Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Back to Semak

Posted by ELFarahin | On February 13, 2016 | | 1 comment:
Assalamualaikum...
Hello, peeps!
Long time no see right.
I mean my post.
Well, macamlah orang demand sangat nak baca post kite. Haha
Okey. So before we proceed,
nak kasi korang ushar my selca. Hehe


Dah, dah tu. Jangan tengok lama2.
Nanti menyampah. Huhu

So, that's it.
Tadaima!
I'm back to semak!
Semak? Semak mana?
Well, who knows. Haha

Sebulan mereput di rumah,
now I'm back to ump.
Ya. Ump. Kampus Gambang. Kuikui
Students ump memang dah diajar dengan trademark
"universiti dalam semak"...
"universiti tepi lebuhraya" all those stuff since
minggu orientasi lagi. Hahaha

So Alhamdulillah...
selamat sampai kat ump ni.
Sampai2 aje, parent pun dah balik,
mulalah tangan gataii cuit camera.
so tu lah lahirnya gadis act diva konon tu. Hihi
Yalah. Bukan selalu pakai cantik2 ni.
Jadi kenalah menggedik buat selca. lol

Isnin ni mulalah Tahun 1 Semester 2.
Fuhh! Berdebar ni.
Classmates baru, lecturers baru....
Ahh! Cannot think.
Hopefully, semuanya berjalan lancar.
And I can adapt well to the surrounding.
Inshaallah

Kejap. Ada yang tanya about my Sem 1 result ke?
Hmm. Macam terpijak najis yang dah kering.
Eh! Not that worst lah.
Farahin bersyukur dengan apa yang Farahin dapat.
Dah buat silap, pandai2 lah buat iktibar. Kan?

Awal2 study main2.
So lepas ni janji...
kurangkan main!
No no no...mana boleh berhenti main.
Nanti stress! Farahin tak suka stresskan diri.
Let's chill and make it good.
Inshaallah

But still nervous.
Tak dapat bayangkan macam mana hari Isnin nanti.
Ugh! Cannot talk about it. Don't even think!

Okeylah. Done here.
Oh! Ganbate to student yang baru masuk universiti
and yang akan mulakan sem baru. Fighting!
Bubye!





Life is not always good. But Allah knows what is good for you and your life.








READ MORE

Novel Pendek: Kita Punya Date (Bhg. 6)

Posted by ELFarahin | On February 13, 2016 | | No comments:
Assalamualaikum...

"TERIMA KASIH." Ucap dia dengan mata tunduk ke lantai. Mungkin segan mahu bertentang mata dengan aku. Mungkin juga dia memang sengaja berbuat demikian. Biarlah.
       "Aku tak sangka kau setuju nak keluar dengan aku." Sambungnya lagi. "Aku tak serius pun. Tapi akhirnya kau datang juga dan kita berjumpa." Dia mengangkat mukanya dan berpaling ke arah aku. "Terima kasih." Dia senyum.
       Aku membalas senyumannya. Tetapi mata aku pula mula berkaca. Tak boleh! Jangan menangis. Tiada sebab untuk kau tumpahkan air mata. Tersentuh? Tak kiralah apapun alasannya. Jangan menangis! Jangan!
       "Sama-sama." Ucap aku. "Aku pun bukannya serius sangat. Saja aje. Lagipun, bukan selalu ada lelaki nak ajak aku keluar. He he he." Sengih. Sengihlah panjang-panjang. Asal air mata tak jatuh.
       "Kau buat aku terkejut. Kau dah lain sekarang. Banyak senyum. Banyak cakap. Banyak melawan kata. Garang lagi. Berbanding dulu kau ni lebih pendiam dan jarang senyum."
       "Kau kutuk aku ke?"
       "Mana ada. Aku pujilah. Aku suka perubahan diri kau."
       Tengok tu. Mudahnya dia ucapkan perkataan 'suka'. Nampak sangat aku seorang sahaja yang sensitif tak tentu pasal. Aduhai, hati.
       "Aku suka kau juga." Tak. Bukan itu yang aku maksudkan. "Kau masih sama macam dulu. Peramah dan pandai bergurau. Tapi macam dah bertambah nakal pula. Mulut tu pun dah macam longkang. Sakit kepala aku melayan."
       "Amboi! Seronoknya mengutuk orang."
       Aku ketawa. Ya. Apa lagi yang aku boleh buat? Kalau aku tak ketawa, aku akan menangis. Aku tak nak menangis. Bukan depan dia. Tak nak!
       "Oh! Bas dah sampai." Dia bangun dari duduknya. Aku mengikut. Masanya makin hampir.
       Aku berjalan ke arah bas. Kelihatan pintunya terbuka luas mempersilakan penumpang untuk masuk. Makin hampir aku dengannya, makin berat kaki aku melangkah. Apabila menoleh ke belakang, dia tiada bersama aku tetapi masih berdiri di tempat yang sama.
       "Kau tak nak naik ke? Bas kita kan sama." Kenapa dia tak beranjak dari situ? Kenapa dia pandang aku sambil senyum  begitu? Aku tak suka!
       "Aku ada janji dengan kawan lepas ni. Aku balik dengan dia." Kenapa? Kenapa mesti berpisah sekarang? Aku fikir dapatlah balik sama-sama dengan dia. "Oh! Hampir terlupa." Dia melangkah ke arah aku. "Nah!" Sebuah kotak kecil diserahkan kepada aku.
       "Apa benda ni?" Aku terima bulat-bulat kotak kecil tersebut.
       "Hadiah. Bukalah bila dah naik bas nanti. Jangan risau. Murah aje. Tak mahal pun."
       "Terima kasih." Ucap aku dengan berat hati.
       "Bye." Dia mengangkat tangan sambil senyum dan beredar.
       Akhirnya, dia tetap membelakangkan aku. Membiarkan aku membaca gerak-gerinya. Membuatkan aku tertanya-tanya apa yang difikirkannya. Bagaimana perasaannya. Kenapa hanya aku yang berperasaan begini?
       Mungkin aku juga harus membelakangkannya. Di antara kami tiada masa hadapan bersama melainkan kisah silam. Pershabatan kami. Cinta kami. Hubungan kami. Segalanya sudah lama berakhir.
       Masuk sahaja ke dalam bas dan duduk, kotak kecil itu aku buka. Ada sebentuk cincin besi berukirkan 23.01.16 di atasnya. Ukiran ini sama dengan ukiran yang ada pada cincinnya. Jadi dia belikan juga cincin untuk aku. Tipu! Apa maksudnya semua ni?
       Bas mula bergerak. Serentak dengan itu, telefon bimbit aku berdenting tanda ada mesej masuk. Tetapi itu mesej online di Messenger.
               
                Assalamualaikum.
                Maafkan aku. Maafkan aku sebab pernah menyakiti kau.
                Aku tahu semuanya dah lepas.
                Tapi selama ni aku tak sudah-sudah menyesal dengan apa yang pernah berlaku.
                Beruntungnya aku sebab pernah mengenali dan dicintai kau.
                Maafkan aku. Sebab biarkan perasaan kau tak berbalas.
                Aku hargainya. Tapi aku tak dapat nak balas.
                Niat aku ajak kau keluar dengan aku sebab aku nak pastikan kepada diri aku.
                Aku nak pastikan perasaan aku terhadap kau.
                Tapi macam manapun ia tak sama seperti mana kau rasakan terhadap aku.
                Aku tak nak tipu diri aku cuma sebab aku rasa serba salah dengan kau.
                Maafkan aku.
                Cincin tu tanda perpisahan kita.
                Tanda kau pernah mencintai seorang lelaki.
                Tanda aku pernah dicintai.
                Bila diingatkan balik, kita tak pernah keluar macam ni masa sekolah dulu.
                Sebab masing-masing segan dan malu.
                Jadi anggaplah ini kita punya date.
                Yang pertama. Dan juga yang terakhir.
                Aku tak rasa kita patut berjumpa lagi.
                Aku tak nak kau sakit dan terluka lagi.
                Aku tahu kau masih ada perasaan terhadap aku.
                Aku boleh nampak dan rasakannya. Sebab kau ikhlas.
                Terima kasih.
                Aku doakan pintu hati kau akan terbuka untuk menemukan cinta yang baru.
                Cinta yang lebih baik. Cinta yang lebih istimewa.
                Aku cuma sebahagian dari cerita lama.
                Kau layak untuk mendapatkan cinta yang setanding dengan kau.
                Jujur aku kata, kau hebat. Cinta kau kuat. Pasti ada yang setanding.
                Akhir kata, moga kau kuat dan bahagia menjalani hari-hari yang mendatang.
                Aku akan mendoakan.
                Sekian, cinta pertama.

       Tak guna! Aku tak tahu dia reti tulis benda macam ni. Surat-surat yang aku tulis untuk dia dulu tak pernah pun berbalas. Tak guna! Cinta pertama wak lu. Tak sanggup aku nak mengaku yang aku pernah jatuh cinta dengan dia.
       "Waalaikumussalam." Ucap aku dengan perlahannya sambil menangis. Aduhai, hati. Menangislah. Menangislah sepuas-puasnya. Kali ini sahaja. Mungkin kali ini sahaja kau dapat menangis disebabkan dia. Mungkin selepas ini tiada lagi. Selamat tinggal, cinta pertama.




p/s: that's it! THE END. Terima kasih sebab sudi baca ^^






READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin