berkonsepkan Inggeris but colourful,
Farahin tinggal dengan SJ members.
Boleh dikatakan we're The Most Happy Family.

Di ruang tamu,
nampak Abg Donghae, Abg Eunhyuk,
Abg Yesung and Abg Hangin sedang lepak.
I don't know where the other members
but all looked happy and playful.
Farahin sempat jenguk dia orang
sebelum ke dapur.

Di dapur,
Farahin tolong Abg Ryeowook cuci pinggan.
Sambil cuci pinggan, kami gelak-gelak.
Tak tahu apa yang dibualkan.
Suddenly Abg Eunhyuk datang sengaja mengacau.
Tengok sana, tengok sini. Abg Siwon pun ada.

At that time lah,
tiba-tiba ada darah menitis
ke atas pinggan yg Farahin sedang cuci.
Dari setitis, jadi dua titis.
Then Farahin rasa darah tu datang dari hidung sendiri.
I touched my nose and yes, it was bleeding.
Next, tiba-tiba Farahin muntah darah pula.
Tak ada rasa mual atau loya,
suddenly mulut keluar darah.
Darah tu pekat sangat.
Makin lama, makin banyak darah keluar.
Perut, dada and kepala Farahin rasa sakit semacam.

Muka Abg Ryeowook, Eunhyuk and Siwon dah semacam.
Farahin pula dah mula menangis sebab takut sangat.
Then ada suara seorang perempuan tua.
I don't know who but only heard the voice.
"Penat sangatlah ni. Pergi berehat," she said.
But I refused and cakap nak jumpa doktor.

At last Abg Siwon bawa Farahin keluar utk jumpa doktor.
Abg Donghae and Abg Eunhyuk pun ikut.
But on our way, we still tak jumpa mana-mana klinik.
Trafik nampak busy sangat. Waktu tu dah malam.
Hidung dan mulut Farahin pun dah berhenti berdarah.
Cuma kadang-kadang je darah tu akan keluar.

Then suddenly we alsmost involved in accident.
Luckily Abg Siwon sempat mengelak.
And I don't know kenapa watak Abg Siwon
nampak jahat waktu tu sebab dia ketawa
bila kereta yg hampir dilanggar berlanggar pula
dgn kereta lain dan meletup.
Farahin marah dia, "Kalau saya yg mati tu, awak ketawalah ya?"
That time, baru Farahin tahu in this dream we're couple. Hee (^w^)
But belum sempat dengar jawapan Abg Siwon,
Farahin dah sedar. Mimpi pun tamat...huhu

Dah lama tak mimpi Abang-abang SJ Farahin.
Itu yg sweet dream-nya. But yg nightmare-nya pula,
Farahin mimpi hidung mulut berdarah macam tu.
Ada maksud ke?




READ MORE

Long Live RAFF's Gurlz!!

Posted by ELFarahin | On January 13, 2014 | | No comments:
Assalamualaikum...
LONG LIVE RAFF's gurlz!!
Yeah! RAFF's gurlz tu nama group kami.
R-Raidah, A-Aznie, F-Farahin, F-Farrah.
Happening giler!
Siang tadi dapat window shopping dengan dia orang.
Buat onar kat Kluang Parade & Kluang Mall.
Sempat juga dia orang teman Farahin daftar ambli lesen moto.
Wish me luck! Huhuhu

For the first time, Raidah join kita orang.
Usually, kami keluar bertiga je.
Ni lebih fun than usual.
All members were in!
Memang enjoy giler-giler lah.

For the first time juga,
Farahin karaoke.
Nampaknya tempat 'penonton' telah digantikan oleh Raidah.
Now it's my turn to 'show off'! Hahaha
Amacam? Sedap tak suara I, kawan?
Lagu Takkan Terpisah tu.
Duet dengan Farrah. Hihi
Lob you lah Black!

Macam biasa, kalau pergi shopping takkan lupa beli komik.
Farahin ada beli dua komik.
Sebab duit berkepok-kepok,
so why not keluar banyak sikit.
I bought Kembar Da' Best & Persis Dandelion.
Memang dah lama mengidam Kembar Da' Best.
Tapi baru dapat beli hari ni! Huhu
Both komik superb!!

Okeylah. Done here.
Sorry about my selca yang tak seberapa tu.
Happy sangat. Tu yang pose depan webcam. Hahahaha



Salam Maulidur Rasul! :)


READ MORE

#StayStrongParkJungSoo

Posted by ELFarahin | On January 07, 2014 | | 1 comment:
Takziah!
#StayStrongParkJungSoo
This is trending on facebook now.
I'm sure it also trending on twitter
and other social networks.

What a shocking news?
Leeteuk's father and grandfather
passed away in a car accident.
It's much shocking to hear
it was caused by sasaeng fans?

I was speechless.
This sad news suddenly
attacked my brain and heart.
Like other ELFs feels,
it was heartbreaking.
Some must be crying out loud,
and some just keep their tears
deep inside the heart. Like me.
I'm type that hard to cry but instead,
my heart is easy to feel hurt.

There's nothing I can do.
Unless, trending the hashtag.
I feel useless. Very useless.
Poor oppa~
Only that I can said.
Mianhae, oppa.

Each ELF wish to be right beside you now.
But still only some of us can do so.
Be strong dear oppa!
You have us. Millions of us.
I know, it may not good enough.
But still...you have us.
Stay strong Park Jung Soo!


READ MORE

Lagu Cinta

Posted by ELFarahin | On January 02, 2014 | | No comments:
Dirimu bak not-not muzik
beralunan merdu
tiadamu di sisi
hatiku berlagu rindu
iramanya bercelaru
rentaknya tidak menentu

Kini kau pergi meninggalkanku
umpama pelangi
hilang setelah sampai waktu
hatiku mula berlagu sendu
iramanya haru biru
rentaknya penuh keliru

Perlahan-lahan
hatiku tidak lagi berlagu
iramanya terpadam
rentaknya menjadi senyap
kerana hilangnya dirimu
hilanglah lagu-lagu cinta itu




p/s: Happy Belated Birthday Sungmin Oppa!











READ MORE

Teduhan Kasih

Posted by ELFarahin | On January 02, 2014 | | No comments:
Image result for tree images

Pohon itu tumbuhnya rendang
daunnya merunduk cecah ke bumi
akarnya mencengkam dalam
redup di bawahnya
menjadi teduhan

seperti hati ini
bunga-bunga cinta tumbuhnya mekar
gugur yang layu diiringi irama
akarnya menjalar menjerut jiwa
aku lemas dalam keindahannya
di sinilah ku teduhkan kasih
khas buat si dia















READ MORE

Bintang Yang Bersinar

Posted by ELFarahin | On January 02, 2014 | | No comments:
Bintang yang bersinar
siang hari namamu mentari
bahangmu menghangatkan hati
mewujudkan mimpi-mimpi
indah tidak terperi

Bintang yang bersinar
berkijaran di langit malam
umpama berlian
terapung di awangan
inginku jadikan perhiasan
buat hati ini
agar rindu tiada menjengah lagi













READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin